Wednesday 10 December 2014

Surat Tun Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman


Bersama ini saya siarkan surat dari Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman bertarikh 17 June 1969 untuk pengetahuan umum terutama dikalangan “orang muda” dan mungkin untuk “orang lama” (terutama sekali pemimpin UMNO) yang telah lupa atau “buat sengaja lupa” peristiwa Tun Mahathir memperjuangkan dizaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman.

Jika di lihat kepada surat Tun M, ternyata sekali sejarah kepimpinan (lemah) Tunku berulang selepas Tun M bersara dari menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Boleh dikatakan keadaan Najib hari ini sama seperti keadaan Tunku (yang lemah). Tun M tidak mahu melihat apa yang berlaku di zaman kepimpinan Tunku di ulangi oleh PM Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Justeru, kepada mereka yang mudah melenting apabila Tun M membuat teguran ketahuilah bahawa Tun M tidak mahu Najib mengulangi kesilapan yang Tunku lakukan dimana mengakibatkan kehilangan sebuah negara Melayu, Singapura.

Kali ini jika berulangnya peristiwa tersebut (kelemahan kepada pucuk kepimpinan) maka kita (bangsa Melayu) akan kehilangan Negara Malaysia bukan lagi sebuah pulau seperti Singapura. Tapi dari Perlis ke Sabah/Sarawak.

 

Surat Terbuka Mahathir Kepada Tunku Abdul Rahman – 17 Jun 1969

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 June 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada ahkbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkam-nya.

Pendapat-pendapat Tuku berasakan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek menbuat kenyataan yang di-tegor-itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu. Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor”, ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India mebuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamk sehingga nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat mederita. Mereka tahu bahawa dalam deadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untok menchari kaki poker.

Sa-balek-ny pula orang2 China tidak sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naive” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentara dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentara dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku mebuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek pechaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku taku kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happines” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah minipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari manjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan merpertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah dara Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa keuta2 UMNO tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas

(Dr Mahathir bin Muhammad)

 

 

Joe Biden : By Dr Mahathir Mohamad

JOE BIDEN

                      chedet Written by chedet                                     
                                            
1.​The United States assumes that it is the greatest democracy in the world and is in a position to tell others what is right and what is wrong and what they should do and what they should not do. On this assumption Joe Biden, Vice President of the United States chastised Malaysia for retaining the Sedition Act and the trial of Anwar Ibrahim.
2.​Who is Joe Biden to take the moral high ground?

3.​Being the Vice President of a country that detains people without trial for more than a decade, torturing them while in detention; a country where torture is legal, a country which has no qualms about invading other countries, killing millions of innocent people, destroying towns and villages, leaving them without electricity, water supply and sewerage systems; what right has Biden to condemn the retaining of a law to prevent racial conflicts and violence in Malaysia.

4.​Today the United States is engaged in assassinating people opposed to America. Malaysia used to detain people without trial. But the United States passes death sentences without trial, without the knowledge of the victims even. Then drones are sent to kill the designated victims. The judgements and death sentence are not made in a court of law. They are made by officials. These people appoint themselves as judges, prosecutors and executioners. This is justice as practiced by America.
 
5.​And America dares to claim that it is doing all these to protect democracy. What democracy is there for the innocent people killed, wounded and maimed for life? Wherever the United States goes there would be deaths and destructions.

6. ​In the United States itself there is no justice. Within a short space of time police shot and strangled three blacks. The grand jury then says that there is no case for the police killers to answer.

7.​Arrogantly one white American official says the victims were killed because they resisted arrest. I saw the picture of a black raising up both hands. Is it how Americans resist arrest. The black teenager had no arms but was shot dead. A 12 year old boy had a toy gun. He too was shot dead.

8.​Then of course there is this condemnation of the legal action taken against America’s candidate for Prime Ministership of Malaysia. The Malaysian courts have been extra lenient, taking more than five years, listening to appeals after appeals with nearly 30 postponements. In America a grand jury (whatever that may mean) decide not to indict and the criminal is free. Where is due process?

9.​America is a land stolen from the Red Indians through genocide. Americans should really bow their heads down in shame forever.

10.​Just don’t go around telling people how to behave and what they should not do. Tell it to your own people, about how Americans prosper through slavery, through discrimination against blacks and Hispanics, about spying on your own people, about your controlled media etc. That is what Joe Biden should do.

