Thursday 8 October 2015

Apakah Bapak Dubes Omong Kosong?


Duta Besar Indonesia di Kuala Lumpur, Herman Prayitno berkata setakat ini Indonesia masih berpendirian mampu menyelesaikan masalah itu sendiri, Indonesia hendak berusaha sendiri terlebih dulu, pasti kalau tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai (masalah jerebu) saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan ( dari negara jiran) melalui ASEAN”. Beliau berkata sedemikian selepas menghadiri Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) ke-14 di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 7 Oktober 2015.

Mungkin semuanya mengetahui bahawa (terutama di Singapura dan Malaysia) masalah jerebu bukan isu baru.  Ianya berpunca daripada penerokaan dan pembalakan di Indonesia, dimana telah banyak membawa kemudaratan kepada penduduk di negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. Jerebu dimana semakin tebal sejak kebelakangan ini. Kerajaan Malaysia tidak ada alternative jalan melainkan sekolah sekolah di tutup, pembelajaran di university dan koleh di tunda serta aktiviti luar seperti sukan dan larian dihentikan disebabkan tahap Indeks Pencermaran Udara (IPU) yang tidak sihat.

Masalah jerebu di hadapai saban tahun.  Dan dalam jangka masa itu (bertahun lamanya) Indonesia tidak bisa menyelesaikannya, apa lagi dalam masa terdekat ini sepertimana yang di katakan oleh Bapak Dubes KBRI. Ini hanya merupakan omong kosong sahaja dari Bapak Dubes KBRI itu.


Ramai yang menyatakan bahawa pemerintah bersikap egoist. Tetapi bagi saya melihatnya Indonesia lebih menitik beratkan politik dan sentiasa mencuriagai kejujuran negara jiran walaupun dari Malaysia terutama bilamana pasukan asing berada di ruang udara Indonesia.

Wednesday 28 January 2015

Sejarah Melayu Singapura berulang di Selangor?


Utusan Malaysia melaporkan, “ Orang Melayu Selangor tolak pembangunan?” (Utusan 28 Jan)

Dilaporkan bahawa Kerajaan Parti Keadilan mendakwa perkampungan orang Melayu akan terus mundur jika penduduknya enggan memberikan kerjasama dengan membenarkan tanah milik mereka diambil untuk tujuan pembangunan.

Di Singapura apabila orang Melayu di sana menolak UMNO dan memberikan sokongan kepada PAP, Lee Kuan Yew telah menggunakan slogan “ pembangunan” dalam usaha parti tersebut mengambil tanah milik orang Melayu bagi tujuan “pembangunan” (kononnya). Sehingga tanah simpanan Melayu terhapus.


Akhirnya hari ini kita dapat melihat tanah yang di miliki orang Melayu telah diambil oleh kerajaan PAP Singapore sehingga orang Melayu Singapura tidak ada tanah lagi melainkan “tanah perkuburan”. Nantikan ini akan berlaku di Selangor dan Penang jika kita mempunyai kepimpinan yang lemah.

Monday 26 January 2015

PM - Anwar : Burung Sebulu Beregu


BANYAK pihak bertanya saya mengenai tulisan (Tan Sri) Zainuddin Maidin aka Zam dalam blognya pada 19 Januari lepas bertajuk “salam terakhir Zam pada penulisan politik semasa.”

 

Zam sudah beri penjelasan dan saya pun sudah berpuisi dalam blog beliau. Apa pun saya terpaksa hormati keputusan beliau walaupun saya berkata kepada beliau yang beliau perlu terus berjuang.

 

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

 

Nampaknya Zam kecewa dan begitu tersentuh apabila teguran beliau terhadap pemerintah, khususnya kepada kawan lamanya Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, dianggap persekongkolan dengan (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan (Tun) Daim Zainuddin.

 

Zam kata beliau bukan penulis upahan dan tidak pernah menjadi penulis upahan. Bagi saya itu hujah teknikal. Saya adalah penulis upahan. Saya katakan begitu kerana memang saya diupah menulis oleh syarikat saya dan saya juga diberi upah oleh akhbar dan majalah yang menyiarkan karya saya. Perdana Menteri pun diupah untuk memerintah negara. Makan upah halal tidak salah.

 

Cuma dalam menulis blog ini saja tidak diupah atau ditaja oleh sesiapa. Sebaliknya saya keluarkan duit sendiri dan guna masa sendiri.

 

Awal dan akhir, saya adalah wartawan. Saya tidak pernah merajuk, tidak pernah mogok seni dan tidak pernah tutup blog saya.

 

Saya menulis sejak di bangku sekolah lagi dan menjadi wartawan tanpa putus-putus sejak tahun 1969. Tahun ini masuk tahun ke-46 saya jadi wartawan dan bulan hadapan genaplah sembilan tahun blog ini.

 

Tidak seperti Zam dan beberapa orang wartawan lain, saya tidak tergoda dengan politik dan tidak “bercuti” daripada kewartawanan untuk menjadi Yang Berhormat atau menteri. Jadi tidak adalah apa-apa yang boleh menyebabkan saya dalam dilema, serba salah dan gusar apabila menulis mengenai politik dan orang politik.

 

Zam dan beberapa orang wartawan-politikus memilih untuk menjadi makhluk dua alam yang melompat antara dunia kewartawanan dan politik. Itu hak dan pilihan mereka. Saya memilih untuk kekal sebagai seorang wartawan.

Anwar dan Mohd Najib ceria menikmati "a cuppa"

 

Berkenaan perang media yang menyebabkan Zam turut terseret dan terpalit, pendapat saya adalah seperti berikut:

 

1. Perdana Menteri tidak menyangka bahawa dua orang penjaga (guardians) politiknya - Dr Mahathir dan Daim – boleh menjadi begitu kritikal terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, suami dan presiden parti.

 

2. Pada mulanya beliau menggunakan taktik berdiam diri ala "elegant silence" (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, disusuli dengan berjumpa sendiri dengan Dr Mahathir dan Daim. Tetapi tindakan susulan beliau tidak meyakinkan kedua-dua orang lama itu dan mereka terus bersuara.

 

3. Daripada taktik pertahan diri, Mohd Najib dan pakar-pakar perang sarafnya berpindah kepada taktik serangan dengan melantik Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, sebagai protagonis utama.

 

4. Premis mereka adalah ancaman terdekat terhadap Mohd Najib ialah Dr Mahathir dan Daim. Dalam masa terdekat dua orang veteran itu boleh menggugat kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

 

5. Jadi keutamaan Mohd Najib adalah mengatasi cabaran yang berpunca daripada Dr Mahathir dan Daim. Maka menjatuhkan imej dan kewibawaan mereka adalah pilihan utama dan terbaik bagi Mohd Najib.

 

6. Anwar juga ancaman kepada beliau tetapi tidak segera seperti ancaman Dr Mahathir dan Daim. Ancaman Anwar adalah apabila pilihan raya umum diadakan tiga atau empat tahun dari sekarang. Dalam tempoh itu mungkin Anwar bukan ancaman lagi!

 

7. Tindakan Mohd Najib dan jentera diayahnya menyerang Daim melalui media arus perdana (MAP) kawalan Umno adalah strategi luar biasa yang boleh menjadi senjata makan tuan. Ia mengalih fokus Anwar daripada kerajaan kepada Daim dan Dr Mahathir. Mohd Najib tentu tahu bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan. Jadi melaga-lagakan bekas "tiga sahabat" itu adalah strategi bijak. Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.

 

8. Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan.

Zaman dolu-dolu: Birds of a feather stick together

 

9. Daripada tindak-tanduk MAP menggunakan Anwar sebagai jurucakap timbullah gambaran bahawa Anwar masih mempunyai simpatisan (simpathizers) di kalangan eksekutif, pengarang dan wartawan MAP.

 

10. Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quit pro quo di antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai “isu-isu” yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu. Kata ungkapan Inggeris “birds of a feather stick together.”

 

11. Akhir sekali, dalam politik tidak ada musuh yang kekal. Yang kekal hanyalah kepentingan bersama. Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim.


Wallahuaklam.


