Monday 8 July 2013

Kekalkan Akta Hasutan demi untuk bangsa, agama dan tanahiar


Tindakan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 merupakan satu tindakan yang wajar dan tepat. Kerajaan telah membuat satu kesilapan dengan tunduk kepada desakan sesetengah pihak untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) kononnya atas dasar  hak asasi manusia. Akhirnya kerajaan kelihatan lemah dalam menangani permasalahan seperti  demontrasi jalanan dibawah kalimah “perhimpunan aman”. Sebenar, pihak tertentu telah membuat perancangan untuk mengadakan demontrasi jalanan  (setelah ISA dan Akta Ordinan Darurat dihapuskan) seperti mereka lakukan sebelum dan sesudah PRU 13.

Dengan pengapusan ISA dan Akta Ordinan Darurat (EO) bukan sahaja kerajaan kelihatan lemah untuk mengatasi kerenah yang di timbulkan oleh parti pembangkang tetapi juga menyebabkan punca jenayah naik sepertimana yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berbahagia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Menurut bekas perdana menteri bahwa punca kekerapan berlakunya jenayah di negara ini apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Ordinan Darurat  di hapuskan.

Penulis merasa lega dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan. Janganlah pemerintah terperangkap dengan tuntutan pihak tertentu. Golongan ini sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi (hidden agenda) iaini untuk menjatuhkan kerajaan yang di pilih secara demokrasi dan seterusnya untuk menghapuskan empat perkara utama termaktub dalam perlembagaan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukanan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu. Jika keempat perkara ini di sentuh dan dicabar dan Akta Hasutan telah dihapuskan maka kerajaan masih kelihatan gagah seperti seekor harimau tetapi harimau yang tidak bergigi.

No comments:

Post a Comment