Friday 28 June 2013

Kerajaan UMNO tidak menganiaya masyarakat Cina



Pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) nampaknya menyalak terhadap tindakan kerajaan Melaka kononynya ingin menutup Jonker Walk.

Penulis di fahamkan bahwa kerajaan Melaka tidak ada rancangan untuk menutup Jonker Walk.  Para peniaga dibenarkan menjalankan peniaga seperti biasa tetapi hanya di kaki lima atau di tepi jalan di Jonger Walk tanpa penutupan jalan jalan di sekitar Jonker Walk untuk laluan kenderaan. Tetapi oleh kerana di kepala pemimpin DAP sentiasa bermain sentiment perkauman kecinaan serta misi menanamkan perasaan kebencian orang cina terhadap orang Melayu maka di katakan (manipulasi) bahwa Kerajaan Melaka konom ingin menuntup Jonker Walk.

Jika kita melihat Jonker Walk merupakan sebuah pusat jualan barangan tiruan oleh para peniaga haram yang terdiri daripada masyarakat Cina. Kerajaan Malaysia dimana tulang belakangnya UMNO tidak zalim seperti DAP. UMNO walaupun sebuah parti yang memperjuangan hal ehwal masyarakat Melayu tetapi UMNO tidak menzalimi lain lain kaum dan ini bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan.

Penang yang di kuasai oleh DAP, Ketua Menterinya dan Setiausaha Agong, Lim Guan Eng menganiaya para peniaga peniaga Melayu atas nama undang undang. Mengenai Jonker Walk jika benar pun Kerajaan Melaka ingin menutup Jonker Walk apa salahnya. Pertama, Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP yang memulakan-nya dahulu terhadap para peniaga Melayu di sana. Kedua, masyarakat Cina telah menolak BN.

Thursday 27 June 2013

Lim Kit Siang bukan pengasas DAP


Semasa Singapura bercantum dengan Malaysia, PAP  membuka cawangannya di Malaysia. Ketika itu PAP Malaysia di ketuai oleh Encik Goh Hock Guan.
Setelah Singapura berpisah dari Malaysia, PAP (Parti Tindakan Rakyat)  tidak di benarkan untuk  menggunakan nama PAP. Justeru, PAP Malaysia bertukar nama kepada DAP (Parti Tindakan Demokratik). Dan Setiausaha Agong DAP adalah Encik Fan Yew Guan.
Dalam pilihan raya umum Malaysia, C V Devan Nair telah di pilih sebagai Wakil Rakyat bagi Bangsar. Dengan kemenangan tersebut maka C V Devan Nair dilantik sebagai Setiausaha Agong DAP.
Walaupun C V Devan Nair merupakan Wakil Rakyat bagi kawasan undi Bangsar tetapi beliau sering membantu PAP di Singapura. Semasa memegang jawatan Wakil Rakyat Bangsar, C V Devan Nair telah meninggalkan kawasan undinya, (Bangsar) dan lari ke Singapura bagi membantu PAP dalam usaha parti itu (PAP) melicinkan pergerakan kesatuan buruh di sana. Kawasan undi Bangsar di tinggalkan dengan tidak ada pengawasan dari DAP.
Melihat dan menimbang DAP di Malaysia tidak ada yang menangani dan mentadbirkannya maka pucuk kepimpinan PAP di Singapura telah mengarahkan salah seorang pemberita di Straits Times Singapura ke Malaysia bagi mengetuai dan menguruskan DAP. Beliau adalah Lim Kit Siang.
Ini jelas Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng bukan pengasas DAP. Dan parti itu sentiasa berjuang untuk kepentingan orang Cina. DAP mempergunakan orang Melayu atau India untuk kepentingan kaum mereka iaini Cina. Perlantikan seseorang dari kaum bukan cina hanya untuk mengising ruang kosong sebelum parti mendapat pengantinya dari kalangan orang cina untuk mentadbirkan perjalanan parti.
Ini jelas membuktikan bahwa DAP mempergunakan orang Melayu dan India sebagai kuda tunggangan buat mereka iaini orang cina (dalam DAP) demi untuk mencapai politik kecinaan DAP keseluruhannya.

Wednesday 26 June 2013

Jangan Memperbodohkan Orang Melayu


Tidak menjadi kehairanan apabila dilaporkan bahwa Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah ketika di minta reaksi beliau berhubung pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat.

Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu di Malaysia menyedari perjuangan DAP dari awal lagi berkeinginan untuk menghapuskan sistem beraja dan perbuatan seumpama itu sememangnya telah di jangkakan.

Selanjutnya Lim Guan Eng menyatakan bahwa “BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana pakatan pembangkang adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus”.

Jika Lim Guang Eng berminat dengan sistem kemenangan pilihan raya berdasarkan kepada undi popular maka penulis menasihatkan Lim Eng Guan agar berhijarah ke Indonesia. Ini kerana disana (Indonesia) sistem kemenangan penentuan piliharan raya berdasarkan kepada undi popular. Di Indonesia tidak memilih wakil rakyat seperti sistem di Malaysia. Lim Guan Eng sengaja tidak mahu mengerti sistem yang begitu lama di laksanakan oleh Malaysia. Beliau dan bapaknya telah banyak kali bertanding dalam pilihan raya di Malaysia, apakah selama itu, kemenangan dalam pilihan raya di Malaysia berdasarkan undi popular? Apakah kemenangan pakatan pembangkang di tiga buah negeri berdasarkan kepada undi popular? Lim Guan Eng dan rakan rakannya di minta berhenti daripada taktik memperbodohkan masyarakat Melayu. Tidak semua orang Melayu yang dapat di perbodohkan.

Tuesday 25 June 2013

Pejabat Peguam Negara harus bertindak segera


Minggu lalu,satu pendedahan telah dibuat melalui TV3 oleh  bekas setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim, Rahimi Osman bahwa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bagi membuat kenyataan palsu untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam kes Altantuya Shaaribu.

Bekas peguam bela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin menyatakan sewaktu mengendalikan kes Anwar dulu memang ada terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri. Justeru, pendedahan mengenai sogokan bernilai RM3 juta kepada keluarga Sirul sesuatu yang tidak pelik kepada Datuk Zul.

Dengan pendedahan yang terbaru, diharapkan Jabatan Peguam Negara dapat bertindak dengan segera kerana terbit perbuatan  mensabotaj dengan sogokan wang tunai sejumlah RM3 juta dalam kes pembunuhan Altantuya.

Datuk Zulkifli juga menyatakan bahwa “kini wujud persepsi dikalangan rakyat bahwa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu”.

Diharapkan agar Tan Sri Abdul Gani Patail dapat bertindak dengan segera.

Monday 24 June 2013

KDN harus bertindak tegas dengan segera


Perhimpunan Haram di Padang Merbok pada sabtu, 22 June 2013 kelihatan anak muda mengibarkan bendera merah putih. Beberapa penyokong pembangkang kelihatan berarak membawa bendera merah putih mengantikan Jalur Gemilang. Perbuatan seumpama ini bukan sahaja sangat memalukan bahkan mencapai tahap mencabar kedaulatan negara dan martabat rakyat. Justeru Ini merupakan satu perbuatan biadab dan tidak menghormati kedaulatan negara sendiri. Mereka jelas tidak mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan penderhaka ini. Pihak berkuasa telah kian lama mengambil sikap “berlembut” terhadap gologan sejenis ini dan saya meminta kepada pihak berkuasa agar bertindak keatas mereka dengan segera dan sikap “berlembut” tersebut harus di kuburkan. Jika tidak mengambil tindakan sekarang, bila lagi??

Pemimpin Pembangkang Hipokrit

Sikap hipokrit pembangkang terutama sekali Anwar Ibrahim terserlah bila hadir mengangkat sumpah di Dewan Rakyat sebagai Wakil Rakyat.

Sepatutnya mereka merasa malu untuk hadir dalam majlis tersebut sedangkan terus meneruskan mengajurkan perhimpunan haram demi membantah keputusan PRU13 yang di tuduh satu penipuan.

Sedang para pemimpin pembangkang berada didalam dewan yang berhawa dingin terdapat budak budak suruhan mereka mengadakan demontrasi di jalan menuju ke parlimen mengutuk SPR. Apa lagi nak mengutuk SPR, pemimpin mereka telah pun mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Dengan berbuat sedemikian maka pemimpin pembangkang mengakui ketulusan SPR dan PRU 13 tidak ada unsul penipuan sebagaimana yang di laungkan. Ada yang bertanya pada saya, berapa agaknya pembangkang membayar budak budak yang mengadakan demontrasi di jalanan menuju ke parlimen?

