Wednesday 31 July 2013

Tindakan tegas keatas Suaram


Jasbir Singh Chahl merupakan pihak bertanggungjawab dalam urus janji pembelian Scorpene. Dalam satu temubual dengan sebuah akhbar tempatan baru baru ini, beliau telah mendedahkan bahwa model Mongolia, Altantuya Shaaribu tidak terlibat dalam pasukan rundingan tersebut.
Beliau memberitahu bahwa dokumen rasmi dari Perancis menjelaskan model Mongolia tersebut  (yang di bunuh pada 2006) tidak memasuki negara berkenaann dari 1999 hingga tarikh kematian beliau di laporkan.
Jasbir Singh juga menafikan kononnya pembiayaan RM$452 juta sebagai komisen kepada syarikat Perimeter Sdn Bhd. Pembiayaan tersebut adalah kos khidmat pengurusan penempatan dan latihan.
Dengan penjelasan Jasbir Singh jelas menunjukkan bahwa pembangkang telah begitu lama menyebarkan fitnah terhadap Perdana Menteri dan mengharapkan dengan penyebaran fitnah tersebut orang ramai akan membenci Perdana Menteri dan pucuk kepimpinan negara. Sekaligus dengan niat untuk menjatuhkan pemerintah yang di pilih oleh rakyat secara bebas dan demokratik. Yang paling jahat perbuatan mencemarkan nama baik negara.
Berbagai pihak telah mendesak pemerintah agar mengambil tindakan tegas keatas pihak yang menyebarkan fitnah itu dan dengan pengakuan Jasbir Singh jelas Suara Ralyat Malaysia (Suaram) telah menjadi alat pihak pembangkang untuk melemahkan kerajaan. Perbuatan tersebut juga di kuatiri ada campur tangan asing dalam hal ehwal dalam Malaysia. Kita lihat Syria dan Mesir bagaimana keadaannya?

 Kian lama ramai yang telah meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap parti pembangkang dan Suaram tetapi kerajaan masih berdiam diri dan takut untuk bertindak. Dengan penjelasan Jasbir Singh kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mesti bertindak tegas keatas Suaram. Jika kerajaan gagal untuk bertindak maka rakyat akan beranggapan bahwa kerajaan hari ini terlalu lemah dalam menangani perkara seumpama ini dan kepercayaan rakyat kepada pemerintah akan menjadi pudar dan rakyat tidak ada lagi keyakinan kepada kerajaan.

Ini sekaligus akan membuat ahli UMNO bertindak seperti PRU 12 dimana mereka melancarkan undi protest dengan memberikan sokongan kepada parti lawan. Harus di ingat bahwa dalam PRU13 trend orang Melayu kembali menyokong UMNO amat jelas dan jangan pula kerana kebaculan pemimpin UMNO untuk bertindak akan membuat mereka (ahli dan penyokong UMNO) berpaling tadah.

 

No comments:

Post a Comment