Wednesday 20 November 2013

Kehebatan Tun Mahathir dari dulu hingga sekarang


Kemarin, Selasa 19 November 2013, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institute Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat. Sebaik sahaja kami mengetahui keadaan kesihatan Tun M, selepas sholat zohor kami bersholat hajat untuk memohon kehadirat Allah SWT agar Tun cepat sembuh dan mendoakan agar Allah terus memelihara kesihatan beliau. Ramai rakyat Malaysia juga melakukan perkara yang sama terhadap Tun Mahathir.

Menyedari betapa bimbangnya rakyat Malaysia terhadap kesihatan beliau, Tun M telah menulis di facebook dengan tulisan tangan beliau,
“Alhamdulliah..I’m okay Dont worry
 – Tun M”
Allah SWT telah menunaikan doa kita semua yang meminta Allah memelihara kesihatan Tun M dan cepat semboh.

Tun M telah banyak berjasa kepada negara, bangsa dan agama. Tanpa usaha yang gigih Tun Mahathir Malaysia tidak seperti apa yang kita lihat hari ini. Selama 22 tahun Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Tun telah membawa banyak perubahan kepada negara dan bangsa Melayu. Hanya mereka yang buta mata dan buta hati sahaja atau mereka yang penuh dengan rasa hasrat dengki terhadap Tun M disebabkan apa juga perkara sahaja yang tidak dapat menyedari/menerima hakikat ini.

Tidak banyak dapat dilakukan kepada golongan ini kerana mereka telah dididik dan di besarkan oleh mak ayah yang tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam walaupun kemungkinan kelihatan mereka macam ulamak. Sebenarnya mereka bukan dari golongan ulamak tetapi ularmak. Walaupun mereka terdiri daripada orang Melayu tetapi mereka tidak di didik adat resam bangsa Melayu oleh mak ayah mereka.

Bagi saya yang telah mengikuti perkembangan Tun Mahathir dari saat beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tun Mahathir sememangnya hebat dari dulu dan sekarang. Golongan yang tidak dapat menerima atau mengakui kehebatan Tun Mahathir adalah terdiri daripada golongan yang saya katakan tadi.

No comments:

Post a Comment