Mansuhkan sistem meritokrasi


Dalam PRU 13 yang lalu, kaum Cina melaungkan slogan “Ubah” dan keputusan PRU  tersebut jelas menunjukkan bahwa kaum Cina menolak BN. Dengan keputusan itu juga menifestasikan bahwa kaum cina mahukan pembangkang (terutama sekali DAP) untuk mewakili mereka. Justeru, biarkan pembangkang menangani masalah kaum cina. Saya yakin dan percaya pembangkang terutama sekali DAP tidak dapat menangani permasalahan kaum mereka sendiri (cina).

Apa yang jelas bahwa keputusan PRU 13 mempamerkan bahwa masyarakat Melayu telah kembali memberikan sokongan kepada BN terutama sekali mereka yang tinggal dikawasan luar bandar dan pedalaman. Dari itu UMNO tidak harus melupakan golongan ini dan berusaha membantu mereka.

Kerajaan BN dimana UMNO menjadi tulang belakang harus melihat dan menjaga kepentingan masyarakat Melayu yang telah memberikan sokongan kepada UMNO. Salah satu langkah pertama yang harus di laksanakan oleh UMNO adalah untuk menghapuskan sistem meritokrasi dalam sektor pendidikan. Dengan ini dapat memberikan peluang yang lebih baik kepada pelajar Melayu dan bumiputera yang tinggal luar bandar dan pedalaman.
Golongan ini yang sangat memerlukan bantuan seperti biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke pepringkat lebih tinggi. Semasa berkempen dalam PRU 13 yang lalu saya juga telah diberikan makluman mengenai ini dan golongan yang berkenaan tersangat memerlukannya.

Ini tidak bermakna UMNO harus melupakan pelajar di bandar tetapi kita juga harus prihatin terhadap pelajar diluar bandar yang tidak menikmati segala kemudahan pendidikan. Dengan memansuhkan sistem meritokrasi ini maka ada ujud satu sistem yang adil dan saksama. UMNO harus memberikan pertimbangan yang seimbang demi untuk bangsa, agama dan negara.

Wednesday 19 June 2013

Buka tudung jika mahu kerja


Seorang pembaca Utusan Malaysia dalam Ruangan  Forum telah mendedahkan tindakan sebuah hospital yang bersetuju mengambil jururawat tidak bertudung.

Demi menjaga pegangan agama, gadis tersebut  terpaksa menolak tawaran kerje itu walaupun amat memerlukan pekerjaan tersebut selepas setahun menganggur. Kita semua menyedari bahwa dalam konteks bertudung bukan fesyen tetapi tuntutan dalam Islam.

Jika kita melihat negara pulau, Singapura yang di perintah oleh PAP, keadaan yang serupa berlaku dimana jururawat Melayu/Islam tidak di benarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas. Begitu juga dengan pegawai wanita Melayu/Islam dalam pasukan polis, imigresen dan kustom. Terdapat ada firma di bidang keselamatan ( Security agencies) tidak membenarkan pegawai keselamatan wanita Melayu/Islam memakai tudung semasa menjalankan tugas.

Sekumpulan jururawat Melayu/Islam pada 1995 telah membuat rayuan kepada Menteri Kesihatan Singapura untuk membenarkan mereka memakai tudung semasa menjalankan tugas tetapi rayuan mereka di tolak. Keadaan kekal sehingga hari ini dimana para jururawat Melayu/Islam, pegawai polis wanita Melayu/Islam, pegawai wanita imigresen dan kustom (beruniform) tidak dibenarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas. Sebilangan wanita Melayu/Islam yang bertugas sebagai pegawai keselamatan juga, tidak di benarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas.

Rakyat Malaysia jangan mudah lupa bahwa di Malaysia mempunyai anak didik PAP iaini DAP. Apa yang berlaku di Penang terhadap orang Melayu telah berlaku keatas orang Melayu di Singapura. Larangan memakai tudung semasa menjalankan tugas merupakan  model PAP Singapura.

Dari itu orang Melayu tidak perlu melayan DAP atau mana mana parti yang menyokong perjuangan DAP.

Tuesday 18 June 2013

Dengar nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad


Di bawah amalan demokrasi jelas bahwa setiap jawatan dalam UMNO (misalnya) wajar di pertandingan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Disamping  kita  memahami definasi demokrasi kita pula harus tidak melupakan hak sesuatu parti untuk melaksanakan sesuatu keputusan demi untuk perpaduan parti.

Dalam isu pemilihan UMNO seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri bahwa pengalaman yang di lalui oleh Tun Mahathir sendiri menunjukkan pertandingan jawatan tertinggi akan membawa keburukan kepada UMNO. Selanjutnya Tun Mahathir menyatakan bahwa pengalaman beliau jugak menyatakan bahwa pihak yang kalah membawa beliau ke mahkamah dan terus menubuhkan parti yang lain.

Berdasarkan kepada pengalaman Tun Mahathir, penulis berpendapat UMNO juga mempunyai hak untuk menentukan apa yang patut di laksanakan demi untuk perpaduan parti. Jika Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin UMNO yang lainnya berpendapat bahwa jawatan tertinggi dalam UMNO iaini Presiden dan Timbalan Presiden tidak harus di pertandingan demi untuk kebaikan UMNO, maka setiap ahli UMNO harus merestui dan memberikan sokongan kepada cadangan tersebut.

Penulis bersetuju dengan pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa ramai yang tidak begitu memahami fungsi demokrasi. Kita lihat peristiwa yang berlaku waktu ini. PRU merupakan satu amalan demokrasi bagi rakyat memilih kerajaan untuk memerintah Negara. Rakyat diberikan kebebasan yang mutlak untuk membuat pilihan. Dalam perlaksanaan pilihan raya bersandarkan kepada amalam demokrasi akan terdapat ada pihak yang akan kalah dan menang. Amalan demokrasi juga mengkehendaki mereka yang bertanding agar menerima keputusan yang telah di buat oleh rakyat.

Berbalik kepada penjelasan Tun Mahathir bahwa di Malaysia ramai yang kurang fahami mengenai demokrasi maka itu ujudnya pihak tertentu membuat bantahan mengenai keputusan pilihan raya dan tidak dapat menerima keputusan pilihan raya dengan melimparkan berbagai tuduhan kepada pihak yang bertanggungjawab  mentadbirkan/perjalanan pilihan raya.

Penulis merayu kepada ahli UMNO agar menerima nasihat dan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad demi untuk perpaduan dalam UMNO. Dr Mahathir berpesan “jawatan lain dalam parti bolehlah di pertandingankan tetapi di puncak takpayahlah bertanding”.

Friday 14 June 2013

Pemerintah harus bertindak keatas penjawat awam pro pembangkang


Penulis menyambuat baik Titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bahwa penjawat awam agar memelihara integrity dan menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, kebocoran maklumat dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas. Selanjutnya Baginda bertitah janganlah ada yang menjadi seperti gunting dalam liputan kepada Negara dan Negeri.

Penjawat awam yang bekerja dengan pemerintah mesti melaksanakan tugasan yang di tentukan oleh pemerintah dan bukannya menentang dasar pemerintah dan memusuhi pemerintah.

Dalam ceramah kempen PRU 13 yang lalu, saya ada menerangkan bahwa terdapat guru memasang bendera parti pembangkang dan seterusnya menjalankan aktivi pembangkang menentang pemerintah. Saya mempersoalkan bahwa bagaimana seorang guru secara berterangan menyokong parti pembangkang sedangkan kerajaan yang memberikan pekerjaan kepada beliau. Dalam erti kata, pemerintah menyuap mulut beliau, anak isterinya tetapi jari yang memberikan suapan di gigitnya. Apakah ini yang di tuntut oleh Islam dan apakah ini merupakan budaya Melayu? Seorang pendidik menunjukan sikap kurang baik kepada anak murid agar menentang kepada pihak yang membuat kebajikan kepada beliau dan keluarga

Cuba kita lihat negara jiran. Jika pemerintah di negara tersebut mendapat makluman dengan bukti bahwa penjawat awam bergiat cergas dengan aktiviti pembangkang, maka yang berkenaan akan di pecat daripada bekerja sebagai penjawat awam. Mereka di nasihatkan agar bekerja dengan parti yang mereka sokong dan meminta parti yang bersangkutan menanggong sara hidup keluarga yang berkenaan.

Penulis berpendapat pemerintah Malaysia harus bertindak tegas dalam perkara ini. Ini bagi mengelakkan perbuatan membocorkan rahsia kerajaan dan menyalah gunakan kuasa untuk mencapai matlamat politik pihak yang berkenaan.

