Tuesday 2 July 2013

Pergolakan di negara Islam


Pergolakan di negara negara Islam tidak ada kesudahannya. Misalnya keadaan yang meruncing  di Mesir dimana  kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai “Kumpulan Tamarod” menentang pemerintahan Presiden Mursi. Kumpulan ini difahamkan telah  menerima dana asing untuk menggulingkan Mursi. Kumpulan tersebut akan mengadakan demontrasi secara besar besaran untuk melemahkan serta menjatuhkan Presiden Mursi.

Kita perlu lihat keadaan di Malaysia. Bekas Naib Presiden Indonesia secara terbuka menyatakan bahwa Anwar Ibrahim menerima dana dari beberapa negara asing bagi menggulingkan kerajaan yang di pimpin oleh BN dimana tulang belakangnya UMNO. Jika di lihat modus operandi golongan tersebut adalah  mengadakan demontrasi secara besar besaran. Ini yang telah di lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.

Dalam usaha mengadakan demontrasi secara besar besaran dan dengan laungan “kononnya berlaku penipuan dalam PRU 13” Anwar telah “memperbodohkan” para pengikutnya dengan mengadakan perhimpunan haram. Musuh Islam dalam pakatan pembangkang dengan senang hati memberikan sokongan kepada Anwar kerana mereka tidak perlu berusaha untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia kerana melayu/Islam sendiri akan menjatuhkannya (kerajaan BN/UMNO). Mereka hanya menghantar para penyokongnya untuk menghadiri perhimpunan haram atas slogan yang di cipta oleh Anwar sendiri. Perjuangan DAP adalah double standard bagi mencapai cita cita politik mereka. Dan kepimpinan DAP mengetahui bahwa Anwar tidak dapat mengawal pergerakan mereka (DAP) jika apa yang berlaku di negara negara Islam berlaku di Malaysia. Dalam keadaan seumpama itulah maka DAP akan merampas kuasa dengan bantuan Yahudi. Ini dapat dilakukan oleh DAP kerana penyokong kuat Yahudi berada tidak jauh dari Semenanjung. (Senario sebegini telah berlaku di negara negara Islam)

Umat Melayu/Islam harus bangkit dan bersatu demi untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah air.

 

 

 

No comments:

Post a Comment