Friday 12 July 2013

Baiah perlu keikhlasan dan bukan agenda politik



Tindakan calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azlan @ Endot Yusof berbailah ( bersumpah ) di hadapan umum dalam majlis pengumuman oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundang perlbagai persepsi masyarakat.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata kerana baiah perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kejujuran diantara individu yang melafazkan sumpah berkenaan dengan Allah. Selanjutkan Dr Hasan Ali menyatakan bahwa “Bagi saya kalau sumpah begitu dibuat di hadapan umum ia ditakuti di pengaruhi oleh politik dan bukan syariat".

Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mendedahkan ada dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS melakukan baiah sehingga sanggup menceraikan isteri dengan talak tiga jika meninggalkan parti itu dan mendakwa baiah itu turut menjadi kekangan dalam kalangan pemimpin bawahan  PAS untuk menyertai UMNO meskipun mereka berminat berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment