Wednesday 31 July 2013

Tindakan tegas keatas Suaram


Jasbir Singh Chahl merupakan pihak bertanggungjawab dalam urus janji pembelian Scorpene. Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar tempatan baru baru ini, beliau telah mendedahkan bahwa model Mongolia, Altantuya Shaaribu tidak terlibat dalam pasukan rundingan tersebut.
Beliau memberitahu bahwa dokumen rasmi dari Perancis menjelaskan model Mongolia tersebut  (yang di bunuh pada 2006) tidak memasuki negara berkenaann dari 1999 hingga tarikh kematian beliau di laporkan.
Jasbir Singh juga menafikan kononnya pembiayaan RM$452 juta sebagai komisen kepada syarikat Perimeter Sdn Bhd. Pembiayaan tersebut adalah kos khidmat pengurusan penempatan dan latihan.
Dengan penjelasan Jasbir Singh jelas menunjukkan bahwa pembangkang telah begitu lama menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan mengharapkan dengan penyebaran fitnah tersebut orang ramai akan membenci Perdana Menteri dan pucuk kepimpinan negara. Sekaligus dengan niat untuk menjatuhkan pemerintah yang di pilih oleh rakyat secara bebas dan demokratik. Yang paling jahat perbuatan mencemarkan nama baik negara.
Berbagai pihak telah mendesak pemerintah agar mengambil tindakan tegas keatas pihak yang menyebarkan fitnah itu dan dengan pengakuan Jasbir Singh jelas Suara Ralyat Malaysia (Suaram) telah menjadi alat pihak pembangkang untuk melemahkan kerajaan. Perbuatan tersebut juga di kuatiri ada campur tangan asing dalam hal ehwal dalam Malaysia. Kita lihat Syria dan Mesir bagaimana keadaannya?

 Kian lama ramai yang telah meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap parti pembangkang dan Suaram tetapi kerajaan masih berdiam diri dan takut untuk bertindak. Dengan penjelasan Jasbir Singh kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mesti bertindak tegas keatas Suaram. Jika kerajaan gagal untuk bertindak maka rakyat akan beranggapan bahwa kerajaan hari ini terlalu lemah dalam menangani perkara seumpama ini dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah akan menjadi pudar dan rakyat tidak ada lagi keyakinan kepada kerajaan.

Ini sekaligus akan membuat ahli UMNO bertindak seperti PRU 12 dimana mereka melancarkan undi protest dengan memberikan sokongan kepada parti lawan. Harus di ingat bahwa dalam PRU13 trend orang Melayu kembali menyokong UMNO amat jelas dan jangan pula kerana kebaculan pemimpin UMNO untuk bertindak akan membuat mereka (ahli dan penyokong UMNO) berpaling tadah.

 

Tuesday 30 July 2013

Jangan hapuskan Akta Hasutan


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan kebimbangannya terhadap trend mutakhir yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini yang semakin berani menyentuh isu isu hubungan antara kaum sehingga menimbulkan polarisasi.
Jika begitu keadaannya, apakah kerajaan perlu menghapuskan Akta Hasutan 1948? Kerajaan telah melakukan kesilapan yang sirius bilamana tunduk kepada desakan pihak tertentu dengan  Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Dharurat di hapuskan? Kita lihat setelah penghapusan akta tersebut telah timbul perkara seperti berikut : -

1.      Perbuatan biadab dengan menghina Yang Di Pertuan Agong

2.      Penggunaan kalimah Allah bagi kegunaan agama Kristien

3.      Hak istimewa orang Melayu di persoalkan

4.      Pencerobohan keatas Sabah

5.      Penubuhan Red Bean Army

6.      Serangan parti pembangkang dan pihak tertentu menuduh kerajaan kononnya

berlaku penipuan dalam PRU 13

7.       Graduan Melayu di diskriminasikan

8.      Perbuatan menghasut yang dapat mengancam keselamatan negara

Walaupun parti memerintah memenangi pilihan raya kurang dari 2/3 kerusi parlimen itu tidak  bermakna kerajaan harus tunduk kepada setiap desakan parti pembangkang dengan meletakkan keselamatan negara dalam bahaya?

Apakah hanya Menteri yang layak bertanding


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO telah menasihatkan kepada sesiapa yang bertanding dalam pemilihan UMNO kali ini supaya tidak menggunakan sebarang taktik kotor mahupun serangan peribadi. Beliau juga berkata tindakan itu penting ekoran pertandingan yang di sifatkannya dalam sebuah “keluarga” itu bertujuan memperkukohkan parti dan bukannya bergaduh sesame sendiri.

Bagaimana dalam pilihan Pergerakan Pemuda UMNO yang lalu? Apa kah beliau bertanding atas semangat yang di maksudkan itu? Kenapa pulak kali ini di timbulkan elemen “pemilihan  semangat persaudaraan?”  Kenapa kali ini timbul pula, “pilih pemimpin yang betul betul layak”. Apakah beliau bermaksudkan bahwa hanya “mereka yang memegang jawatan Menteri” sahaja yang “betul betul layak memimpin terutama jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO?

Monday 29 July 2013

Ajaran Syiah harus di pantau


Ucapan tahniah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang telah mengambi tindakan tegas mendahului untuk mewartakan Syiah sebagai fahaman sesat. Tindakan yang berani dan cergas Datuk Mukhriz  harus di hormati dan di sanjung kerana mewartakan salah di sisi mazhab Sunnah Wal Jamaah. Saya merasakan satu langkah yang agresif dan perlukan di laksanakan dengan segera.
Difahamkan Pahang akan mengikuti langkah Datuk Mukhriz untuk mewartakan pengharaman ajaran tersebut. Pembedungan ini dapat dilakukan kerana di negara kita, Malaysia, majoritinya golongan Ahli Sunnah Wai Jamaah.
Utusan Malaysia melaporkan bahwa dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman Syiah di negara ini.
Sehubungan dengan ini, PAS di gesa untuk memecat ahlinya yang berfahaman Syiah tanpa mengira jawatan dalam parti seperti yang di pernah dilakukan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor semasa menjadi Presiden parti itu. Maka itu kita dapat melihat di masa lalu sebelum dan sesudah PRU13 ada para pemimpin PAS yang mengeluarkan fatwa dimana bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dalam proses mengawal penyebaran ajaran Syiah, disamping kerajaan negeri mewartakan bahwa ajaran Syiah salah di sisi undang undang maka setiap Jabatan Agama Islam Negeri mesti memantau dan melaksanakan penguatkuasaan-nya.

Friday 26 July 2013

Pergerakan Pemuda UMNO kehilangan taring


Dalam blog ini saya ada menulis berhubung dengan Pergerakan Pemuda UMNO dimana saya menyatakan bahwa pergerakan pemuda kelihatan lesu.
Ketua Pemuda Pergerakan tersebut merangkap Menteri Belia dan Sukan telah memberikan kenyataan bahwa dakwaan Pemuda lesu tidak berasas. ( Utusan Malaysia -  25 Julai 2013).
Beliau seterusnya dilaporkan sebagai berkata, “ Bahkan saya yakin dengan kemampuan jentera Pemuda UMNO dalam menangani perbagai isu selama ini. Sebagai contoh, kita tengok semangat ditunjukkan Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang melaksanakan banyak program turut padang secara tersusun”. 
Kalau setakat turun membantu dalam pilihan raya kecil di (PKR) Kuala Besut, what so big deal? Antara Fungsi sayap parti adalah untuk menggerakkan jentera parti (dalam kes ini pemuda) untuk membantu dalam pilihan raya. (sama ada PRU atau PRK). Dalam PRK Kuala Besut kita dapat melihat bukan sahaja pergerakan Pemuda yang membantu, bahkan wanita, putra dan puteri juga turut sama. Seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional membantu dalam PKR Kuala Besut.
Tidak dapat di nafikan bahwa Pergerakan Pemuda kelihatan lesu dan tidak bermaya terutama sekali dalam menangani isu seperti berikut:-
1.      Perbuatan menghina Yang Di Pertuan Agong

2.      Penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama Kristian yang di laungkan oleh DAP

3.      Hak Istimewa orang Melayu yang di persoalkan oleh berbagai pihak tertentu

4.      Pencerobohan  pengganas keatas Sabah

5.      Penubuhan Red Bean Army yang di taja oleh DAP

6.      Serangan parti  pembangkang keatas kerajaan kononnya terbit penipuan dalam

PRU 13

7.       Graduan Melayu di diskriminasikan
Suara pergerakan pemuda UMNO tidak kedengaran dalam isu yang di sebutkan tadi. Dimana suara lantang Pergerakan Pemuda yang satu masa dahulu dilaungkan dan dibanggakan sebagai pembela/banteng bangsa, agama dan tanah air? Pergerakan Pemuda diibaratkan seperti harimau tetapi malangnya tidak bergigi. (toothless)
Maka itu saya telah mencadangkan melalui blog ini agar Jawatan Ketua  Pergerakan Pemuda UMNO harus di tandingi. Diharapkan ada dikalangan ahli pemuda UMNO yang dapat menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang di maksudkan. Dengan itu Pergerakan Pemuda UMNO dapat bangkit semula dengan taringnya dan menjadi benteng/pembela bangsa, agama dan tanah air.

Thursday 25 July 2013

Jadilah anak jantan


Ketika pembahasan di Parlimen, Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR antara  lain menyebut Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mempunyai hubungan rapat atau mengenali dengan rapat kontraktor yang mendapatkan dakwat kekal pada PRU 13 Mei lepas.
Kemudian Speaker Parlimen meminta Rafizi Ramli untuk mengulangi kenyataan beliau di luar parliamen. Rafizi mengulanginya di luar tetapi dengan tidak menyebut kedua mereka iaini Datuk Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad. Jika Rafizi beryakinan apa yang di katakana di parlimen adalah benar, kenapa merasa takut untuk mengulanginya di luar parlimen?
Datuk Abdul Aziz memberi tempoh seminggu bagu Rafizi untuk mengulangi kenyataan beliau di Parlimen.. Sebagai seorang Wakil Rakyat Rafizi harus berani untuk mengulanginya di luar parlimen. Jangan menggunakan parlimen dimana beliau di lindungi dengan imuniti untuk membuat fitnah dan pembohong terhadap sesame bangsa dan agama terutama sekali di bulan Ramadhan ini. Sebagai seorang yang bertanggung jawab Rafizi mesti mengulangi kenyataan yang di buat di parlimen pada 16 Julai 2013  di luar parlimen.
 

Wednesday 24 July 2013

Lim Kit Siang pelakon terbaik


Dilaporkan bahwa Naib Strategik MIC menyatakan, “Kita tidak terkejut jika Kit Siang sebenarnya mereka-reka cerita berkaitan pemilihan CEC itu sama seperti drama dia menangis apabila kata DAP akan di batalkan oleh Pendaftar Pertubuhan  bagi menagih simpati masyarakat Cina”
Drama menangis bukan lah perkara baru. Lim Kit Siang belajar dan mengikut langkah pemimpin PAP yang serng menangis di TV Singapura. Pertama insiden dimana Lee Kuan Yew sendiri menangis (pengumuman tertendangnya Singapura dari Malaysia) dan kemudian diikuti oleh beberapa pemimpin PAP yang lain.
Kita perlu ingat bahwa DAP adalah anak didik PAP. Justru tidak ada perbezaannya. Pemimpin DAP dan PAP mempunyai script lakonan yang serupa.

Tuesday 23 July 2013

Pengabungan MCA-Gerakan-SUPP


Sebagai rakyat Malaysia kita harus mengalu-galu cadangan gabungan MCA-Gerakan-SUPP. Ini memudahkan ketiga parti tersebut bersatu dengan satu suara untuk menarik lebih ramai orang cina untuk menyokong BN.
Ketika ini kelihatan ketiga buah parti tersebut saling berjuang bersendirian untuk mendapat sokongan dari satu golongan masyarakat iaini bangsa Cina. Jika pengabungan ini dapat dilakukan maka BN akan bertambah kuat dan kukuh seperti zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana pada setiap pilihan raya BN mendapat undi majoriti dua pertiga. Sepertimana yang di katakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa yang penting fahaman mereka harus di perbetulkan agar tidak terpengaruh dengan pendapat bersifat negatif terhadap parti itu.
Pada PRU13 kita dapat melihat sokongan orang Melayu telah kembali kepada UMNO. Hanya sokongan orang Cina kepada BN telah lari ke DAP. Jadi dengan pengabungan ketiga parti tersebut, MCA-Gerakan-SUPP diharapkan akan membawa sokongan orang Cina kepada BN.
Saya di fahamkan parti India dalam BN juga sedang berusaha mengabungkan beberapa parti kaum india dalam BN untuk menjadi satu. Dengan ini ujudnya buat pertama kali menjurus kepada kepentingan memujudkan satu entity mengabungkan  kaum Cina dan juga dengan kaum india menjadi satu dalam BN.
Jika ini berlaku, kerjasama PAS dan UMNO tidak diperlukan kerana BN masih dapat membentuk kerajaan. Sebagai contoh kita lihat di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimana tanpa PAS beliau dapat membawa kemenangan yang cemerlang kepada BN dengan mendapat undi majority dua pertiga.

