Thursday 19 September 2013

Pemimpin PAS harus menilai diri sendiri


Harakah keluaran 20-22 September melaporkan Pesuruhjaya PAS Perak menyatakan bahawa kerajaan Umno-BN disifatkan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan tindakan mahkamah baru-baru ini dimana memutuskan hukuman penjara dan denda RM500 ke atas 13 aktivis yang berhimpun di hadapan Istana Perak pada tahun 2009.
Pesuruhjaya tersebut juga menyatakan bahawa hukuman tersebut akan menjadi rujukan oleh kerajaan untuk membayangkan kepada rakyat bahawa mereka akan diambil tindakan berat jika cuba untuk bersuara terhadap kebobrokan kerajaan.
Kenyatan seumpama itu bilamana datang-nya dari seorang ahli politik terutama sekali yang bergelar Pesuruhjaya parti, jelas minda beliau cetek dalam pentadbiran negara.
Jika di lihat di Malaysia, Mahkamah bebas dalam membuat segala keputusan yang di rujuk atau di kendalikan oleh mereka. Kerajaan tidak menguasai mahkamah. Ini jelas terdapat beberapa kes dimana mahkamah ‘memihak” kepada parti pembangkang. Jika pemimpin politik BN “menguasai mahkamah” maka parti pembangkang tidak akan memenangani apa-pun kes yang di kendalikan oleh mahkamah. Mahkamah di Malaysia adalah Mahkamah Rakyat dan bukan Mahkamah UMNO-BN.
Perjuangan PAS kononnya berlandaskan Islam. Jika benar perkara itu, maka para pemimpin PAS harus tulus dalam perjuangannya dan jangan membuat atau melimparkan tuduhan setimpal dengan kehendak Islam. Saya bukan ahli UMNO atau BN tetapi apa yang saya lihat BN tidak cuba menakutkan rakyat tetapi sejauh ini PAS yang menakutkan umat Islam dengan dasar perjuangan parti itu kononnya berlandaskan keIslaman tetapi hakikatnya tidak dan berpandangan sempit. Pemimpin PAS mengerakkan parti  itu untuk kepentingan politik dan bukan Islam.
Islam berkendakkan umatnya bersikap jujur dan tulus serta menyatakan perkara yang benar bahkan memperjuangankan kebenaran. Saya mencabar para pemimpin PAS Syiah, agar tampil kehadapan dan membuat pengakuan mereka pengikut Syiah. Perbuatan ini tersangat mudah dilakukan jika pemimpin itu jujur seperti yang di kehendaki oleh Islam. Ini bukan berlandaskan kepada perjuangan politik tetapi berdasarkan kepada pemimpin yang jujur dan tulus serta pemimpin yang tidak pembohong. Jangan menuduh orang lain pembohong sedangkan diri sendiri terdiri dari golongan pembohong atau golongan Abu Lahad.
Berhubung dengan kenyataan pesuruhjaya PAS Perak yang menyatakan kerajaan cuba menyekat kebebasan bersuara dan sekali lagi saya menyatakan bahawa beliau ( iaini pesuruhjaya PAS tersebut) mempunyai minda yang cetek dan hanya melihat keadaan di luar melalui jendela rumah beliau sahaja.
Jika di bandingkan dengan negara jiran dalam ASEAN negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan bersuara. Saya menasihati para pemimpin PAS pergi lah melawat negara negara jiran dan ambil tahu sedikit keadaan di luar agar dapat membuat pembandingan dengan Malaysia. Kalau terperuk sahaja dalam negara, mana hendak mengetahui keadaan di luar negara. Disamping itu dapat menilai diri sendiri dengan ahli politik negara jiran misalnya.