Tuesday 9 December 2014

Kepimpinan Melayu kini tidak percaya kepada kepakaran bangsa sendiri


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, “Sebenarnya ramai yang layak. Tetapi Umno tak bagi masuk. Umno tak bagi masuk dalam Umno pasal masing-masing jaga tempat dia, Kalau masuk orang yang lebih layak daripada dia, dia tak dapat tempat. Sebab itu (contohnya) kita cari dalam Umno di Selangor. Selangor ini penuh dengan orang Melayu yang bijak-bijak belaka, yang pandai, yang berjaya tapi tak boleh masuk Umno. (Kena) cantas, tak boleh. Pasal dia nak jaga tempat dia, “Ha! (kalau orang itu) masuk saya tak jadi ketua bahagian lah, saya tak jadi calon lah, saya tak dapat jadi datuk lah” Jadi pasal masing-masing fikir tentang kepentingan diri. Sebab itu kita cari siapa nak ganti (pemimpin tertinggi), oh tak ada kononnya. Walhal di Kuala Lumpur ini, university ada, perniagaan ada. Orang Melayu di Kuala Lumpur, dari seluruh negara mai di Selangor ini, dia berkebolehan. Dia sampai ke sini pasal dia ada keupayaan”.

Itu keadaan Melayu dalam UMNO.

Kemudian dengan nada sinis Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kini bangsa dari “orang putih” boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya bersetuju bahawa dengan melantik bangsa dari orang putih (dari jerman) mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara MAS, maka kita tidak lagi percaya kepada kepakaran rakyat tempatan. Ini samalah juga dengan sikap Lee Kuan Yew yang tidak ada kepercayaan kepada kepakaran orang Melayu.

Dengan itu, di Malaysia pucuk kepimpinan Melayu tidak percaya kepada kepakaran yang ada pada bangsa sendiri (Melayu). Kalau kita lihat Lee Kuan Yew, beliau percaya kepada bangsa sendiri (Cina) tetapi hanya melantik seseorang dari bangsa asing sebagai penasihat. Tetapi pengurusannya di kendalikan oleh bangsa sendiri (Cina).

Dengan perlantikkan bangsa dari kulit putih bagi mengambil pengurusan MAS, boleh di sifatkan sebagai “starting point” sikap pemimpin Melayu Malaysia yang sama seperti sikap Lee Kuan Yew terhadap orang Melayu iaini tidak ada kepercayaan dan keyakinan terhadap orang Melayu.

Tun Mahathir membuat teguran sedemikian kerana sayangkan umno, bangsa, agama dan negara. Tetapi malangnya sejak akhir akhir ini ada pihak yang mudah melenting dan menyerang peribadi Tun Mahathir.

Sejak Tun Mahathir membuat teguran (sayang), terdapat blogger pro kerajaan fikir mereka bertindak bijak dengan ‘menyerang’ Tun Mahathir. Blogger yang berkenaan harus berfikir dua kali sebelum meneruskan perbuatan “menyerang” Tun Mahathir. Jangan makan diri sendiri.

Orang Putih boleh jadi Perdana Menteri Malaysia

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyarankan seorang “kulit putih” boleh menjadi perdana menteri Malaysia akan datang berikutan pelantikan warga Jerman mengambil alih pengurusan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS).

Bercakap dengan nada sinis seperti biasa, bekas perdana menteri itu berkata, memandangkan Putrajaya melantik Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS NewCo di bawah pelan pemulihan syarikat itu, mungkin negara sudah bersedia menerima seorang dari bangsa kulit putih sebagai perdana menteri.

“Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini pada satu sidang media selepas merasmikan seminar pengurusan kualiti Islam (i-QAM) di Hotel Everly di Putrajaya.

Sabtu lepas, Dr Mahathir pertama kali mengulas mengenai pelantikan Mueller yang diumumkan Jumaat, mengatakan Putrajaya terpaksa mengambil CEO Aer Lingus itu kerana “rakyat Malaysia bodoh”, tidak pandai mengurus syarikat penerbangan hingga MAS mengalami kerugian.

Mengulas lanjut pelantikan Mueller berkuat kuasa 1 Januari 2015 itu, Dr Mahathir menyuarakan kebimbangannya terhadap sikap tidak percaya kepada kepakaran rakyat tempatan dalam pelantikan jawatan penting.

Katanya menurut laporan Bernama, Malaysia mempunyai banyak bakat berkebolehan yang boleh digilap.

“Kita ada banyak ‘talent’ (bakat) dalam negara ini. Tapi nak panggil konsultan pun orang asing. Nak jadi ‘director’ (pengarah) pun orang asing,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kemakmuran negara yang dikecapi selepas kemerdekaan merupakan hasil kepimpinan rakyat tempatan sendiri.

“Saya ingat orang Malaysia ini tidak bodoh. Pada zaman (penjajahan) British dulu, kita sebuah negara yang cukup kolot, miskin. Kita jadi kaya, kita dapat membangun selepas kita merdeka, dipimpin oleh orang Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pengkritik mengulas pengumuman Khazanah Nasional Berhad mengenai pelantikan Mueller itu, termasuk memberi reaksi negatif.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun Mueller mungkin “pakar terbaik” di dalam industri penerbangan, beliau boleh dilantik sebagai konsultan, dan bukannya CEO.