Thursday 13 June 2013

Projek ZIPY di Kedah


Sehari setelah saya menulis di blog ini dengan membawa tajuk, “ Kedah maju bersama Datuk Mukhriz” di susuli pula dengan Utusan Malaysia terbitan Khamis, 13 Jun 2013 melaporkan, “ Kerajaan Kedah laksanakan semula projek Zon Industri Petroleum Yan”.

Dengan merealisasikan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPU) dapat menawarkan seramai 30,000 pekerjaan di Kedah. Ini membawa pengertian bahwa warga Kedah tidak perlu ke luar negeri untuk bekerja kerana Kedah sendiri dapat memberikan pekerjaan kepada mereka.

Penulis yakin dan pecaya bahwa Ini merupakan langkah pertama Menteri Besar , Datuk Mukhriz Tun dr Mahathir membawa Kedah menuju ke sebuah negeri yang maju jaya. Alhamdulliah.

Syabas kepada Datuk Mukhriz dan teruskan usaha yang murni ini dalam membawa Kedah ke tahap yang dapat membanggakan.

Wednesday 12 June 2013

Kedah Maju bersama Datuk Mukhriz


Pucuk kepimpinan tertinggi UMNO harus melantik YAB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Perlantikkan beliau bukan setakat “perkara biasa" atau "lumrah" seorang Menteri Besar memegang jawatan yang bersangkutan tetapi melihat Datuk Mukhriz merupakan seorang cendekiawan, dan pemimpin yang sangat berkaliber serta berintegriti.

Penulis yakin dan percaya di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz, UMNO Kedah akan  berkembang dengan pesatnya, perpaduan dikalangan ahli UMNO dapat dipertingkatkan dan Kedah akan bertambah maju. Penulis juga yakin dan percaya Datuk Mukhriz dapat mengadakan banyak pekerjaan ( dengan menarik ramai pelabur untuk melabur di Kedah) untuk rakyat Kedah tanpa berhijrah ke negeri lain.

Yang tersangat penting adalah ahli UMNO hendaklah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Datuk Mukhriz. Percayalah dibawah kepimpinan Datuk Mukhriz, negeri Kedah akan merupakan negeri termaju antara negeri negeri yang lain di Malaysia serta di Semenanjung pula Negeri Kedah merupakan simpanan tetap (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN) untuk memenangi di setiap pilihan raya. Amin.

Monday 10 June 2013

Jangan Khianati rakyat yang telah memberikan sokongan


Tindakan pembangkang untuk memulaukan sidang Parlimen pada 24 Jun ini merupakan satu gimik politik. Jika benar apa yang di percayai oleh pembangkang bahwa keputusan PRU 13 terdapat “penipuan” maka parti pembangkang seharusnya juga memulaukan Sidang Dewan Negeri dan majlis angkat sumpah di dua buah negeri, iaini Selangor, dan Penang. Manakala PAS pula tidak akan memulaukan Persidang Parlimen dan majlis mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.  

Penulis berpendapat bahwa akhirnya pembangkang akan menghadiri persidangan parlimen dan majlis mengangkat sumpah.  Dari itu dengan adanya Himpunan Blackout 505 memperjelaskan perlakuan yang terdiri dari baduk politik.

Penulis berpendapat bahwa pemimpin pembangkang harus mempunyai integriti dan kredibiliti disertakan dengan ketanggungjawaban dan membawa isu ketidak puasan hati keputusan PRU 13 ke mahkamah mengikut peruntukan undang undang yang sedia ada.

Jika benar berlakunya “penipuan” dalam PRU 13, maka pembangkang harus membawa isu tersebut ke Mahkamah dan membuat laporan polis dengan mengemukakan segala dokumen yang ada. Nampaknya pemimpin pembangkang terutama sekali Ketua Pembangkang dan para penyokong beliau kelihatan “mati akal” mereka tanpa dapat berpikir secara rational.

Dengan menubuhkan kerajaan negeri seperti di Penang, Selangor dan Kelantan jelas bahwa pembangkang menerima keputusan PRU 13. Dengan mengadakan Himpunan Blackout 505 dimana Ketua Pembangkang telah mengeret rakyat bersama merupakan satu manifestasi kekecewaan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Friday 7 June 2013

Cina jangan melampau



Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah Bahasa Melayu. Ini bersesuain dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 152. Setiap warganegara Malaysia mengetahui keadaan ini dengan jelas dan terang.

Tetapi terdapat juga begitu ramai warganegara Malaysia berketurunan Cina yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan. Jika kita melihat di negara jiran, Indonesia, setiap warganegara Indonesia berketurunan Cina begitu fasih berbahasa Indonesia. Bila mereka (bangsa Indonesia berketuruanan Cina)  berada di luar Indonesia mereka masih berbahasa Indonesia dikalangan mereka iaini dikalangan warga Indonesia di luar negeri. Keadaan ini termasuk di kalangan para pelajar Indonesia yang belajar di luar negera. 

Warganegara Indonesia berketurunan Cina tidak pernah mengadakan protest di luar negara (Indonesia). Mereka tidak pernah menghina Ketua Negara (Presiden) sendiri atau dengan menterbalikkan bendera Indonesia seperti apa yang di lakukan oleh keturnan Cina warganegara Malaysia di luar negara. 

Di Malaysia sudahlah rakyat Malaysia berketurunan Cina tidak fasih berbahasa kebangsaan (Melayu) mereka menentang pulak Raja dan pemerintah. Mereka mengadakan perhimpunan haram (kononnnya tanda protest) di luar negera dan menentang pemerintah Malaysia. Mereka berkelakuan bidadap dan kurang ajar terhadap Yang D Pertuan Agong dan Raja Raja. Ini semua berlaku kerana kurangnya penguatkuasaan undang undang yang tersedia ada.

Setelah pengunduran Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, pemimpin selepas beliau “terlalu lembut” dengan golongan ini termasuk orang India. Seakan akan para pemimpin yang berkenaan begitu “takut” dengan warganegara Malaysia yang bukan Melayu.

Pucuk kepimpinan UMNO mesti berani dan tegas terhadap warganegara Malaysia berketurunan Cina. Bertindaklah bersesuaian dengan undang undang yang tersedia ada. Hapuskan sikap memberi  amaran demi amaran (yang pernah penulis utarakan dalam blog ini). Masa ini adalah untuk bertindak bersesuaian dengan undang undang.

Pemerintah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak harus kembali tegas seperti  kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pucuk kepimpinan hari ini tidak boleh lembek. Apa salahnya jika Najib mengikut cara Dr Mahathir dalam menangani permasalahan seumpama ini? Pemerintah boleh bersikap “berlembut” tetapi mesti melihat kepada situasinya.  Jika Najib bertindak tegas dan sudah pasti akan terdapat ada golongan tertentu yang membuat tohmah dan tuduhan  bahwa pemerintah hari ini mengikuti cara Dr Mahathir, so what.

Jika pucuk kepimpinan Najib mahukan Cina menghormati Raja dan sititusinya, hak istimewa orang Melayu maka hendaklah kerajaan hari ini bertindak tegas terhadap anasir yang dimaksudkan.



Thursday 6 June 2013

DAP mengamalkan dasar perkauman


Menteri Besar Penang merangkap Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dalam artikelnya menyebut bahwa keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang bangsa menunjukkan parti itu berterusan mahu memecah belahkan rakyat ini mengikut kaum memelihara kekuasaan mereka.

Lim Guan Eng gagal melihat atau akal nya sudah mati dan manakala matanya pula buta untuk berfikir ddan melihat bahwa kemakmuran, keamanan, kestabilan dan kemajuan Malaysia terjalin atas perpaduan, dan kerjasama antara kaum di Malaysia yang di anjurkan oleh UMNO. Tidak seperti DAP yang sentiasa bermain dengan sentimen perkauman dan menimbulkan situasi benci membenci antara orang cina dan orang Melayu. Kemungkinan DAP ingin melihat peristiwa 13 May berulang. Berlakunya peristiwa tersebut di sebabkan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri  menyatakan bahwa DAP umpamanya di katakan sebagai sebuah parti berbilang bangsa tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Begitu juga dengan parti Gerakan  sebagai sebuah parti berbilang kaum tapi ia dikuasai oleh orang Cina. Menurut Tun Mahathir bahwa kita tidak boleh ketepikan parti parti yang mewakili kaum mereka.

DAP berselindung dibawah “skirts” parti berbilang kaum tetapi sebenarnya DAP adalah sebuah parti perkauman Cina. Ini terbukti dalam PRU13 yang baru lalu, DAP meletakkan calon hanya di kawasan dimana majoritinya terdiri dari kaum cina. Dalam PRU 13 DAP telah menghasut kaum cina terutama sekali generasi muda agar membenci kepada orang Melayu, institusi beraja dan hak istimewa orang Melayu sehingga ujudnya Tsunami Cina.

People Action Party (PAP) melahirkan Demokratik Action Party (DAP). Cuba DAP melihat Singapura yang di takbirkan oleh bapak mereka PAP. Di Singapura tidak ada sekolah Cina seperti di Malaysia. Kita lihat di Malaysia kewujudan sekolah vernacular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ini menjelaskan bahwa walaupun UMNO merupakan sebuah parti Melayu tetapi UMNO tidak pernah menutup sekolah Cina dan tamil. Ini jelas UMNO sebuah parti yang komited dan tidak berteraskan kepada dasar perkauman.

 

 

Wednesday 5 June 2013

Hormati Raja


Rakyat Malaysia menyedari bahwa Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah Sultan Ahmad Shah, iaini Sultan Negeri Pahang.

Khairy Jamaluddin merupakan Menteri Belia dan Sukan yang baru di lantik oleh Perdana Menteri. Hanya beberapa hari selepas beliau di lantik menjadi Menteri, Khairy telah membuat  kritikan yang pedas terhadap FAM sekali gus terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Lantas Sultan Ahmad merasakan "terkilan" dengan kenyataan Khairy.

Rakyat Malaysia di suruh menghormati Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja. Sebagai seorang Menteri, Khairy harus menunjukan tauladan yang terbaik kepada orang ramai. Tidak ada salahnya Khairy sebagai Menteri menyuarakan suara lantang membuat kritikan, tetapi ia harus di lakukan dengan penuh hikmah dan diplomasi melalui saluran tertentu terutama sekali bilamana melibat seorang Raja.
Sudah tentu Khairy tidak akan bersetuju mana mana staf dibawah kementeriang beliau membuat kritikan melalui media berhubung kait dengan kepimpinan beliau. Penulis yakin dan percaya jika berlaku hal sedemikian, kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tindakan disiplin keatas yang terlibat.

Jika rakyat biasa melakukannya(secara langsung atau sebaliknya terhadap Sultan/Raja)  maka masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akan melabel perlaku sebagai biadap, tetapi bagaimana pula bila di lakukan oleh seorang Menteri??

UMNO DULU DAN SEKARANG - TUN DR MAHATHIR MOHAMAD



1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehil...angan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.
12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”.

Monday 3 June 2013

Mengugatkuasakan undang undang


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahwa kerajaan  mengambil keputusan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu jawatankuasa khas yang mewakli anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Menurut Perdana Menteri langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR.

Sambil mengalu alukan langkah yang boleh dianggap sebagai “transfomasi politik” tetapi apabila difikirkan kembali apakah perlu langkah drastic untuk melakukannya? Ini kerana SPR telah menangani 13 pilihan raya umum ( tidak termasuk pilihan raya kecil) dan kesemuanya berjalan secara adil dan saksama. Hanya apabila parti pembangkang tidak dapat mencapai hasrat dan cita cita mereka untuk menawan Putrajaya maka berbagai tohmahan di limparkan kepada SPR.  Sejarah membuktikannya.

Sebelum PRU 13 diadakan pihak SPR telah mengadakan perbincangan dengan parti yang memerintah dan pembangkang. Segala cadangan yang akan di lakukan/dilaksanakan dalam PRU 13 telah di persetujui oleh semua pihak. Tetapi setelah keputusan PRU 13 tidak memihak kepada parti pembangkang berbagai cengkaman/tuduhan di buat terhadap SPR. Yang aneh mereka tidak mempertikai kemenangan mereka di Penang, Selangor dan Kelantan.

Menimbang hal yang dikatakan tadi maka persoalannya, apakah transfomasi yang dicadangan itu dapat memberikan jaminan atau suatu alternative bahwa pembangkang tidak melakukan apa yang dilakukan selepas PRU13  jika pembangkang kalah dalam PRU 14? Pembangkang akan terus menyerang dan membuat fitnah terhadap SPR jika mereka gagal menawan Putrajaya.

Penulis berpendapat jika di Malaysia masih mempunyai para pemimpin pembangkang yang mempunyai tabiat dan peragai yang sama (same brand of oppositions), maka keadaan ini tidak akan merubah walaupun berbagai “transfomasi politik” di lakukan. Ini boleh dikatakan otak mereka telah mati tidak dapat berfungsi seperti para pemimpin parti pembangkang yang lain di ASEAN misalnya.

