Monday 9 September 2013

Nik Aziz berfikiran 'kolot'


Harakah keluaran 9-12 September 2013 di muka hadapan melaporkan bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memulangkan ‘paku buah keras’ kepada BN khususnya Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahwa BN boros.
Memandangkan Nik Abdul Aziz sentiasa mempunyai “caturan” politik dengan pemimpin BN terutama sekali dengan Tun Mahathir maka beliau tidak dapat berfikir dengan baik. Kurang pasti tidak dapat berpikir dengan baik kerana umur atau sebaliknya. Jika kita lihat kerajaan dibawah kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia tidak menghadapi defisit seperti hari ini. Bilamana Tun berbelanja beliau memastikan tidak memudaratkan negara dan setiap sen yang di belanjakan akan mendatangkan kebaikan dan keuntungan kepada negara dimasa hadapan. (long term and not short term). Saya mengambil dua dalam seribu contoh. Pertama: Pembinaan Putrajaya. Kedua; Pembinaan jembatan Pulau Pinang.
Pembangkang misalnya, bercita cita (mati-mati) hendak menawan Putrajaya sedangkan pada ketika itu mereka (pembangkang) menyatakan pembinaan putrajaya satu pembaziran. Begitu juga jembatan pulau pinang. DAP pernah menyatakan bahwa pembinaan jembatan tersebut satu pembaziran. Jika begitu keadaannya, semenjak PRU 12 dimana DAP menguasai Penang kenapa pulak tidak merobohkan jembatan tersebut?
Mujur semasa Tun Mahathir mentadbir Malaysia, beliau tidak bersikap seperti Nik Aziz (memerintah Kelantan) kononnya “jimat cermat”. Jika tidak maka Malaysia akan menjadi seperti Kelantan, sebuah negara yang mundur, tidak bermaya dan kemungkinan ramai rakyat Malaysia yang akan berhidrah ke luar negara untuk mencari pekerjaan.

No comments:

Post a Comment