Wednesday 2 July 2014

Singapore supporting Israel Struggle

Singapore Foreign Ministry issued statement 'strongly condemns' killing of Israel teenagers.

But why no condemnation by Singapore when Palestinians civilians and children abducted, tortured and killed by Israel?

Jangan Memasuki Singapura


Berkuatkuasa 1 Ogos 2014, Singapura akan menaikkan kadar bayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) keatas kereta berpendaftaran asing ( dalam kes ini di rujuk kepada kenderaan yg berdaftar di Malaysia) dari S$20 iaini RM 51.40 sen kepada S$35 iaini RM90 sehari.

Kenaikkan RM 90 merupakan satu jumlah yang begitu tinggi dan tidak memadai bagi rakyat Malaysia memasuki negara pulau tersebut. Melainkan rakyat Malaysia merasakan tersangat perlu memasuki negara pulau tersebut dengan kereta atas sebab tertentu dan penting.
Jika tidak begitu penting gunakan kaedah “ride and park” di Johor dan kemudian ke Singapura dengan menaikki kenderaan awam seperti bas atau teksi.

Tak payah lah hendak pergi shopping ke sana dengan membayar Permit Masuk Kenderaan bernilai RM90. Wang sebanyak itu dapat digunakan kepada barang barang keperluan yang lain. Di Malaysia banyak terdapat shopping centres dan barang barang yang di jual di Malaysia lebih murah berbanding di Singapura. Bahkan ramai rakyat Singapura berbelanja di Malaysia. Kenapa pula rakyat Malaysia harus berbelanja di sana dengan terpaksa membayar RM90 untuk memasuki ke Singapura sahaja.