Tuesday 31 December 2013

Guling Kerajaan tidakan Subversif


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 tindakan subversif.

Saya bersetuju dengan Zahid. Pembangkang mempunyai wakilnya di parlimen. Mereka telah di pilih sebagai wakil rakyat melalui proses demokrasi. Setiap rintihan atau masalah (jika ada) harus di bentang di parlimen. Setiap usaha atau langkah mana mana pihak untuk mengguling kerajaan dengan cara kekerasaan dan perhimpunan jalanan merupakan satu tindakan subversif.

Setakat ini perbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar, tiga sayap UMNO, bahagian Kubang Kerian, Pergerakan Puteri UMNO Sungai Petani, Puteri UMNO Ipoh Barat, Pergerakan Pemuda Pagoh dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah melahirkan bantahan terhadap tindakan subversif pihak pihak tertentu.

Adalah amat mendukacitakan bahawa sejauh ini masyarakat Malaysia tidak kedengaran/kelihatan bantahan dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa Pergerakan Pemuda UMNO kini seperti “Harimau tidak bergigi” sudah tidak bertaring lagi. Menurut masyarakat Melayu yang “berantai dan bertaring” bukan lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tetapi adalah Zahid Hamidi. Ramai yang mencadangkan agar satu persidangan Pergerakan Pemuda UMNO harus diadakan bagi mengubal “mutalamat perjuangan” pergerakan tersebut.

Teguran Tun Mahathir membawa kesan kepada Najib


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menegur melalui media bahawa kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak jangan boros dalam perbelanjaan. Tetapi tidak berkesan. Ketidak keberkesanan kemungkinan kerana atas pandangan dari para penasihat penasihat Perdana Menteri. Pengumuman demi pengumuman  timbul kenaikan. 

Kemudian Tun Mahathir membuat teguran melalui blognya. Ini di ikuti dengan berbagai pihak menegur Najib dan cara urus tadbir yang kurang bijak. Akhirnya, semalam Isnin 30 Disember 2013 Najib umumkan 11 langkah penjimatan bermula 1 Januari 2014.

Dengan tindakan tersebut, perbagai pihak memuji tindakan kerajaan mengurangkan perbelanjaan sektor awam dengan menyifatkan langkah baik dan tepat pada masanya.

Thursday 19 December 2013

Rusuhan di Little India Singapura

Seharusnya pasukan Polis Singapura menghadapi dan menentang para pesuruh tetapi mereka cabut menyelamatkan diri dan kenderaan polis yang di tinggalkan di bakar oleh para perusuh

Rusuhan di Little India Singapura









Kes Liwat Anwar Ibrahim


Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa rakyat Malaysia begitu letih dan bosan dengan tindakan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering melengahkan kes liwat yang dihadapi beliau.

Kita dapat melihat bahawa keseluruhan kes liwat Anwar telah di tanggungkan beberapa kali atas berbagai alasan. Antara lain beliau sering mahukan penukaran hakim dan peguam. Dengan ini Anwar meremehkan sistem kehakiman negara.

Sudah tiba masanya mahkamah memandang sirius tindak tanduk Anwar yang sering melambatkan kes liwat yang melibatkan dirinya. Jika perbuatan ini tidak di bendung maka akan kelihatan seperti Anwar menguasai Mahkamah dan bukan sebaliknya.

Monday 2 December 2013

Tolak Permohonan Maaf Jeff Ooi - DAP


Ahli Parlimen Jelutong (DAP) Jeff Ooi meminta maaf terhadap kenyataannya yang menggelarkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ dalam satu lawatan ke Pasar Jelutong 16 November yang lalu.

Wakil Rakyat DAP itu berkata tindakan beliau iaitu “memohon maaf” dilakukan selepas beliau di arah berbuat semikian oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

Saya menyeru kepada MPPP agar menolak kemohonan maaf tersebut kerana Jeff Ooi tidak ikhlas dalam berbuat sedemikian. 

Jeff Ooi melakukan permohonan maaf tersebut bukan kerana beliau menyedari perbuatannya salahnya tetapi kerana di suruh oleh Karpal Singh. Saya menyeru kepada MPPP dan setiap masyarakat Melayu supaya menolak permohonan maaf yang tidak ikhlas Jeff Ooi dan terus mengadakan bantahan sehingga beliau benar benar insaf bahawa perbuatan nya salah dan menyakitkan hati ramai. 

Orang Melayu harus melihat kenyataan Jeff Ooi itu merupakan satu perhinaan terhadap orang Melayu kerana anggota MPPP terdiri daripada orang Melayu. Karpal Singh dan Jeff Ooi bermain wayang kulit.

Wednesday 20 November 2013

Kehebatan Tun Mahathir dari dulu hingga sekarang


Kemarin, Selasa 19 November 2013, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institute Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat. Sebaik sahaja kami mengetahui keadaan kesihatan Tun M, selepas sholat zohor kami bersholat hajat untuk memohon kehadirat Allah SWT agar Tun cepat sembuh dan mendoakan agar Allah terus memelihara kesihatan beliau. Ramai rakyat Malaysia juga melakukan perkara yang sama terhadap Tun Mahathir.

Menyedari betapa bimbangnya rakyat Malaysia terhadap kesihatan beliau, Tun M telah menulis di facebook dengan tulisan tangan beliau,
“Alhamdulliah..I’m okay Dont worry
 – Tun M”
Allah SWT telah menunaikan doa kita semua yang meminta Allah memelihara kesihatan Tun M dan cepat semboh.

Tun M telah banyak berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Tanpa usaha yang gigih Tun Mahathir Malaysia tidak seperti apa yang kita lihat hari ini. Selama 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Tun telah membawa banyak perubahan kepada negara dan bangsa Melayu. Hanya mereka yang buta mata dan buta hati sahaja atau mereka yang penuh dengan rasa hasrat dengki terhadap Tun M disebabkan apa juga perkara sahaja yang tidak dapat menyedari/menerima hakikat ini.

Tidak banyak dapat dilakukan kepada golongan ini kerana mereka telah dididik dan di besarkan oleh mak ayah yang tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam walaupun kemungkinan kelihatan mereka macam ulamak. Sebenarnya mereka bukan dari golongan ulamak tetapi ularmak. Walaupun mereka terdiri daripada orang Melayu tetapi mereka tidak di didik adat resam bangsa Melayu oleh mak ayah mereka.

Bagi saya yang telah mengikuti perkembangan Tun Mahathir dari saat beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir sememangnya hebat dari dulu dan sekarang. Golongan yang tidak dapat menerima atau mengakui kehebatan Tun Mahathir adalah terdiri daripada golongan yang saya katakan tadi.