Monday 22 July 2013

Jawatan Pemuda UMNO harus di cabar


Mengimbas kembali kemunculan Khairy Jamaluddin (KJ) di pentas Pemuda UMNO, dan memenangi kerusi selepas kekosongan yang di tinggalkan oleh Hishammuddin Tun Hussein. Kemudian dalam pemilihan yang diadakan Khairy Jamaluddin mendapat 304 undi mengatasi Mohd Khir Toyo (252) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (323).
Ramai yang menyatakan  kemenangan Khairy Jamaluddin (ketika itu) adalah  bersandarkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Di katakan juga bahwa ketika itu Khairy Jamaluddin merupakan penasihat kepada Perdana Menteri ( Bapak Mentua Khairy).
Diharapkan kali ini ada dikalangan pemuda yang akan muncul mencabar Khairy Jamaluddin. Walaupun Khairy Jamaluddin sekarang ini memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan itu tidak bermakna memberikan laluan mudah buat beliau.
Pada pemilihan yang lalu jika kita campurkan undi yang di terima oleh kedua pencabarnya ( Khir dan Mukhriz) maka kemenangan Khairy jelas tidak begitu membanggakan. Jadi jika ada pencabar pada pemilihan pemuda UMNO kali ini dan walaupun memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan ianya bukan satu laluan yang mudah baginya dan juga tidak akan menjamin kemenangan Khairy Jamaluddin.
Tambahan pemilihan kali ini tidak semudah sewaktu Khairy memenangi jawatan tersebut. Jika di lihat ketika dulu tidak sampai 1,000 orang perwakilan membuat keputusan di Dewan Merdeka, Kuala Lumpur. Tapi kali ini dianggarkan 70,000 akar umbi Pemuda layak membuat pilihan mereka.

Thursday 18 July 2013

Jangan berdegil dengar nasihat Tun M


Penulis bersetuju dengan pendapat Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa undang undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah negara.
Ada benarnya bila Tun Mahathir menyatakan bahwa kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehingga ada pihak yang berani menghina Islam. Sebenarnya ISA merupakan alat terpenting dalam menangani permasalahan perkauman yang dimainkan dimana boleh mencetus rusuhan kaum. ISA juga dapat digunakan kepada pihak yang mengugat kestabilan dan keamanan negara. Kerajaan Malaysia tidak penah menggunakan ISA untuk menangkap para pemimpin/aktivis pembangkang atas penglibatan pergerakan politik mereka menentang kerajaan.
Perbuatan menghina Yang Di Pertuan Agong dan menghina Islam tercetus  selepas pengmansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Menurut Tun Mahathir mereka sekarang berani kata macam macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi.
Ada yang menyatakan bahwa  prinsip utama Akta Hasutan 1948 di kekalkan dalam akta baru yang dinamakan “Akta Keharmonian Nasional”.  Namum ianya tidak sebaik atau seefektif Akta Hasutan 1948 dan Ordinan Darurat (EO). Di kuatiri nanti penguatkuasaan akta tersebut terlalu lembab untuk dilaksanakan. Ini terbukti dengan Akta Perhimpunan Aman dimana terlalu kaku dan lambat untuk di ambil tindakan mahkamah.
Melihat kelembaban kerajaan setelah Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan maka pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menggugat kerajaan dengan melancarkan tsunami Cina dalam PRU 13. Ini di teruskan dengan pelancaran menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam.
Pada pihak tertentu janganlah menunjukan sikap kedegilan dengan berhajatkan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan Ordinan Darurat (EO). Dengar, dengar lah nasihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – “Jangan gubal sesuka hati”. Penulis beranggapan jika di gubal sesuka hati dan setiap tuntut atau desakan pihak tertentu di laksanakan oleh kerajaan, maka kita menuju ke arah kebinasaan dan Melayu akan kehilangan kuasa politik dan negara.

 

Wednesday 17 July 2013

Malaysia harus tegas mengambil tindakan


Alvin Tay Jye Yee, 25 dan Vivia Lee 24 telah mempersendakan (kalau tidak kurang ajar) kepada umat Islam di bulan Ramadhan dengan memuat naik gambar mereka sedang menikmati sup tulang babi dengan kapsyen ‘selamat berbuka puasa dengan Bak Kut The (sup tulang babi)…wangi, enak dan menyelerakan’ lengkap dengan logo halal.
Disusuli dengan Duta Vatican City, Biskop Joseph Marino mencetuskan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
Sejak kebelakangan ini ujud gejala dimana kenyataan di keluarkan dengan sewenangnya oleh pihak pihak tertentu di Malaysia yang menghina agama Islam. Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh di mata dunia dan persoalannya mengapa perkara seumpama ini berlaku?
Cuba kita pandang ke belakang sedikit. Kita lihat semasa pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam tempoh 21 tahun tidak berlakunya perkara perkara seperti hari ini. Parti yang sama memerintah iaini Barisan Nasional dimana tulang belakangnya UMNO. Lantas beliau dapat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh. Tetapi setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, imej tersebut telah tercemar dan tercalah. Akhirnya seorang Perwakilan Asing, Biskop Jospeh Marino secara terbuka "menyerang" Malaysia dengan mencampuri urusan dalaman negera. Memadai kah dengan memohon maaf dan “menyatakan beliau (Marino) tidak berniat mencampuri hal dalaman Malaysia”. Apakah kita berpuas hati hanya dengan kenyataan seumpama itu? Sebagai wakil negara asing Marino memahami etika sebagai seorang perwakilan asing dan sebagai pemimpin agama.
Kita tidak dapat menafikan Marino mempunyai networknya di Malaysia. Apakah ada dalang yang memberanikan Marino melanggar etika sebagai seorang perwakilan asing dan pemimpin agama untuk kepentingan agama tertentu? Sambil menerima pemohonan maaf dari Marino pemerintah juga terutama sekali pihak polis harus menjalankan penyiasatan sama ada Marino di peralatkan oleh pihak tertentu dalam membuat kenyataan kontroversi yang boleh bertukar kepada hasutan. Ini yang harus di gali ke akar umbinya. ( disiasat )
Berbalik kepada pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mereka berdua terdiri daripada warganegara Malaysia dan mereka berdua bekas penuntut University of Singapore (NUS). Perbuatan mereka sangat biadap dan satu penghinaan kepada Islam. Mereka berdua tertakluk kepada undang udang dan perlembagaan Malaysia.
Di Islamabad mereka yang menghina Islam di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Malaysia pula sebagai negara Islam contoh, bagaimana caranya dalam menangani perkara seumpama itu.. Saya percaya dan yakin negara Islam di dunia sedang memerhatikan kita.
Mengikut Seksyen 233 Akta Kominikasi dan Multimedia 1998, Alvin dan Vivian berdepan dengan hukuman penjara selama satu tahun atau denda RM50,000.
Penulis berpendapat bahwa hukuman satu tahun penjara tidak memadai kerana jika di tolak hari sabtu, ahad dan cuti umum, tidak cukup satu tahun sedangkan kesalahan menghina Islam di mana dalam Perlembagaan Malaysia bahwa Islam adalah agama rasmi, perbuatan seumpama itu tersangat sirius. Justru penulis mencadangkan agar hukuman penjara di tambah ke maksium mungkin 10 tahun. Jumlah denda tidak menjadi masalah kepada perlaku kesalahan dimana kemungkinan ada kumpulan  “pemberi/penderma” (sponsors) untuk membayarnya. Perbuatan pasangan tersebut kemungkinannya ada dalangnya.
Penulis tertarik dengan cadangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathr Mohamad untuk melucutkan taraf kewarganegara (Alvin dan Vivian) jika undang undang membenarkannya. Para penggubal undang undang harus memberikan perhatian dan pertimbangan kepada cadangan Dr Mahathir.
Disamping itu pasangan yang berkenaan adalah bekas penuntut Universiti Singapura (NUS )juga harus di siasat oleh PDRM dan di dakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Seperti di katakan pada peringkat awal tadi bahwa Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh dan penyelesaian yang konkkrit harus di lakukan dalam menangani perkara seperti  ini (kes Jospeh Marino dan pasangan Alvin dan Vivian). Jika tindakan yang “lembut” di ambil atas konsep “kesederhanaan” maka masanya akan tiba bilamana dunia Islam akan mengencam Malaysia.

Usir Biskop Joseph Marino


Isnin, 15 July 2013, di blog ini ada disiarkan kenyataan, “ Duta Vatican City harus di siasat”.
Menurut  laporan  Wisma Putra telah memanggil Duta Vatian City, Biskop Joseph Marino berhubung dengan kenyataan Marino dalam isu kalimah Allah oleh penganut Kristian. Menurut Wisma Putra Marino telah memohon maaf dan beliau menyatakan bahwa “komennya tidak mempunyai niat sebagai mengancam urusan dalaman Malaysia”.
Sebagai seorang bekas  kaki tangan kedutaan asing saya merasakan amat sukar untuk menerima penjelasan Marino.  Pejabat Duta Vatican City seharusnya mengetahui keadaan di Malaysia kerana salah satu tugas Duta di luar negeri yang mewakili negara tertentu adalah untuk memantau/mengetahui peristiwa/perkembangan sosial dan politik di negara yang berkenaan. Mustahil Marino buta dengan apa yang berlaku di Malaysia terutama sekali isu penggunaan kalimah Allah bilamana isu tersebut ke peringkat Mahkamah? Apakah Duta Vatican City dan kaki tangannya (jika ada) selama ini tidor sahaja di Malaysia? Atau “enjoying life” di Malaysia?
Apa kah cukup dengan bermohon maaf? Apa kah cukup dengan menyatakan bahwa beliau tidak berniat mencampuri urusan dalaman Malaysia? Apakah Marino begitu bebal dan bodoh ‘the do and donl’ penugasan sebagai Duta ( perwaklian asing )?
Walaupun setiap wakil asing mempunyai imuniti tetapi itu tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mencampuri urusan dalaman negara yang mereka di tugaskan oleh pemerintah mereka?
Apakah sudah menjadi budaya di Malaysia setiap kesalahan yang di lakukan oleh sesiapa sahaja dengan “memohon maaf” sesuatu perkara itu selesai. Ini yang harus di fikirkan oleh pucuk kepimpinan negara. Jika undang undang itu ada tetapi tidak di laksanakan dengan baik maka kita akan binasa.
Penulis mencadangkan agar Marino di siasat oleh pihak polis bagi memastikan tidak ada dalang di sebalik kenyataan Marino. Kalau Marino tidak berminat untuk bekerjasama dengan pihak polis,(atas alasan adanya imuniti padanya) maka Marino harus di usir dari Malaysia.

Monday 15 July 2013

Duta Vatican City harus di siasat


Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Jospeh Marino mengeluarkan kenyataan menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut kristian negara ini.
Sebelum diadakan PRU 13  terdapat pihak tertentu telah mengadakan pertemuan dengan para paderi. Dalam pertemuan tersebut  mereka mengambil keputusan jika BN kalah dalam PRU 13 maka agama kristian akan menjadi agama rasmi di Malaysia bagi mengantikan Islam dan Malaysia akan menjadi sebuah negara republic.
Langkah pertama setelah parti pembangkang menjadi pemerintah,( jika memenangi PRU 13) tentera yahudi akan mempunyai pangkalan ketenteraan di Port Dickson. Pada awalnya Yahudi meminta dua pangkalan ketenteraan iaini di Port Dickson dan Lumut.  Agenda kumpulan tersebut adalah untuk menghapuskan sistem Beraja. Untuk mencapai ke mutalamat tersebut maka Askar Melayu Di Raja harus terlebih dahulu di hapuskan dan tentera yahudi di arahkan untuk melakukannya. Maka itu yahudi meminta dua pangkalan di Malaysia jika BN kalah dalam PRU 13. Ini merupakan  perancangan yang sangat licin dan teratur untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dan menghapuskan agama Islam di bumi Malaysia.
Penulis pernah bekerja di Kedutaan Asing sebagai pembantu kepada Menteri Penasihat dan berpendapat bahwa Biskop Jospeh Marino menyedari bahwa apa yang dilakukan beliau merupakan satu kesalahan besar iaini mencampuri urusan dalam negeri tempat beliau di tugaskan. Mungkin ada pihak tertentu di belakang perbuatan Biskop Jospeh Marino. Dari itu kerajaan Melaysia melalui Wisma Putra harus menjalankan penyiasatan berhubung dengan kenyataan Jospeh Marino. Jika Jospeh Marino enggan berkerjasama dengan kerajaan Malaysia, maka Jospeh Marino harus di usir dari Malaysia. Hasil dari penerangan Jospeh Marino nanti harus di umumkan kepada ramai.

Friday 12 July 2013

Baiah perlu keikhlasan dan bukan agenda politik



Tindakan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof berbailah ( bersumpah ) di hadapan umum dalam majlis pengumuman oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundang perlbagai persepsi masyarakat.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata kerana baiah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran diantara individu yang melafazkan sumpah berkenaan dengan Allah. Selanjutkan Dr Hasan Ali menyatakan bahwa “Bagi saya kalau sumpah begitu dibuat di hadapan umum ia ditakuti di pengaruhi oleh politik dan bukan syariat".

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mendedahkan ada dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS melakukan baiah sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga jika meninggalkan parti itu dan mendakwa baiah itu turut menjadi kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan  PAS untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

Thursday 11 July 2013

Laporan Panel harus di edarkan kepada umum


Pengerusi, Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat Perhimupnan BERSIH 3.0, Tun Hanif Omar menyatakan bahwa dalang perhimpunan BERSIH enggan untuk memberikan kerjasama untuk mendapatkan kebenaran berkaitan perhimpunan itu.

Difahamkan laporan setebal 500 halaman telah disiapkan dan telah pun di serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Memandangkan panel tersebut ditubuhkan untuk mencari kebenaran, maka di harapkan agar laporan tersebut dapat di edarkan kepada orang ramai. Ini membolehkan rakyat mengetahui kebenaran dan untuk public interest.

