Tuesday 30 September 2014

Sedition Act : Letter to the United Nations High Commissioner for Human Rights


30 September 2014

Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR)
Palais Wilson
52, Rue Des Paguis
CH-1201 Geneva
Switzerland


RE : SEDITION ACT OF MALAYSIA

1 . It was reported that the spokeman for Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights, Mr Rupert Collvile had asked the Malaysian government to launch a review of the Sedition Act and ask to promised to repeal or amend it in accordance with the international human rights obligations.

2.  It’s understood that Mr Rupert Collvile urged the Malaysian Government to stop prosecution under the act and to drop all charges. He was referring to those who have been arrested and charged under the Sedition Act especially the opposition leaders in Malaysia.

3.  I wonder why suddenly OHCHR so interested with the sedition act in Malaysia, while America has the Internal Security Act which are inhuman than in Malaysia. Many people were detained without trial.

4.  In Malaysia, anyone arrested and being accused under the Sedition Act will be trial in open court. Those involved have the rights to defend themselves and they can have as many lawyers as required by the accused.

5.  In Asia, not only Malaysia has the Sedition Act, so what is the motive of OHCHR targetting Malaysia?

6. Singapore has the Internal Security Act (ISA) and also Sedition Act. Singapore government detained political opponent for 23 years without trial. Subsequently place him under conditions of house arrest for another 9 years in which he was the first confined to the island and then subject to restrictions on his place of abode, employment, travel and exercise of political rights.

7. After the elections campaigning, many political opponents make bankrupt under the skirts of defamation suit brought by the Singapore government. Many have left Singapore for fear been arrested or sued in court for defamation. What has been done or what action has been taken by OHCHR under the name of Human Rights?

8. Presently there is on going court case, Singapore Prime Minister’s defamation lawsuit against Singaporean blogger who believes in speaking for his country and people. Why not the OHCHR ask the Prime Minister of Singapore to drop the lawsuit?

9. Oppresssion against the Palestinian people were ignored and the struggle of OHCHR based solely for certain quaters to achieved their political ends.

Mohamed Mansor Abdul Rahman
Kuala Lumpur
Malaysia


Thursday 25 September 2014

Lim Kit Siang Political Coward


1.      Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad terhadap Lim Kit Siang pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas.

2.      Laporan polis turut di lakukan oleh Lim Kit Siang untuk meminta polis menyiasat Tun Mahathir.

3.      Selama ini DAP tidak menaruh kepercayaan pada PDRM dalam menjalankan tugas, tetapi kenapa pula membuat laporan polis?

4.      DAP sendiri menghadapi berbagai masalahan dalaman dan berdepan masalah perundangan negara. 

5.      Apa yang dilakukan oleh DAP terutama sekali Lim Kit Siang adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap kemelut dalam Pakatan Pembangkang dengan menimbulkan perkara yang berlaku semasa kempen PRU 13 yang lalu.

6.      Saya bersetuju dengan desakkan Tun Dr Mahathir kepada ahli politik yang tidak tahan dengan segala tomahan kritikan supaya meletakkan jawatan. Bagi saya golongan politikus seperti itu terdiri daripada “political coward” dan harus meletakkan jawatan.

7.      Sebagai Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semestinya mengetahui bentuk ucapan yang dapat di kaitkan dengan Akta Hasutan. Dan sudah pasti Tun Mahathir tidak akan “cross border” Akta Hasutan.

8.      Bila Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Segambut membuat laporan polis terhadap ucapan Tun Mahathir menunjukkan kedaifan kalau tidak kebodohan mereka mengenai Akta Hasutan.

9.      Sekarang ini Tun Dr Mahathir hanyalah seorang rakyat biasa tidak seperti Lim Kit Siang seorang Ahli Parlimen dan penasihat sebuah parti politik. Jika sebagai rakyat biasa Tun Mahathir dapat menerima berbagai teguran dan kritikan, mengapa tidak bagi seorang yang bergelar Yang Berhormat dimana dipilih rakyat? 

10.   Kepada ahli politik yang tidak tahan dengan tomohan kritikkan jadi seperti “harimau pondan”.

11.   Jika tidak dapat menerima kritikan dan umur pula sudah lanjut (dalam hal ini Lim Kit Siang), letak sahaja jawatan dan menjaga cucu di rumah. 

12.   Jika ucapan Tun Mahathir ( pru 13) disifatkan oleh Lim Kit Siang sebagai menghasut rakyat, bagaimana pula ucapan beliau (Lim Kit Siang) berbau perkauman? Ini dapat di sabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan.

13.   Begitu juga dengan anak beliau, Lim Guan Eng, ucapannya bermainkan sentimen cina yang dapat menimbulkan kebencian kaum kearah berlakunya rusuhan kaum di Malaysia.

14.   Begitu juga dengan Wakil Rakyat DAP yang lainnya setiap ucapan mereka menimbulkan rasa kebencian antara kaum di Malaysia. 

15.   Apa yang dapat dilihat, perbuatan Lim Kit Siang jelas menunjukkan bahawa beliau dan yang lain dalam DAP boleh berkata apa sahaja atau kritikkan terhadap orang lain tetapi orang lain tidak boleh bercakap yang negatif atau mengritik  mereka.

16.   Lim Kit Siang mencontohi Lee Kuan Yew di Singapura. Apa yang dilakukan oleh Lim Kit Siang merupakan ulang tayang kelakuan Lee Kuan Yew di Singapura.

17.   Saya ingin mengulangi desakkan Tun Dr Mahathir Mohamad, kepada ahli politik (terutama sekali Lim Kit Siang) jika tidak dapat menerima kritikkan maka letakkan jawatan dengan segera.

18.   Lim Kit Siang dan DAP harus mengimbas kembali apa yang di katakan oleh Tun Tan Siew dan Tun V.T.Sambanthan.

19.   Tun Siew Sin pada 30 April 1969, “ The Malays through UMNO were generous enough to relax the citizenship laws of this country..MCA and MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of Malays”

20.   Tun V.T.Sambanthan di Parlimen pada 1 June 1965 “ ...What did the Malay do..What did the Malay leadership do? What did they do with citizenship? If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race, the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother, Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia in all other areas. It has been my great good fortune to have born in the  country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race?”

21.   Dengan ini menunjukkan bahawa apa yang diucapkan oleh Tun Mahathir bukan satu hasutan tetapi satu peringatan kepada rakyat.

22.   Lim Kit Siang ingin menonjolkan diri beliau sebagai perjuangan bangsa Cina dan menggangap serta menanamkan perasaan benci orang Cina terhadap pemimpin Melayu terutama sekali Tun Dr Mahathir Mohamad.

23.   Jika di perhatikan dan mengambil kira apa yang dikatakan oleh Tun Tan Siew Sin dan Tun V.T.Sambanthan jelas Lim Kit Siang dan orang Cina yang menentang pemimpin Melayu terdiri golongan yang tidak sedar diri asal usul daripada mana mereka datang.

24.   Jika Lim Kit Siang merupakan perjuangan bangsa Cina, dan menggangap Tun Mahathir dan pemimpin Melayu di Malaysia menghasut agar Melayu membenci cina maka Lim Kit Siang seharusnya membawa orang Cina keluar dari Malaysia. 

25.   Saya mencadangkan kepada Lim Kit Siang supaya membawa cina Malaysia lari ke Singapura kerana Singapura masih memerlukan terlalu ramai warganegara asing menjadi rakyat di sana.

You all are not wanted for being ungrateful to the country

Tuesday 23 September 2014

Kemelut MB Selangor akan berpanjangan

Kemelut Menteri Besar Selangor tidak akan berakhir dengan perlantikkan Azmin Ali sebagai Menteri Besar untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

Memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri DAP dan PKR membaikot majlis angkat sumpah Azmin sebagai Menteri Besar Selangor maka kemungkinan besar akan berlakunya undi tidak percaya terhadap MB yang baru, Azmin Ali, di Dewan Undangan Negeri Selangor. (DUN)

Jika ini berlaku maka jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut Menteri Besar Selangor adalah untuk mengadakan pilihan raya di Selangor. Walaupun menelan belanja yang besar (wang rakyat) . Ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat Selangor kerana tersilap memilih.

Saya yakin dan percaya, selepas ini rakyat Selangor khususnya dan umumnya rakyat Malaysia, dapat menonton banyak drama yang di lakonkan oleh ahli pembangkang selepas ini. Saksikan.

Monday 22 September 2014

Apakah sejarah akan berulang : Nasib UMNO Malaysia sama seperti UMNO Singapura?


1 Berbagai tuduhan dilimparkan oleh pihak tertentu terhadap pemimpin negara. Tuduhan yang dilimparkan kadang kala bukan di tujukan sahaja kepada pemimpin tertentu tetapi meliputi ahli keluarga mereka.

2. Sebagai contoh, kita dapat melihat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilimparkan berbagai tuduhan semasa dan setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Tun Mahathir di putar belitkan sehingga menjadi suatu fitnah. Ini merupakan tingkah laku politikus “kebinatangan” bukan kematangan dalam politik (political animal).

3. Pihak media pula bebas menulis apa sahaja yang mereka merasakan penting terutama sekali dalam usaha mereka untuk melariskan penjualan surat khabar berkenaan.

4. Atas landasan demokrasi dan hak bersuara dalam menggeluarkan pendapat, kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan undang undang dalam hal “menyebaran fitnah” oleh pihak tertentu. Bersandarkan kepada demokrasi dan hak kebebasan bersuara, kerajaan hanya mengambil tindakan undang undang jika cakapan pihak tertentu boleh/dapat menggugat kestabilan, keamanan dan keharmonian negara seperti Malaysia yang terdiri daripada berbagai keturunan, agama dan bangsa.

5. Seperti di Malaysia, Perlembagaan Singapura juga mempunya Akta memberikan kebebasan untuk berucap dan mengeluarkan pendapat. Singapura juga mempunyai Akta Hasutan. Singapura masih mempratikkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malangnya United Nation High Commission for Human Rights (OHCHR) tidak mempersoalkan Singapura bilamana kerajaan Singapura menguatkan kuasakan kedua akta tersebut yang di sifatkan oleh OHCHR yang bertentangan dengan prinsip hak asasi Manusia. Mengapa memilih Malaysia?

6. Di Singapura sedang berjalan kes dimana Perdana Menteri Singapura merangkap Setiausaha Agong PAP ( abang kepada DAP) menyaman blogger warganegara Singapura kerana memuatkan posting di facebook beliau mengenai pentadbiran PAP di sana. 

7. Perdana Menteri Singapura melalui peguamnya telah meminta blogger tersebut agar menarik balik posting tersebut, menerbitkan permohonan maaf dan membayar ganti rugi.

8. Setelah menarik balik posting beliau di facebook, Perdana Menteri Singapura itu meneruskan tindakan menyaman blogger tersebut di Mahkamah Singapura. Dan kes tersebut masih berjalan di sana.

9. Biasanya keadaan saman menyaman di Singapura yang melibatkan pemimpin negara tersebut, pihak yang kena saman dikenakan bayaran ganti setengah juta atau satu juta singapore dollar. Jika tidak dapat membayarkan sebesar itu maka pihak yang kena saman menjadi muflis.

10. Keadaannya berbeza di Malaysia. Para pemimpin pembangkang membuat serangan peribadi, melimparkan berbagai fitnah dan sebagainya tetapi para pemimpin politik Malaysia tidak melakukan apa yang di lakukan oleh Perdana Menteri Singapura. Kita lihat Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa kurangnya para pemimpin pembangkang dan NGO melimparkan berbagai tuduhan bahkan melabelkan dengan berbagai nama yang jelek tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyaman mereka di mahkamah.

11. Majoriti rakyat Malaysia mahukan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri. Di zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun tidak menyalahgunakan akta tersebut tetapi hanya melaksanakan undang undang tersebut jika perlu demi untuk keselamatan, ketenteraman dan keharmonian Malaysia. Tun Mahathir tidak melakukan untuk kepentingan beliau.

12. Cuba kita lihat apa yang terjadi di Singapura dalam menangani Akta Keselamatan Dalam Negeri.

13. Dibawah pemerintah Lee Kuan Yew, beliau telah menahan seorang ahli politik selama 23 tahun tanpa pembicaraan (ISA). Seterusnya meletakkan beliau dalam house arrest selama 9 tahun lagi dimana beliau di letakkan dalam batasan sebuah pulau yang di namakan Pulau Sentosa dan pergerakan terhad seperti rumah, pekerjaan, perjalanan dan aktiviti politik.

14. Walaupun pun Tun Mahathir mengamalkan ISA di Malaysia, tetapi Tun Mahathir tidak pernah menganiaya sesama manusia tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama. Tidak seperti Lee Kuan Yew. Tun Mahathir tidak pernah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk mengekalkan kuasa dan melenyapkan penentang politik beliau. Tun Mahathir telah berjaya membangunkan Malaysia tanpa gangguan dari pengacau atau penyangak politik.

15. Setelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan,pembangkang melihat kepimpinan kerajaan tidak sekuat Tun Dr Mahathir maka desakan demi desakan di buat sehingga mereka berjaya mendesak kerajaan untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Dharurat. Bilamana pembangkang berjaya dengan desakan mereka maka itu menandakan kepimpinan hari ini lemah. Dengan kelemahan tersebut BN kehilangan beberapa negeri. Jika kerajaan terus lemah maka besar kemungkinan BN akan kecundang di beberapa negeri lagi dalam PRU yang akan datang.

16. Setelah berjaya dengan bergaya tersendiri pembangkang mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinance Dharurat mereka kini bertindak lagi untuk menghapuskan Akta Hasutan. Jika pucuk kepimpinan kerajaan tunduk dengan desakan pembangkang dan menghapuskan Akta Hasutan serta menolak teguran Tun Dr Mahathir Mohamad maka tidak mustahil UMNO Malaysia akan menemui nasib sama seperti UMNO Singapura.

17. Kita lihat apa yang dilakukan oleh DAP sekarang ini sama seperti PAP lakukan di Singapura dalam usaha PAP melemahkan UMNO Singapura. Akhirnya PAP berjaya dan UMNO Singapura kecundang. Apakah sejarah akan berulang? Jawapannya , ya, akan berulang jika teguran Tun Mahathir di abaikan.




Tuesday 16 September 2014

Kenyataan Tun M : Jangan menangguk di air yang keruh


1.      Facebook ‘Suara Melayu Singapura’ menyiarkan, “ I am sorry, Dr M, but malays are not lazy”.
2.      Tidak ramai yang membuat spekulasi mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi setiap kritikkan harus di tangani jika dirasakan perlu.
3.      Walaupun setelah di terangkan di facebook tersebut bahawa segala yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir hanya di tujukan kepada masyarakat Melayu Malaysia tetapi masih ada segelintir yang mengambil kesempatan untuk menangguk di air yang keruh.
4.      Ada yang menyatakan kepada saya kemungkinan perbuatan menangguk di air yang keruh  merupakan jalan terdekat (short-cut) bagi mempamerkan diri kononnya sebagai  ‘perjuangan atau pembela bangsa melayu’
5.      Walau apapun yang dikatakan oleh Tun Mahathir, keadaan Melayu Malaysia tidak seperti keadaan Melayu Singapura yang menghadapi tekanan kehidupan di sana tanpa pembelaan.
6.      Di Singapura, orang Melayu terpaksa bekerja keras jika tidak bagaimana hendak membayar wang bulanan bagi flat mereka (service mortgage loan) yang begitu tinggi, membayar service and conservancy charges, membayar bill Singapore Power, membayar Car Parks fees bagi kereta atau motorcycles yang di letakan di kawasan perumahan mereka, dan berbagai lagi.
7.      Sebagai contoh, di Singapura jika ada yang tidak dapat membayar mortgage loan,maka yang berkenaan akan menerima surat amaran dari pihak bank atau Housing & Development Board (HDB) menuntut pembayaran yang harus di jelaskan pada hari yang telah ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian maka tindakan perundangan akan di ambil keatas mereka yang berkenaan.
8.      Kepada mereka yang meminjam wang dari bank, (pembelian flat) maka pihak bank akan merampas flat mereka (kegagalan membayar ansuran bulanan).
9.      Jika pihak bank merampas flat mereka, tidaklah semudah untuk mendapatkan flat sewa dari HDB.
10.   Seandainya itu berlaku dan jika saudara mara atau adik beradik tidak dapat membantu  memberikan tempat perlindungan sementara maka orang yang terlibat ( bersama keluarga) terpaksa berkhemah di tepi pantai.
11.   Begitu juga keadaan kepada mereka yang gagal menjelaskan pembayaran bill Singapore Power. Jika gagal membuat pembayaran untuk beberapa bulan maka bekalan elektrik akan di potong.
12.   Saya dapat merasakan bahawa pemimpin Melayu di Singapura yang mengritik kenyataan Tun Dr Mahathir tidak dapat membantu orang Melayu untuk mengatasi masalah atau mengurangkan beban terutama sekali seperti mana di terangkan tadi.
13.   Jika itu tidak dapat dilakukan, bagaimana pula dengan isu pemakaian tudung? Permasalahan itu timbul sejak sejak tahun 1965 sehingga kini tidak dapat diatasi oleh para pemimpin Melayu/Islam di Singapura.
14.   Begitu juga, isu pengambilan anak Melayu di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak dapat diselesaikan sehingga saat ini dan banyak lagi isu yang tidak dapat diselesaikan walaupun ianya isu lama.
15.   Justru, kepada para pemimpin Melayu Singapura yang sibuk mengritik atau menyiarkan/membuat posting berita mengenai kenyataan Tun Dr Mahathir dan dimuatkan dengan komen yang negatif, saya menasihatkan,  buatlah kerja yang lebih berfaedah dan bantulah masyarakat Melayu di sana mengatasi masalah dalaman mereka dimana isu isu lama yang belum lagi dapat ditangani dan diatasi. Jangan mempunyai sikap ‘menangguk di air yang keruh”. Seorang pemimpin tidak seharus mempunyai sikap sedemikian.  Jangan seperti peribahasa Melayu, “kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak”.
16.   Segala apa yang di perkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hanya satu wake-up call kepada orang Melayu di Malaysia. Jangan risaukan orang Melayu di Malaysia kerana keadaan mereka lebih baik dari keadaan Melayu dimana mana.
17.   Facebook Suara Melayu Singapura mengikut objektifnya “ to be credible platform to discuss issues concerning the development of the Singapore Malays/Muslim community”.
18.   Justru, focus kepada objektif tersebut di minda dan jangan sibuk dengan apa yang dikatakan oleh pemimpin negara jiran, dalam kes ini Dr Mahathir dan Malaysia. Kita melihat keadaan di Malaysia walaupun Dr Mahathir menyatakan melayu malas dan sebagainya tetapi keadaan orang Melayu Malaysia jauh lebih baik dari Melayu di Singapura (misalnya).
19.   Dari itu jika di baca dan difahami segala apa yang di katakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ianya merupakan satu isyarat yang memerlukan kewaspadaan bangsa yang bernama MELAYU. 
20.   Sayugia dinyatakan bahawa Malaysia mengamalkan konsep kebebasan untuk bersuara. Lihat sahaja berapa ramai pegawai kerajaan dan pemimpin NGO yang mengkritik kerajaan Malaysia, tetapi mereka masih kekal pada jawatan mereka. Jika mereka di pecat pun(bukan kerana mengritik kerajaan) maka ianya diatas sebab tertentu, pihak media di Malaysia tidak pula mengambi kesempatan untuk mengaibkan yang berkenaan dengan berita masalah peribadi di akhbar tempatan. Hold your heart and ask your self.