A Kadir Jasin


Niat Jahat Pihak Tertentu Terhadap Tun Mahathir


Di media social ada menyiarkan berita bahawa kononnya Tun Mahathir akan mengambil alih sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar Ibrahim di penjarakan.
Dakwaan seumpama itu jelas berniat jahat untuk melaga-lagakan Tun Mahathir dengan pentadbiran negara.
Jika difikirkan secara rasional bahawa pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim hanya berminat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN dalam usaha beliau untuk menjadi Perdana Menteri. Manakala Tun Mahathir pernah menjadi PM selama 22 tahun dan tidak mungkin mempunyai agenda untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN.
Segala komen yang di buat oleh Tun Mahathir untuk menyedarkan pucuk kepimpinan kerajaan hari ini dimana dasar dan cara tidak betul dan perlu di tukar. Jika dasar dan cara tidak dapat di tukar, maka pemimpinnya harus di tukar jika UMNO/BN mahu mengekalkan sebuah negara Melayu dan menguasai kuasa politik negara. Jangan nanti kita kehilangan sebuah negara Melayu seperti Singapura ke tangan orang bukan Melayu.
Lihat di Singapura dahulunya Melayu memberikan sokongan kepada PAP dan tidak pada UMNO. Apa terjadi hari ini kepada orang Melayu di Singapura? Lihat rintingan masyarakat Melayu di Singapura melalui facebook mereka.
Saya menyokong dengan pendapat Tun Mahathir bahawa dasar dan cara kepimpinan hari ini harus di tukar. Jika tidak dapat di tukar maka pemimpinnya harus di tukar untuk kepentingan bangsa, agama dan sebuah negara Melayu.

Tun Daim Diugut sebar video seks

Perang proksi dalam media arus perdana dan di Internet di antara Datuk Seri Najib Razak dan pengkritik dalaman Umno seperti mengulangi sejarah percubaan untuk menyingkirkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata seorang blogger pro Barisan Nasional (BN).
Tetapi kali ini taktiknya lebih kotor, secara tidak langsung dan lebih lucah dengan mangsa terbaru adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang diancam didedahkan video seksnya.
"Kita merasakan ia kerja blogger-blogger upahan yang sanggup melakukan apa saja asalkan menerima bayaran. Tindakan untuk menggesa Najib meletak jawatan semakin kuat, sama seperti ketika zaman Pak Lah," kata Anuar Mohd Nor yang dikenali dengan blog Umno Reform merujuk kepada Abdullah.
Klip penuh dengan teks selama satu minit dan 40 saat dimuat naik di laman perkongsian video atas talian YouTube, oleh pemilik akaun WikiLeaks Malaysia tanpa memaparkan sebarang aksi seks, tetapi menjanjikan bakal mendedahkan video temu ramah dengan “mangsa” Daim yang dikatakan berasal dari Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Klip itu juga mendakwa AS$10,000 dibayar kepada mereka yang masih dara dan akan diperiksa doktor peribadi Daim.
Daim menjadi sasaran kerana kritikannya kepada cara Najib menguruskan politik dan ekonomi.
Walaupun pengkritik utama ialah Tun Dr Mahathir Mohamad, Daim terperangkap di tengah-tengah, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin baru-baru ini.
Menurut Anuar yang pernah menganggotai Unit Media Baru Umno itu, Najib tidak dibantu faktor ekonomi lain seperti kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga minyak dunia yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.
Katanya, ini menyebabkan kecenderungan untuk menjatuhkan pemimpin juga cukup tinggi.
"Ini spekulasi politik, Tun Dr Mahathir menegur, kemudian tarik balik, seperti main tarik tali...Datuk A Kadir Jasin dan Daim kemudiannya mula turut mengkritik Najib," katanya.
“Ia berlaku kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ketika krisis ekonomi pada 1998 apabila beliau dipecat dan mencetuskan reformasi," katanya merujuk kepada apa yang dilakukan Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kemuncak krisis ekonomi Asia pada 1998.
Serangan kepada pemimpin veteran seperti Daim bagaimanapun mungkin akan “menikam balik” Najib, kata Kadir dengan mengatakan orang seperti bekas menteri kewangan itu dan Dr Mahathir tidak akan rugi banyak kerana sememangnya sudah tidak memegang jawatan politik.
Seorang lagi blogger Shahbudin Husin yang merupakan bekas ketua penerangan Umno Wilayah Persekutuan dalam tulisannya pada Rabu berkata Najib harus bersuara dan menyatakan pendirian tentang serangan terhadap Daim.
Shahbudin berkata, kesan perang proksi dirasai Umno sendiri dan Najib selaku presiden parti perlu menamatkannya dengan menjawab isu ditimbulkan Daim.
“Sebagai pemimpin, beranilah berkata benar dan jangan bersikap baling batu sembunyi tangan. Kalau mengetahui dan merestuinya, berdirilah dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang yang berani.
“Namun berdiam diri dan bisu seperti selalu bukan lagi pilihan ketika ini,” kata Shahbudin.
Media arus perdana menyerang Daim dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) jika siasatan dilakukan terhadap bank bekas menteri kewangan itu.
Komen Anwar diberikan liputan meluas dalam media arus perdana yang sebelum ini bersikap dingin terhadap ahli politik pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Pemimpin pembangkang sebelum ini menggesa SPRM menyiasat Daim, seperti dilakukan bekas ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Anwar membuat 15 laporan tahun lalu, menuduh Daim mengaut bilion ringgit melalui Bank Afrika dan Eropah Timur menggunakan proksi.
Daim menafikan dakwaan itu dan berjanji untuk memberikan kerjasama kepada SPRM.
Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdul berkata, badan anti rasuah itu sudah menemu bual Daim dan akan bertemu Anwar untuk membantu siasatan.
Tindakan Anwar itu mengejutkan beberapa pihak, terutamanya sekutu PR DAP apabila mempersoalkan kewujudan "pertalian" antara Anwar dan Najib.
Ahli Parlimen Raub (DAP) Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, kesungguhan Anwar itu dilihat akan menggagalkan usaha PR untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang.
"Adakah terdapat perjanjian di antara Najib dan Anwar? Anwar membantu Najib menjatuhkan Daim kerana Najib sebenarnya berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Bagi saya, kelihatan keutamaan Anwar kini bukanlah PR. Walaupun beliau memberitahu saya tidak kisah isu tersebut, saya fikir keutamaannya sekarang ialah kebebasan sendiri," katanya menerusi kiriman di blognya Sakmongkol AK47 hari ini.
Katanya, media Umno seharusnya diberikan ruang seluas-luasnya untuk bercakaran sesama sendiri tanpa melibatkan pemimpin PR.
"Kita patut membiarkan Daim dan orangnya seperti penulis, blogger dan bekas menteri untuk menjatuhkan Najib.
"Jangan halang Zam menyampaikan cerita sensasi tentang Najib supaya seluruh Malaysia mengetahui siapakah Najib sebenarnya," katanya merujuk kepada bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

-Rakyatnews

Thursday 22 January 2015

Perlukah Najib mengekalkan projek HSR Malaysia-Singapore

Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Abdul Razak mengumumkan langkah proaktif kerajaan menangani perubahan landskap ekonomi global. Salah satu langkah adalah mengekalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.
Persoalan yang di timbulkan oleh rakyat adalah “kenapa pentadbiran Najib Abdul Razak harus mengekalkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Malaysia-Singapura?”
Pandangan umum projek tersebut tidak menguntungkan rakyat terutama sekali penguasaha bas pelancong Singapore – Malaysia. Bukan itu sahaja ianya melibatkan juga penguasa teksi dan juga Syarikat Penerangan Malaysia (MAS) Singapore- Malaysia dan sebagainya.
Kenapa tidak di batalkan sahaja projek tersebut yang tidak menguntungkan rakyat keseluruhannya? Rakyat menyedari bahawa kemungkinan projek ini tidak dapat dibatalkan atau di tunda kerana cadangan tersebut datangnya dari pentadbiran Najib. Mereka menyatakan juga Najib tunduk dengan pemerintah PAP Singapura. Lihat sahaja tanah milik KTM di Singapura? Ada yang menyatakan pemerintah Singapore telah memegang “buah najib”. Walau apa pun itu presepi rakyat.
Katakan jika projek tersebut datangnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad sudah pasti projek tersebut akan di batalkan atas alasan “dalam usaha untuk tangani cabaran ekonomi”. Ini terbukit apabila cadangan Tun Dr Mahathir mengenai pembinaan jambatan bengkok di batalkan.