Friday 1 November 2013

Permohonan Maaf Yang Tidak Ikhlas

Encik Mohamed Hanipa Maidin, wakil pembangkang dari PAS-Sepang telah memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memfitnah Perdana Menteri berkaitan dengan Operasi Lalang pada 1987.

Encik Mohamed Hanipa Maidin selaku Wakil Rakyat bagi kawasan Sepang telah menuduh  Najib (BN-Pekan) yang ketika itu Ketua Pemuda UMNO mahu menitiskan darah orang Cina dengan keris ketika mencelah semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2013.

Di parlimen ketika menarik balik kenyataan tersebut, Encik Mohamed Hanipa di laporkan sebagai berkata, " Saya akui memang mengeluarkan kenyataan tersebut pada 23 Oktober 2013 lalu dan  ia terkandung dalam hansard parlimen. Saya tarik balik dan mohon maaf kepada Pekan jika dapat menyenangkan hati pihak pihak lain".

Saya berpendapat Encik Mohamed Hanipa tidak ikhlas dalam permohonan maaf tersebut apabila menyatakan "jika dapat menyenangkan hati pihak pihak lain". Sebagai seorang peguan di dapati Encik Mohamed Hanipa bijak menggunakan perkataan yang 100% tidak komited kepada permohonan maaf tersebut.

Saya kurang faham mengapa Yang Di pertua Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dapat menerima permohonan maaf seperti itu.

No comments:

Post a Comment