Katanya, tenaga dan kepakaran tempatan mesti diutamakan dalam mengetuai agensi atau syarikat berkaitan kerajaan atau anak syarikat milik penuh kerajaan, kerana amanah yang diberikan itu mempunyai “pertanggungjawaban nasional”.

Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, rakyat tempatan seharusnya menguruskan MAS, bukan warga asing yang tidak diyakini boleh memenuhi aspirasi korporat syarikat penerbangan negara.

Bekas pengarah urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pelantikan warga asing menerajui MAS satu pembaziran kerana setelah sekian lama menerajui dunia penerbangan, Malaysia memiliki calon tempatan yang lebih sesuai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula menyifatkan pelantikan Mueller itu penting dalam meletakkan asas yang kukuh demi kejayaan masa depan MAS.

Mueller menerajui Aer Lingus, syarikat penerbangan nasional Ireland, sejak 2009 dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan

Thursday 4 December 2014

Singapura milik Melayu


Pada malam menjelang perpisahan Singapura daripada Malaysia telah menimbulkan keraguan tentang keseluruhan pendapat bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal Malaysia atau Malaya sebelum itu. Lee Kuan Yew berpendapat bahawa orang bukan Melayu mempunyai hak yang sama seperti orang Melayu. Jadi, apakah komen Tun Dr Mahathir Mohamad?

Tun M : Jelasnya ini merupakan sesuatu yang lazimnya diakui sebagai amalam biasa di negara-negara lain juga. Banyak orang menjelajah keluar dan tinggal di negara-negara lain dan mereka perlu mengakui masyarakat yang memang telah tinggal di situ. Berapa lamakah masyarakat itu telah berada di situ? Itu merupakan soalan yang tidak boleh anda tanya. Ini kerana, kita boleh berkata bahawa Singapura sebenarnya merupakan milik Malaya kerana kita memiliki Singapura sebelum itu. Kita menjualnya kepada British dengan harga enam puluh ribu ringgit sahaja. Saya fikir kita sepatutnya mengambil balik Singapura kerana pada asalnya ia adalah tanah milik kita. Akan tetapi, mereka perlu akur bahawa, sejauh mana kita mahu mengakui kewujudan kita di sini. Dan ternyata bahawa orang Melayu telah berada di sini sebelum adanya orang Cina dan juga orang India. Jika tidak mengapa kita memanggilnya Tanah Melayu. Malah Singapore sebelumnya dipanggil Singapura. Ia merupakan sebuah nama Melayu. Justeru itu, Singapura dan Malaysia merupakan Tanah Melayu. Kita bersifat amat pemurah dan tidak pun sampai mengetengahkan suatu tuntutan. Apakah yang akan terjadi sekiranya kita menjadi seperti orang Israel yang mendakwa bahawa Palestin adalah milik mereka kerana dua ribu tahun dahulu, atau tiga ribu tahun dahulu mereka tinggal di situ? Tetapi di sini orang Melayu memang berada dan tinggal di sini sepanjang masa. Apabila sesiapa mengenal diri dengan nama Negara asal mereka, maka ini adalah pengakuan mereka datang dari Negara berkenaan.

Tuesday 2 December 2014

Jejak Seorang Pemimpin-Sejarah Lisan Tun Dr Mahathir Mohamad


Sekiranya anda memberikan kebebasan kepada orang bukan Melayu, mereka akan pergi jauh ke hadapan. Hal ini mungkin menjadikan keadaan lebih teruk, kita akan mendapati ketidakseimbangan antara orang Melayu dan Cina menjadi bertambah besar. Ketegangan akan berlaku; ketidakstabilan akan berlaku dalam negara ini  sekiranya anda langsung tidak mempunyai DEB. Namun, orang bukan Melayu mesti menerimanya untuk memperoleh kestabilan dalam negara ini. Justeru itu, mereka perlu membuat sedikit pengorbanan. Akan tetapi, sekiranya anda melihat orang bukan Melayu di Malaysia pada hari ini, anda lihat orang Cina; anda dapati mereka jauh lebih maju daripada orang Melayu, Bandar-bandar seperti Seri Kembangan, seperti beberapa buah Bandar baru yang telah naik membangun, keseluruhannya merupakan kawasan Cina dan taman perumahan Cina. Malah taman perumahan yang paling mewah merupakan tempat dimana orang Cina tinggal. Akan tetapi orang Melayu tidak tinggal di situ. Dalam suasana ini, orang bukan Melayu tidak rugi banyak. Sudah tentu, jika orang bukan Melayu diberikan segala-galanya, orang Melayu tidak akan memperolehi apa-apa. Ketidakstabilan kemudiannya akan tercetus dan orang bukan Melayu akan kerugian sekali lagi.