Monday 4 November 2013

Mukhriz Mahathir mampu berdiri sendiri

Sejak awal lagi saya menafikan tuduhan parti pembangkang kononnya Datuk Paduka Mukhriz Mahathir memerlukan bantuan ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menaikki tangga politik negara. Ini jelas dengan pangkuan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri Kanival Rakyat di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Kedah. Tun Mahathir menyatakan bahawa anakanya Mukhriz Mahathir tidak memerlukan bantuan beliau untuk bergerak dalam politik. Tun seterusnya berkata bahawa jika mahu membantu Mukhriz beliau boleh berbuat demikian semasa iaitu sewaaktu memegang jawatan nombor satu negara.

Jika kita lihat, bukan Mukhriz sahaja bahkan kesemua anak  Tun Mahathir, tidak dibenarkan bergerak dalam arena politik negara semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ini satu sikap yang tidak ada dikalangan pemimpin Malaysia khususnya dan negara jiran kita umumnya.

Dalam sejarah politik Malaysia, kita dapat melihat semasa Tun Abdulah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, menantu beliau memasuki arena politik dan berjaya memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Sebelum itu, menantu beliau bergiat di "tingkat empat" pejabat perdana menteri. Kita juga dapat melihat semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah tidak membawa masuk ahli keluarga beliau dalam politik negara, tetapi setelah memegang jawatan nombor satu negara  baru beliau bertindak sedemikian. ( iaini dengan membawa ahli keluarga ke dalam arena politik)

Segala yang di capai oleh Datuk Paduka Mukhriz adalah berdasarkan kepada usaha beliau sendiri dan tidak ada bantuan dan sokongan dari ayahnya, Tun Dr Mahathir. Saya bersetuju dengan Tun Mahathir bahawa setakat ini Datuk Paduka Mukhriz dapat berdiri diatas kakinya sendiri. Hanya kepada golongan yang kecewa dalam politik akan menyatakan bahawa Datuk Paduka Mukhriz memerlukan bantuan Tun Dr Mahathir untuk berjaya dalam politik.


No comments:

Post a Comment