Kita mesti menyedari pemimpin parti pembangkang di Malaysia tidak seperti pemimpin pembangkang di negara lain di dunia. Mereka (pembangkang di Malaysia) bertindak mengikut perasaan dan emosi disertakan dengan sikap perkauman. Mereka melimparkan segala tohmah dan fitnah. Bermain isu perkauman, sehingga timbulnya perasaan benci membenci antara satu kaum dengan yang lain.

Setelah di mahsuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak terdapat mana mana perundangan yang sedia ada dapat mengatasi keberkesanan Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA) dalam menghadapi/menangani kekacauan dan tindakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan. Jika Akta Dalam Negeri (ISA) dapat digunakan keatas Parti Komunis Malaya kerana hendak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan maka dengan sebab yang sama, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dapat digunakan keatas pihak atau kumpulan yang ingin melakukan perkara yang sama.  Penulis percaya dan yakin jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya mereka (pembangang)  akan menghidupkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malaysia mempunyai berbagai rang undang undang dalam menangani masalah hasutan dan fitnah. Tetapi gagal untuk menguatkuasakan (enforcement). Ini jelas dari saat Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Selepas beliau, kita dapat melihat pucuk kepimpinan BN begitu lemah dan mudah kelihatan “tunduk” keatas tuntutan/desakan pihak pihak tertentu.

Apa yang harus di perlakukan oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri adalah untuk menguatkuasakan (enforcement) undang undang yang ada dengan efisien dan efektif. Berhentikan sikap memberikan amaran demi amaran. Waktunya telah tiba untuk menguakkuasakan dan bertindak.

Malaysia tidak perlu mengambil berat tentang apa orang lain (mungkin kuasa asing) akan katakan atau menglabel kerajaan Malaysia dengan apa pun perkataan jika segala tindakan yang akan diambil oleh kerajaan adalah demi untuk kesejahteraan, keselamatan, kestabilan dan keamanan Negara.

Isnin, 3 June 2013

 

Umat Melayu mesti mempertahankan Yang d Pertuan Agong


Di minta jangan ada masyarakat Melayu/Islam yang menghina Yang d Pertuan Agong. Didapati sekumpulan pengguna Facebook dari kalangan bukan Melayu bertindak biadab terhadap Yang d Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi lama social. Dibawah saya menjelaskan apa makna Akta Hasutan 1948 dan hubungan dengan Yang d Pertuan Agong untuk pengetahuan kita semua.   
Berikut apa yang terkandong dalam Perlembagaan Persekutuan : -                                     
                                             AKTA HASUTAN 1948
                                                     (Akta 15)

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berkenann hukuman bagi hasutan

1.     Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan, 1948

2.     Taksiran.

Dalam  Akta ini -------

“kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana mana Negeri dalam Malaysia.

“penerbitan”adalah termasuk semua perkara tertulis atau tercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara tertulis atau tercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau buah fikiran, dan juga adalah termasuk tiap-tiap naskah dan keluaran ulangan atau keluaran ulangan atau keluaran ulangan isi apa apa penerbitan

“Raja” ertinya Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Gabenor mana-mana Negeri dalam Malaysia.

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa apa benda lain menjadikan sifat bagi perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai mempunyai kecenderungan menghasut;

“perkataan” adalah termasuk apa apa ungkapan, ayat atau beberapa perkataan atau rangkaian perkataan yang berturut-turut, sama ada secara lisan atau bertulis.

3.     Kecendurangan menghasut.

(1)  Sesuatu “kencendurangan menghasut” ialah kecenderungan-----

 

(a)  Bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana mana Raja atau kerajaan;

(b) Bagi membangkitkan rakyat mana mana Raja atau penduduk mana mana wilayah yang di perintah oleh mana mana Kerajaan supaya  cuba mendapatkan diubah, dengan apa apa cara lain daripada cara yang sah, apa apa jua yang tertubuh nenurut undang undang dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang di perintah oleh Kerajaan itu

(c)  Bagi mendatanglam benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam Malaysia atau dalam mana mana Negeri;

(d) Bagi menimbulkan perasaan tidak puashati atau tidak suka di kalangan  rakyat Yang Di Pertuan Agong atau rakyat Raja mana mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana mana Negeri;

(e)  Bagi mengembangkan perasaan jahat dab permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia; atau

(f)   Bagi menyoal apa apa perkara, hak taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau perlinndung oelh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.