Wednesday 17 July 2013

Usir Biskop Joseph Marino


Isnin, 15 July 2013, di blog ini ada disiarkan kenyataan, “ Duta Vatican City harus di siasat”.
Menurut  laporan  Wisma Putra telah memanggil Duta Vatian City, Biskop Joseph Marino berhubung dengan kenyataan Marino dalam isu kalimah Allah oleh penganut Kristian. Menurut Wisma Putra Marino telah memohon maaf dan beliau menyatakan bahwa “komennya tidak mempunyai niat sebagai mengancam urusan dalaman Malaysia”.
Sebagai seorang bekas  kaki tangan kedutaan asing saya merasakan amat sukar untuk menerima penjelasan Marino.  Pejabat Duta Vatican City seharusnya mengetahui keadaan di Malaysia kerana salah satu tugas Duta di luar negeri yang mewakili negara tertentu adalah untuk memantau/mengetahui peristiwa/perkembangan sosial dan politik di negara yang berkenaan. Mustahil Marino buta dengan apa yang berlaku di Malaysia terutama sekali isu penggunaan kalimah Allah bilamana isu tersebut ke peringkat Mahkamah? Apakah Duta Vatican City dan kaki tangannya (jika ada) selama ini tidor sahaja di Malaysia? Atau “enjoying life” di Malaysia?
Apa kah cukup dengan bermohon maaf? Apa kah cukup dengan menyatakan bahwa beliau tidak berniat mencampuri urusan dalaman Malaysia? Apakah Marino begitu bebal dan bodoh ‘the do and donl’ penugasan sebagai Duta ( perwaklian asing )?
Walaupun setiap wakil asing mempunyai imuniti tetapi itu tidak bermakna mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mencampuri urusan dalaman negara yang mereka di tugaskan oleh pemerintah mereka?
Apakah sudah menjadi budaya di Malaysia setiap kesalahan yang di lakukan oleh sesiapa sahaja dengan “memohon maaf” sesuatu perkara itu selesai. Ini yang harus di fikirkan oleh pucuk kepimpinan negara. Jika undang undang itu ada tetapi tidak di laksanakan dengan baik maka kita akan binasa.
Penulis mencadangkan agar Marino di siasat oleh pihak polis bagi memastikan tidak ada dalang di sebalik kenyataan Marino. Kalau Marino tidak berminat untuk bekerjasama dengan pihak polis,(atas alasan adanya imuniti padanya) maka Marino harus di usir dari Malaysia.

No comments:

Post a Comment