Friday 7 June 2013

Cina jangan melampau



Bahasa Kebangsaan bagi Malaysia adalah Bahasa Melayu. Ini bersesuain dengan Perlembagaan Persekutuan Artikel 152. Setiap warganegara Malaysia mengetahui keadaan ini dengan jelas dan terang.

Tetapi terdapat juga begitu ramai warganegara Malaysia berketurunan Cina yang tidak fasih berbahasa Kebangsaan. Jika kita melihat di negara jiran, Indonesia, setiap warganegara Indonesia berketurunan Cina begitu fasih berbahasa Indonesia. Bila mereka (bangsa Indonesia berketuruanan Cina)  berada di luar Indonesia mereka masih berbahasa Indonesia dikalangan mereka iaini dikalangan warga Indonesia di luar negeri. Keadaan ini termasuk di kalangan para pelajar Indonesia yang belajar di luar negera. 

Warganegara Indonesia berketurunan Cina tidak pernah mengadakan protest di luar negara (Indonesia). Mereka tidak pernah menghina Ketua Negara (Presiden) sendiri atau dengan menterbalikkan bendera Indonesia seperti apa yang di lakukan oleh keturnan Cina warganegara Malaysia di luar negara. 

Di Malaysia sudahlah rakyat Malaysia berketurunan Cina tidak fasih berbahasa kebangsaan (Melayu) mereka menentang pulak Raja dan pemerintah. Mereka mengadakan perhimpunan haram (kononnnya tanda protest) di luar negera dan menentang pemerintah Malaysia. Mereka berkelakuan bidadap dan kurang ajar terhadap Yang D Pertuan Agong dan Raja Raja. Ini semua berlaku kerana kurangnya penguatkuasaan undang undang yang tersedia ada.

Setelah pengunduran Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, pemimpin selepas beliau “terlalu lembut” dengan golongan ini termasuk orang India. Seakan akan para pemimpin yang berkenaan begitu “takut” dengan warganegara Malaysia yang bukan Melayu.

Pucuk kepimpinan UMNO mesti berani dan tegas terhadap warganegara Malaysia berketurunan Cina. Bertindaklah bersesuaian dengan undang undang yang tersedia ada. Hapuskan sikap memberi  amaran demi amaran (yang pernah penulis utarakan dalam blog ini). Masa ini adalah untuk bertindak bersesuaian dengan undang undang.

Pemerintah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak harus kembali tegas seperti  kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. Pucuk kepimpinan hari ini tidak boleh lembek. Apa salahnya jika Najib mengikut cara Dr Mahathir dalam menangani permasalahan seumpama ini? Pemerintah boleh bersikap “berlembut” tetapi mesti melihat kepada situasinya.  Jika Najib bertindak tegas dan sudah pasti akan terdapat ada golongan tertentu yang membuat tohmah dan tuduhan  bahwa pemerintah hari ini mengikuti cara Dr Mahathir, so what.

Jika pucuk kepimpinan Najib mahukan Cina menghormati Raja dan sititusinya, hak istimewa orang Melayu maka hendaklah kerajaan hari ini bertindak tegas terhadap anasir yang dimaksudkan.



No comments:

Post a Comment