Friday 13 September 2013

Tun Mahathir bercakap benar, tidak pembohong seperti pembangkang


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan saksi ke 209 dalam prosiding Suruhjaya Diraja (RCI) tentang pendatang asing tanpa izin (PATI) menegaskan bahawa tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bagi melaksanakan projek IC berkenaan. Ada pihak yang menuduh Tun Mahathir tidak bercakap benar mengenainya.
Setahui saya, Tun Mahathir tidak pernah bercakap bohong. Percakapan bohong hanya dari ketua parti parti pembangkang demi untuk mencapai cita cita politik mereka. Sebagai contoh Tun Mahathir ada menyatakan bahwa jika projek IC benar-benar berlaku sepanjang (beliau) berkhidmat sebagai Perdana Menteri, maka timbalan beliau (ketika itu) boleh menghalangnya. Ketika itu dia masih dalam kerajaan dan tahu polisi kerajaan.
Jelas “musuh politik” kepada Tun Mahathir masih bergerak aktif untuk menjatuhkan image beliau sebagai seorang pemimpin agong dunia. Sedang apa yang mereka rasai hari ini adalah hasil dari tugas dan jasa Tun Mahathir.

 

Wednesday 11 September 2013

PAS PENGECUT?


Semalam, Selasa 10 September 2013, kira kira 500 wakil daripada perbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membanjiri pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya tanda sokongan mempertahankan kalimah Allah.
Pada 2009, Mahkamah Tinggi telah membenarkan majalah mingguan Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya berbahasa Melayu. Herald adalah majalah mingguan Katholik.
Pada 7 Januari 2009 Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan melarang majalah tersebut daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelakkan kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.
Pada perbicaraan selama lebih 5 jam itu, panel tiga hakim yang di ketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Zawawi Salleh telah mendengar penghujahan kedua pihak dan menangguhkan keputusan sehingga bulan depan.
Di pekarangan Mahkamah Rayuan kelihatan ahli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela).
Turut hadir memberikan sokongan ialah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Timbalan Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin, Syed Hassan Syed Ali,  Setiausaha Agong Perkasa, Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati) Datuk Dr Hasan Ali  dan Dr Yusri Mohamad, Pengerusi Pembela
Amat mendukacitakan dimana terdapat sebuah parti politik yang kononnya berasaskan Islam, tidak menghantar wakil parti tersebut ke Mahkamah. Para pemimpin PAS menyatakan dengan suara lantang bahwa PAS memperjuangkan Islam. Tetapi bilamana terdapat ada golongan bukan Islam yang mempersendakan/memperlekeh agama Islam dan Allah, para pemimpin PAS duduk di rumah dan bersembunyi didalam kain isteri. Yang tidak mempunyai isteri kelihatan telah hilang kejantanan mereka dalam mempertahankan kalimah Allah tetapi akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan para pemimpin mereka. Persoalannya, mengapa ahli PAS begitu bodoh? Dan para pemimpinnya pula kenapa minat memperbodohan ahli mereka?

 

 

Monday 9 September 2013

Nik Aziz berfikiran 'kolot'


Harakah keluaran 9-12 September 2013 di muka hadapan melaporkan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memulangkan ‘paku buah keras’ kepada BN khususnya Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahwa BN boros.
Memandangkan Nik Abdul Aziz sentiasa mempunyai “caturan” politik dengan pemimpin BN terutama sekali dengan Tun Mahathir maka beliau tidak dapat berfikir dengan baik. Kurang pasti tidak dapat berpikir dengan baik kerana umur atau sebaliknya. Jika kita lihat kerajaan dibawah kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia tidak menghadapi defisit seperti hari ini. Bilamana Tun berbelanja beliau memastikan tidak memudaratkan negara dan setiap sen yang di belanjakan akan mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara dimasa hadapan. (long term and not short term). Saya mengambil dua dalam seribu contoh. Pertama: Pembinaan Putrajaya. Kedua; Pembinaan jembatan Pulau Pinang.
Pembangkang misalnya, bercita cita (mati-mati) hendak menawan Putrajaya sedangkan pada ketika itu mereka (pembangkang) menyatakan pembinaan putrajaya satu pembaziran. Begitu juga jembatan pulau pinang. DAP pernah menyatakan bahwa pembinaan jembatan tersebut satu pembaziran. Jika begitu keadaannya, semenjak PRU 12 dimana DAP menguasai Penang kenapa pulak tidak merobohkan jembatan tersebut?
Mujur semasa Tun Mahathir mentadbir Malaysia, beliau tidak bersikap seperti Nik Aziz (memerintah Kelantan) kononnya “jimat cermat”. Jika tidak maka Malaysia akan menjadi seperti Kelantan, sebuah negara yang mundur, tidak bermaya dan kemungkinan ramai rakyat Malaysia yang akan berhidrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan.