Tuesday 9 July 2013

PAS tunduk kepada DAP ?


Karpal Singh, Pengerusi DAP mendesak Ahli Parlimen PAS dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara  12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya berhubung status agama kanak-kanak berumur dibawah usia 18 tahun.

Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi dari PAS berhubung kepada perkara tersebut. Tetapi hanya kedengaran pandangan individu pemimpin PAS. Sejauh ini pandangan peribadi para pemimpin PAS sering berubah berhubung beberapa isu lain yang pernah di bangkitkan.

Maka itu pendirian rasmi PAS perlu agar tidak kelihatan parti itu (PAS)  merupakan kuda tunggangan DAP dalam mencapai objektif politik DAP. Apakah PAS akan tunduk dengan desakan DAP, kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat.

Monday 8 July 2013

Kekalkan Akta Hasutan demi untuk bangsa, agama dan tanahiar


Tindakan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat. Kerajaan telah membuat satu kesilapan dengan tunduk kepada desakan sesetengah pihak untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) kononnya atas dasar  hak asasi manusia. Akhirnya kerajaan kelihatan lemah dalam menangani permasalahan seperti  demontrasi jalanan dibawah kalimah “perhimpunan aman”. Sebenar, pihak tertentu telah membuat perancangan untuk mengadakan demontrasi jalanan  (setelah ISA dan Akta Ordinan Darurat dihapuskan) seperti mereka lakukan sebelum dan sesudah PRU 13.

Dengan pengapusan ISA dan Akta Ordinan Darurat (EO) bukan sahaja kerajaan kelihatan lemah untuk mengatasi kerenah yang di timbulkan oleh parti pembangkang tetapi juga menyebabkan punca jenayah naik sepertimana yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut bekas perdana menteri bahwa punca kekerapan berlakunya jenayah di negara ini apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Ordinan Darurat  di hapuskan.

Penulis merasa lega dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan. Janganlah pemerintah terperangkap dengan tuntutan pihak tertentu. Golongan ini sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi (hidden agenda) iaini untuk menjatuhkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi dan seterusnya untuk menghapuskan empat perkara utama termaktub dalam perlembagaan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukanan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Jika keempat perkara ini di sentuh dan dicabar dan Akta Hasutan telah dihapuskan maka kerajaan masih kelihatan gagah seperti seekor harimau tetapi harimau yang tidak bergigi.

Thursday 4 July 2013

Umat Islam jangan tunduk kepada tuntutan


Bersesuain dengan Article 3 Perlembagaan Persekutuan ,  Islam adalah agama Persekutuan. Justru, adalah menjadi tanggung jawab kerajaan dan rakyat (tidak mengira fahaman politik) harus memelihara dan mempertahanakan kesucian Islam.

Sejak kebelakangan ini ada desakan dan tuntutan dari pertubuhan hak asasi manusia  dalam dan luar negeri berhubung perlaksanaan penukaran agama dikalangan penganut Islam dan juga kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kumpulan atas nama hak asasi manusia tersebut menuntut dan mendesak agar salah satu pihak (ibu atau ayah) membolehkan menukar agama kanak-kanak dibawah umur. Bagi penganut agama Islam, di samping kita melaungankan hak asasi manusia kita juga tidak dapat melupakan dan mengabaikan hak individu Islam untuk memelihara, mempertahankan dan melaksanakan tuntutan agama.

Bagi penganut Islam, bilamana seseorang bayi dilahirkan, anak kecil itu sudah mempunyai agama. Kita semua menyedari bahwa bilamana bayi Islam itu dilahirkan, maka anak tersebut akan dilaungkan dengan azan dan sebagainya.

Pertubuhan hak asasi manusia mendesak dan menuntut agar membenarkan salah seorang ibu atau ayah untuk menukar agama kanak-kanak dibawah umur, Perbuatan seumpama itu bertentangan dengan amalam agama Islam. Dari itu kita harus menentangnya. Agama islam juga harus diberikan hak untuk penganutnya mengamalkan apa yang di tuntut oleh Islam.

Kita harus menyedari bahwa perbuatan bertukar agama, pindah agama atau murtad, pengamalan seperti LGBT di larang oleh agama Islam.

Umat Islam jangan tunduk dengan tuntutan sedemikian.

Wednesday 3 July 2013

Pengkhianat Bangsa, Agama dan Tanahair


Ada dakwaan Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank diluar negara dengan jumlah mencecah AS$66 juta (RM209 Juta) dan wang singapura sejumlah 49 Juta ( RM123 juta).

