Wednesday 26 June 2013

Jangan Memperbodohkan Orang Melayu


Tidak menjadi kehairanan apabila dilaporkan bahwa Ahli Parlimen Bagan yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memperlekehkan titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mua’dzam Shah ketika di minta reaksi beliau berhubung pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat.

Rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu di Malaysia menyedari perjuangan DAP dari awal lagi berkeinginan untuk menghapuskan sistem beraja dan perbuatan seumpama itu sememangnya telah di jangkakan.

Selanjutnya Lim Guan Eng menyatakan bahwa “BN harus sedar mereka cuma kerajaan minoriti kerana pakatan pembangkang adalah kerajaan yang telah menang dengan undi popular sebanyak 51 peratus”.

Jika Lim Guang Eng berminat dengan sistem kemenangan pilihan raya berdasarkan kepada undi popular maka penulis menasihatkan Lim Eng Guan agar berhijarah ke Indonesia. Ini kerana disana (Indonesia) sistem kemenangan penentuan piliharan raya berdasarkan kepada undi popular. Di Indonesia tidak memilih wakil rakyat seperti sistem di Malaysia. Lim Guan Eng sengaja tidak mahu mengerti sistem yang begitu lama di laksanakan oleh Malaysia. Beliau dan bapaknya telah banyak kali bertanding dalam pilihan raya di Malaysia, apakah selama itu, kemenangan dalam pilihan raya di Malaysia berdasarkan undi popular? Apakah kemenangan pakatan pembangkang di tiga buah negeri berdasarkan kepada undi popular? Lim Guan Eng dan rakan rakannya di minta berhenti daripada taktik memperbodohkan masyarakat Melayu. Tidak semua orang Melayu yang dapat di perbodohkan.

No comments:

Post a Comment