Lim Guan Eng, a "thick-skin" leader?


My friends from the Chinese community and Christians began to support the motion of DAP Secretary General Lim Guan Eng to swear on the Bible to prove himself that he is not lying and manipulating his statements with regards to the party’s central executive committee (CEC) election results in December 2012.
Only by doing that the Chinese/Christians in particular and generally all Malaysians will not label him as a liar or a cheater.
But to my personal opinion Lim Guan Eng will not bow to the pressure as he is a “thick skin” leader.

Friday 6 September 2013

Tinggalkan Malaysia jika tidak yakin kepada PDRM


Terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada awal pagi. Saya berpendapat bahwa pihak polis telah mengikut prosedur sebelum penahanan dilakukan.
Dalam perkara ini, rakyat Malaysia harus melihat siapa yang sering mempertikaikan tindakan polis. Dalam isu ini, ternyata beliau diantara salah satu penganjur yang melancarkan demonstrasi jalanan (pengikutnya telah memukul pegawai polis semasa demonstrasi jalanan) dan  minda beliau hanya berkiblatkan kepada“anti-pemerintah dan anti-pasukan polis”.
S Ambiga telah mempertikaikan penahanan A Samad Said dimana dilakukan pada awal pagi dan dengan usia A Samad Said perlakuan pihak polis di anggap oleh beliau sebagai satu gangguan. Kita juga harus mengkaji waktu A Samad Said berada di Dataran Merdeka. A Samad Said berada di Dataran Merdeka pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 56 Jumaat lalu, 30 August 2013. A Samad Said bersama beberapa teman beliau telah mengibarkan bendera alternative ‘Sang Saka Malaya’.
Jika A Samad Said boleh berada diDataran Merdeka pada waktu tengah malam, mengapakah pula tindakan pihak polis menahan beliau pada jam 12.25 pagi di persoalkan dan menjadi masalah? Tambahan pihak polis sudah pergi ke rumah A Samad Said awal lagi tetapi beliau tidak ada di rumah. Mengikut penjelasan pihak polis A Samad Said balik jam 12 tengah malam secara senyap-senyap, jadi pihak polis terpaksa tangkap beliau pada waktu itu. Bukan lah pihak polis datang ke rumah A Samad Said semasa beliau sedang bershalat, atau membaca Al Quran atau sedang tidor. Beliau baru balik ke rumah ketika itu. Jika A Samad Said pulang pada 12 tengah malam dan pihak polis menangkap beliau jam 12.25 maka A Samad Said sudah pun berehat dalam 25 minit.
Pengerusi Bersama Bersih S Ambiga harus memahami bahwa dimana mana negara dalam dunia, pihak polis boleh menahan atau menangkap sesiapa sahaja (suspect) pada bila bila masa dan tidak semestinya pada waktu siang hari sahaja. Sama keadaannya, jika seseorang penjenayah melakukan jenayah tidak mengambil kira siang atau malam hari.
Jika S Amibaga dan para pengikutnya kurang mempunyai kepercayaan kepada pasukan polis dan merasakan keselamatan mereka tidak terjamin dan moto mereka sentiasa memburukan dan mencaci pasukan polis, maka golongan ini dinasihat agar meninggalkan negara ini dan gugurkan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia.

Thursday 5 September 2013

Biarkan si luncai terjun dengan labu labunya


Beberapa pemimpin dunia negara Islam ada mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah rakyat Mesir dengan tentera negara tersebut. Pemimpin negara Islam ini menyedari kebolehan dan kecekapan Tun Mahathir dalam menangani masalah seumpama itu.
Tetapi Setiausaha Dewan Ulama PAS, mempertikaikannya dengan menyatakan bahawa Tun Mahathir dilihat tidak layak. Kenyataan seumpama di mengertikan sangat kerana fahaman politik PAS yang hanya mengagungkan pemimpin parti sendiri dan sekutu kutu mereka. Tambahan mereka iaini pemimpin parti pembangkang mempunyai sikap, “kebencian politik” terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.
Biarkan si luncai terjun dengan labu labunya. Biarkan, biarkan.

Tuesday 3 September 2013

IS A FAIR PRICE FOR WATER TOO MUCH TO ASK?


Utusan Malaysia reported Johor State Government decided to increase the price of raw water, to Singapore. Since 1962 Singapore is paying $0.03 per 1,000 gallon is a ridiculous price.
A good bilateral relationship is clearly difficult if Singapore continually portrays Malaysia at home and abroad as a big bully, a country that does not play fair, and a nation incapable of abiding by international agreements.
Throughout the years of negotiation, Malaysia has always tried to be a good and generous neighbour. Malaysia has never in its history interrupted the supply of water to Singapore. Malaysia will never stop the supply of water to Singapore. That is the promise made by Malaysia, as stated by Malaysia’s Prime Minister.
Malaysia has never tried to take advantage of Singapore need’s need for water. Malaysia has never breached any of its legal commitments. Despite fluctuations in bilateral ties, Malaysia has never withheld from Singapore a single drop of water.
In the future, Malaysia is happy if Singapore continues to source water from Johor or if, because it does not like the price, Singapore decides not to buy a single gallon.
A torrent of rhetoric, allegation and occasional misrepresentation has muddled the central question : Can any person on this earth, in this day and age, truthfully say that 3 Malaysian sen- or 1.4 Singapore cents or 0.8 cents US cent – is a fair price to pay for 1,000 gallons of water?
All we ask for is a fair price, a fair deal.

Monday 2 September 2013

ANWAR TERDESAK JANGAN LAYAN


Harakah melaporkan, “Anwar mahu dialog dengan kerajaan” ( Keluaran 2-5 September 2013)
Setelah gagal memenangi PRU 13, Anwar melancarkan serangan terhadap Barisan Nasional dengan menyatakan berlaku penipuan, kempen memburukan BN di luar negara  dan mengadakan beberapa siris himpunan jalanan dalam usaha menjatuhkan BN yang di pilih secara demokrasi. Tetapi segala usaha Anwar menemui kegagalan. Anwar hanya dapat mempengaruhi para penyokong pakatan pembangkang tetapi tidak keseluruhan para pengundi di Malaysia. Anwar bermimpi di siang hari dengan mengharapkan segala yang berlaku di timur tengah seperti “Arab  Spring” akan berlaku di Malaysia. Tetapi rakyat Malaysia terutama sekali di luar pembangkang mempunyai akal pemikiran yang waras dan misi yang di perjuangankan oleh Anwar menemui kegagalan.
Menyedari hakikat bahawa pembohongannya tidak menjadi, Anwar yang berada didalam keadaan terdesak cuba pula kononnya ingin “berbaik” dengan pemimpin kerajaan Barisan Nasional. Anwar really a thick skin guy.
Pucuk kepimpinan BN menyedari “tipu muslihat” Anwar dan sudah tentu tidak akan melayan permintaan Anwar. Jika Anwar jujur dengan perjuangan politiknya untuk membela, bangsa, agama dan tanah air, setelah tewas dalam PRU 13, beliau seharusnya mengajak pemerintah kemeja rundingan bagi menguatkan perpapduan ummah.