Menurut WikiLeads 20 akaun tersebut terdapat di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China. Jika Anwar Ibrahim serta kuncu kuncunya menafikan laporan tersebut maka beliau harus mengambil tindakan undang undang dengan menyaman WikiLeads untuk membersihkan nama beliau.

Pergolakan yang berlaku di negara negara Arab tercetus dengan adanya campur tangan negara/kuasa asing yang ingin melihat kelemahan dan kehancuran negara negara Islam. Mana ada negara bukan Islam yang menghadapi permasalahan seperti tunjuk perasaan besar besaran seperti di negara negara Islam dan sejak akhir ini negara Malaysia.

Pihak berkuasa mesti bertindak dan menyiasat dakwaan ini kerana ianya sangat merbahaya kepada keselamatan negara. Kerajaan Malaysia harus memastikan penguatkuasaan undang undang yang tegas terhadap penderhaka negara ini.

Setelah bertindak berdasarkan kepada undang undang dan jika di dapati bersalah oleh Mahkamah maka segala pingkat yang diberikan mestilah di lucutkan.

Tuesday 2 July 2013

Pergolakan di negara Islam


Pergolakan di negara negara Islam tidak ada kesudahannya. Misalnya keadaan yang meruncing  di Mesir dimana  kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Kumpulan Tamarod” menentang pemerintahan Presiden Mursi. Kumpulan ini difahamkan telah  menerima dana asing untuk menggulingkan Mursi. Kumpulan tersebut akan mengadakan demontrasi secara besar besaran untuk melemahkan serta menjatuhkan Presiden Mursi.

Kita perlu lihat keadaan di Malaysia. Bekas Naib Presiden Indonesia secara terbuka menyatakan bahwa Anwar Ibrahim menerima dana dari beberapa negara asing bagi menggulingkan kerajaan yang di pimpin oleh BN dimana tulang belakangnya UMNO. Jika di lihat modus operandi golongan tersebut adalah  mengadakan demontrasi secara besar besaran. Ini yang telah di lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Dalam usaha mengadakan demontrasi secara besar besaran dan dengan laungan “kononnya berlaku penipuan dalam PRU 13” Anwar telah “memperbodohkan” para pengikutnya dengan mengadakan perhimpunan haram. Musuh Islam dalam pakatan pembangkang dengan senang hati memberikan sokongan kepada Anwar kerana mereka tidak perlu berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia kerana melayu/Islam sendiri akan menjatuhkannya (kerajaan BN/UMNO). Mereka hanya menghantar para penyokongnya untuk menghadiri perhimpunan haram atas slogan yang di cipta oleh Anwar sendiri. Perjuangan DAP adalah double standard bagi mencapai cita cita politik mereka. Dan kepimpinan DAP mengetahui bahwa Anwar tidak dapat mengawal pergerakan mereka (DAP) jika apa yang berlaku di negara negara Islam berlaku di Malaysia. Dalam keadaan seumpama itulah maka DAP akan merampas kuasa dengan bantuan Yahudi. Ini dapat dilakukan oleh DAP kerana penyokong kuat Yahudi berada tidak jauh dari Semenanjung. (Senario sebegini telah berlaku di negara negara Islam)

Umat Melayu/Islam harus bangkit dan bersatu demi untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.

 

 

 

Monday 1 July 2013

Pas tunduk kepada DAP?


Dalam satu majlis di Kulaijaya Johor Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP telah mencadangkan PAS untuk memboikot Dun Kuala Besut kononnya isu dakwat kekal dalam PRU13.

Yang anehnya jika dakwat kekal di persoalkan oleh DAP, maka kemenangan DAP dalam PRU13 di Penang dan beberapa kawasan parlimen dan ADUN di negeri lain, kenapa pula mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri, Wakil Rakyat dan ADUN? Kenapa tdak mempersoalkan kememenangan mereka dan kalau terdapat ada unsur unsur  penipuan (seperti dakwaan) kenapa  mengangkat sumpah dan memegang jawatan??? Tidak kah ini juga membawa pengertian jika tidak ada "penipuan" maka DAP dan pembangkang tidak akan berjaya dalam PRU 13 yang lalu?

Sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP tidak dapat bertanding di kawasan tersebut kerana majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu. Apakah jika ada di mana mana tempat lain DAP dapat bertanding, Lim Guan Eng akan memboikot tidak bertanding? Perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

Namun, jika PAS memboikot daripada bertanding di Dun Kuala Besut maka jelas kepimpinan PAS tunduk kepada desakan DAP sepertimana PKR tunduk kepada DAP. Kita lihat apakah DAP dapat memperbodohkan pemimpin  berbangsa Melayu dalam PAS dan PKR sama sama kita nantikan.