Monday 3 June 2013

Mengugatkuasakan undang undang


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan bahwa kerajaan  mengambil keputusan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu jawatankuasa khas yang mewakli anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Menurut Perdana Menteri langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti SPR.

Sambil mengalu alukan langkah yang boleh dianggap sebagai “transfomasi politik” tetapi apabila difikirkan kembali apakah perlu langkah drastic untuk melakukannya? Ini kerana SPR telah menangani 13 pilihan raya umum ( tidak termasuk pilihan raya kecil) dan kesemuanya berjalan secara adil dan saksama. Hanya apabila parti pembangkang tidak dapat mencapai hasrat dan cita cita mereka untuk menawan Putrajaya maka berbagai tohmahan di limparkan kepada SPR.  Sejarah membuktikannya.

Sebelum PRU 13 diadakan pihak SPR telah mengadakan perbincangan dengan parti yang memerintah dan pembangkang. Segala cadangan yang akan di lakukan/dilaksanakan dalam PRU 13 telah di persetujui oleh semua pihak. Tetapi setelah keputusan PRU 13 tidak memihak kepada parti pembangkang berbagai cengkaman/tuduhan di buat terhadap SPR. Yang aneh mereka tidak mempertikai kemenangan mereka di Penang, Selangor dan Kelantan.

Menimbang hal yang dikatakan tadi maka persoalannya, apakah transfomasi yang dicadangan itu dapat memberikan jaminan atau suatu alternative bahwa pembangkang tidak melakukan apa yang dilakukan selepas PRU13  jika pembangkang kalah dalam PRU 14? Pembangkang akan terus menyerang dan membuat fitnah terhadap SPR jika mereka gagal menawan Putrajaya.

Penulis berpendapat jika di Malaysia masih mempunyai para pemimpin pembangkang yang mempunyai tabiat dan peragai yang sama (same brand of oppositions), maka keadaan ini tidak akan merubah walaupun berbagai “transfomasi politik” di lakukan. Ini boleh dikatakan otak mereka telah mati tidak dapat berfungsi seperti para pemimpin parti pembangkang yang lain di ASEAN misalnya.

Kita mesti menyedari pemimpin parti pembangkang di Malaysia tidak seperti pemimpin pembangkang di negara lain di dunia. Mereka (pembangkang di Malaysia) bertindak mengikut perasaan dan emosi disertakan dengan sikap perkauman. Mereka melimparkan segala tohmah dan fitnah. Bermain isu perkauman, sehingga timbulnya perasaan benci membenci antara satu kaum dengan yang lain.

Setelah di mahsuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak terdapat mana mana perundangan yang sedia ada dapat mengatasi keberkesanan Akta Keselamatan Dalam Negeri  (ISA) dalam menghadapi/menangani kekacauan dan tindakan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui kekerasan. Jika Akta Dalam Negeri (ISA) dapat digunakan keatas Parti Komunis Malaya kerana hendak menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan maka dengan sebab yang sama, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dapat digunakan keatas pihak atau kumpulan yang ingin melakukan perkara yang sama.  Penulis percaya dan yakin jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya mereka (pembangang)  akan menghidupkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malaysia mempunyai berbagai rang undang undang dalam menangani masalah hasutan dan fitnah. Tetapi gagal untuk menguatkuasakan (enforcement). Ini jelas dari saat Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Selepas beliau, kita dapat melihat pucuk kepimpinan BN begitu lemah dan mudah kelihatan “tunduk” keatas tuntutan/desakan pihak pihak tertentu.

Apa yang harus di perlakukan oleh pihak berkuasa terutama sekali Kementerian Dalam Negeri adalah untuk menguatkuasakan (enforcement) undang undang yang ada dengan efisien dan efektif. Berhentikan sikap memberikan amaran demi amaran. Waktunya telah tiba untuk menguakkuasakan dan bertindak.

Malaysia tidak perlu mengambil berat tentang apa orang lain (mungkin kuasa asing) akan katakan atau menglabel kerajaan Malaysia dengan apa pun perkataan jika segala tindakan yang akan diambil oleh kerajaan adalah demi untuk kesejahteraan, keselamatan, kestabilan dan keamanan Negara.

Isnin, 3 June 2013

 

No comments:

Post a Comment