Wednesday 6 November 2013

SPR harus melihat sistem pendaftaran pilihan raya

Amalan demokratik dalam pilihan raya adalah untuk membenarkan orang setempat ( dalam sesuatu kawasan yang berkenaan) untuk memilih wakil mereka iaini jika di Malaysia memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Ahli Parlimen. Tetapi jika terdapat amalan dimana orang luar yang mana tidak menetap di DUN berkenaan atau kawasan parlimen tersebut untuk mengundi di kawasan berkenaan maka keadaan seumpama itu telah menyimpang daripada amalam demokrasi.

Apa yang di perkatakan oleh Datuk Paduka Mukhriz Mahathir bahawa tujuan pilihan raya diadakan adalah untuk memlih seorang wakil rakyat yang boleh berkhidmat kepada penduduk yang menetap dalam kawasan atau DUN atau Parlimen berkenaan, adalah benar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus melihat perkara ini dengan sirius dan bertindak agar sistem pilihan raya bersesuaian dengan amalan demokratik.

No comments:

Post a Comment