Friday 26 July 2013

Pergerakan Pemuda UMNO kehilangan taring


Dalam blog ini saya ada menulis berhubung dengan Pergerakan Pemuda UMNO dimana saya menyatakan bahwa pergerakan pemuda kelihatan lesu.
Ketua Pemuda Pergerakan tersebut merangkap Menteri Belia dan Sukan telah memberikan kenyataan bahwa dakwaan Pemuda lesu tidak berasas. ( Utusan Malaysia -  25 Julai 2013).
Beliau seterusnya dilaporkan sebagai berkata, “ Bahkan saya yakin dengan kemampuan jentera Pemuda UMNO dalam menangani perbagai isu selama ini. Sebagai contoh, kita tengok semangat ditunjukkan Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang melaksanakan banyak program turut padang secara tersusun”. 
Kalau setakat turun membantu dalam pilihan raya kecil di (PKR) Kuala Besut, what so big deal? Antara Fungsi sayap parti adalah untuk menggerakkan jentera parti (dalam kes ini pemuda) untuk membantu dalam pilihan raya. (sama ada PRU atau PRK). Dalam PRK Kuala Besut kita dapat melihat bukan sahaja pergerakan Pemuda yang membantu, bahkan wanita, putra dan puteri juga turut sama. Seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional membantu dalam PKR Kuala Besut.
Tidak dapat di nafikan bahwa Pergerakan Pemuda kelihatan lesu dan tidak bermaya terutama sekali dalam menangani isu seperti berikut:-
1.      Perbuatan menghina Yang Di Pertuan Agong

2.      Penggunaan Kalimah Allah bagi penganut agama Kristian yang di laungkan oleh DAP

3.      Hak Istimewa orang Melayu yang di persoalkan oleh berbagai pihak tertentu

4.      Pencerobohan  pengganas keatas Sabah

5.      Penubuhan Red Bean Army yang di taja oleh DAP

6.      Serangan parti  pembangkang keatas kerajaan kononnya terbit penipuan dalam

PRU 13

7.       Graduan Melayu di diskriminasikan
Suara pergerakan pemuda UMNO tidak kedengaran dalam isu yang di sebutkan tadi. Dimana suara lantang Pergerakan Pemuda yang satu masa dahulu dilaungkan dan dibanggakan sebagai pembela/banteng bangsa, agama dan tanah air? Pergerakan Pemuda diibaratkan seperti harimau tetapi malangnya tidak bergigi. (toothless)
Maka itu saya telah mencadangkan melalui blog ini agar Jawatan Ketua  Pergerakan Pemuda UMNO harus di tandingi. Diharapkan ada dikalangan ahli pemuda UMNO yang dapat menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan yang di maksudkan. Dengan itu Pergerakan Pemuda UMNO dapat bangkit semula dengan taringnya dan menjadi benteng/pembela bangsa, agama dan tanah air.

No comments:

Post a Comment