Tuesday 9 July 2013

PAS tunduk kepada DAP ?


Karpal Singh, Pengerusi DAP mendesak Ahli Parlimen PAS dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara  12 (4) Perlembagaan Persekutuan. Ianya berhubung status agama kanak-kanak berumur dibawah usia 18 tahun.

Setakat ini tidak ada kenyataan rasmi dari PAS berhubung kepada perkara tersebut. Tetapi hanya kedengaran pandangan individu pemimpin PAS. Sejauh ini pandangan peribadi para pemimpin PAS sering berubah berhubung beberapa isu lain yang pernah di bangkitkan.

Maka itu pendirian rasmi PAS perlu agar tidak kelihatan parti itu (PAS)  merupakan kuda tunggangan DAP dalam mencapai objektif politik DAP. Apakah PAS akan tunduk dengan desakan DAP, kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat.

No comments:

Post a Comment