Monday 1 July 2013

Pas tunduk kepada DAP?


Dalam satu majlis di Kulaijaya Johor Lim Guan Eng, Setiausaha Agong DAP telah mencadangkan PAS untuk memboikot Dun Kuala Besut kononnya isu dakwat kekal dalam PRU13.

Yang anehnya jika dakwat kekal di persoalkan oleh DAP, maka kemenangan DAP dalam PRU13 di Penang dan beberapa kawasan parlimen dan ADUN di negeri lain, kenapa pula mengangkat sumpah menjadi Ketua Menteri, Wakil Rakyat dan ADUN? Kenapa tdak mempersoalkan kememenangan mereka dan kalau terdapat ada unsur unsur  penipuan (seperti dakwaan) kenapa  mengangkat sumpah dan memegang jawatan??? Tidak kah ini juga membawa pengertian jika tidak ada "penipuan" maka DAP dan pembangkang tidak akan berjaya dalam PRU 13 yang lalu?

Sebenarnya Lim Guan Eng dan DAP tidak dapat bertanding di kawasan tersebut kerana majoritinya terdiri dari masyarakat Melayu. Apakah jika ada di mana mana tempat lain DAP dapat bertanding, Lim Guan Eng akan memboikot tidak bertanding? Perkara tersebut tidak mungkin berlaku.

Namun, jika PAS memboikot daripada bertanding di Dun Kuala Besut maka jelas kepimpinan PAS tunduk kepada desakan DAP sepertimana PKR tunduk kepada DAP. Kita lihat apakah DAP dapat memperbodohkan pemimpin  berbangsa Melayu dalam PAS dan PKR sama sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment