Wednesday 19 June 2013

Buka tudung jika mahu kerja


Seorang pembaca Utusan Malaysia dalam Ruangan  Forum telah mendedahkan tindakan sebuah hospital yang bersetuju mengambil jururawat tidak bertudung.

Demi menjaga pegangan agama, gadis tersebut  terpaksa menolak tawaran kerje itu walaupun amat memerlukan pekerjaan tersebut selepas setahun menganggur. Kita semua menyedari bahwa dalam konteks bertudung bukan fesyen tetapi tuntutan dalam Islam.

Jika kita melihat negara pulau, Singapura yang di perintah oleh PAP, keadaan yang serupa berlaku dimana jururawat Melayu/Islam tidak di benarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas. Begitu juga dengan pegawai wanita Melayu/Islam dalam pasukan polis, imigresen dan kustom. Terdapat ada firma di bidang keselamatan ( Security agencies) tidak membenarkan pegawai keselamatan wanita Melayu/Islam memakai tudung semasa menjalankan tugas.

Sekumpulan jururawat Melayu/Islam pada 1995 telah membuat rayuan kepada Menteri Kesihatan Singapura untuk membenarkan mereka memakai tudung semasa menjalankan tugas tetapi rayuan mereka di tolak. Keadaan kekal sehingga hari ini dimana para jururawat Melayu/Islam, pegawai polis wanita Melayu/Islam, pegawai wanita imigresen dan kustom (beruniform) tidak dibenarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas. Sebilangan wanita Melayu/Islam yang bertugas sebagai pegawai keselamatan juga, tidak di benarkan memakai tudung semasa menjalankan tugas.

Rakyat Malaysia jangan mudah lupa bahwa di Malaysia mempunyai anak didik PAP iaini DAP. Apa yang berlaku di Penang terhadap orang Melayu telah berlaku keatas orang Melayu di Singapura. Larangan memakai tudung semasa menjalankan tugas merupakan  model PAP Singapura.

Dari itu orang Melayu tidak perlu melayan DAP atau mana mana parti yang menyokong perjuangan DAP.

No comments:

Post a Comment