Friday 6 September 2013

Tinggalkan Malaysia jika tidak yakin kepada PDRM


Terdapat sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada awal pagi. Saya berpendapat bahwa pihak polis telah mengikut prosedur sebelum penahanan dilakukan.
Dalam perkara ini, rakyat Malaysia harus melihat siapa yang sering mempertikaikan tindakan polis. Dalam isu ini, ternyata beliau diantara salah satu penganjur yang melancarkan demonstrasi jalanan (pengikutnya telah memukul pegawai polis semasa demonstrasi jalanan) dan  minda beliau hanya berkiblatkan kepada“anti-pemerintah dan anti-pasukan polis”.
S Ambiga telah mempertikaikan penahanan A Samad Said dimana dilakukan pada awal pagi dan dengan usia A Samad Said perlakuan pihak polis di anggap oleh beliau sebagai satu gangguan. Kita juga harus mengkaji waktu A Samad Said berada di Dataran Merdeka. A Samad Said berada di Dataran Merdeka pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 56 Jumaat lalu, 30 August 2013. A Samad Said bersama beberapa teman beliau telah mengibarkan bendera alternative ‘Sang Saka Malaya’.
Jika A Samad Said boleh berada diDataran Merdeka pada waktu tengah malam, mengapakah pula tindakan pihak polis menahan beliau pada jam 12.25 pagi di persoalkan dan menjadi masalah? Tambahan pihak polis sudah pergi ke rumah A Samad Said awal lagi tetapi beliau tidak ada di rumah. Mengikut penjelasan pihak polis A Samad Said balik jam 12 tengah malam secara senyap-senyap, jadi pihak polis terpaksa tangkap beliau pada waktu itu. Bukan lah pihak polis datang ke rumah A Samad Said semasa beliau sedang bershalat, atau membaca Al Quran atau sedang tidor. Beliau baru balik ke rumah ketika itu. Jika A Samad Said pulang pada 12 tengah malam dan pihak polis menangkap beliau jam 12.25 maka A Samad Said sudah pun berehat dalam 25 minit.
Pengerusi Bersama Bersih S Ambiga harus memahami bahwa dimana mana negara dalam dunia, pihak polis boleh menahan atau menangkap sesiapa sahaja (suspect) pada bila bila masa dan tidak semestinya pada waktu siang hari sahaja. Sama keadaannya, jika seseorang penjenayah melakukan jenayah tidak mengambil kira siang atau malam hari.
Jika S Amibaga dan para pengikutnya kurang mempunyai kepercayaan kepada pasukan polis dan merasakan keselamatan mereka tidak terjamin dan moto mereka sentiasa memburukan dan mencaci pasukan polis, maka golongan ini dinasihat agar meninggalkan negara ini dan gugurkan kerakyatan sebagai rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment