Thursday 24 October 2013

Berkempen secara berhemah di sungai Limau

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November 2013 menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mahukan kempen yang berhemah dan menasihatkan jentera dan penyokong BN supaya tidak bertindak agresif sebagai menghormati arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas wakil rakyat yang di hormati dikawasan Sungai Limau.

Sama ada penyokong BN atau PAS anggap lah pertandingan di Sungai Limau sebagai pertandingan dari satu keluarga iaini keluarga Melayu/Islam dan berkempen dengan penuh adat resam budaya Melayu berlandaskan keislaman.

Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan dan setelah itu rapatkan barisan bersandarkan kepada persaudaraan dalam Islam. Fahamilah kehidupan masyarakat  dan ikut budaya di Sungai Limau. Jangan timbulkan kekecohan kerana yang bertanding adalah sesama orang Melayu/Islam. Bangsa dan agama lain memerhatikan kita. Jangan kita bergaduh dan memaki hamum sesama  sendiri ( Melayu/Islam)

Semoga pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau membuka satu lambaran baru bilamana dan ketika umat Melayu dan Islam menghadapi sama ada pilihan raya kecil atau umum.

Bagi para pengundi di Sungai Limau apa yang penting di fikirkan sebelum memberikan undi atau sokongan kepada calon tertentu, buatlah penilaian sendiri parti mana yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, pembangunan dan tempat tinggal yang selesa.

Wednesday 23 October 2013

Mukhriz harus saman portal The Malaysian Insider

Datuk Mukhriz Mahathir di cadangkan agar mengambil tindakan keatas portal pro pembangkang "The Malaysian Insider" berhubung penyiaran artikel berunsur fitnah menuduh Datuk Mukhriz menggunakan politik wang dalam kempen pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO yang baru lalu.
Dengan tuduhan liar berunsur fitnah di saat saat terakhir telah mencemarkan  nama baik dan menjatuhkan  reputasinya ( Datuk Mukhriz). Serta dengan perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu portal tersebut telah mengakibatkan kekalahan Datuk Mukhriz dalam pemilihan tersebut.

Portal tersebut dilihat sebagai telah berjaya mencapai misi mereka menjatuhkan Datuk Mukhriz dengan hanya "memohon maaf" (tidak ikhlas) dengan tidak mencacatkan misi mereka.

Jika tidak ada tindakan dari Datuk Mukhriz kemungkinan besar portal tersebut akan mengulangi perbuatan mereka dimasa hadapan dalam usaha untuk menamatkan masa depan politik Datuk Mukhriz.

Semoga cadangan ini dapat di pertimbangkan oleh Datuk Mukhriz Mahathir.

Monday 21 October 2013

Mukhriz di aniaya


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kekalahan Mukhriz sudah di jangka. Menurut Tun “sebelum bertanding sudah kata kalah, dia (Mukhriz) punya hanya 50-50 dan ramalan saya memang betul.”
Kenyataan gentleman Tun sangat dialu-alukan dan menonjolkan sikap budiman. Tun Mahathir menghormati dan menerima keputusan yang telah di buat oleh ahli UMNO.

Tetapi kita jangan membiarkan atau lupa perisitiwa yang berlaku keatas Datuk Mukhriz sebelum hari pengundian.

1.       Veteran UMNO Datuk Rahmah Abdul Hamid (ibu kepada Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerkan Pemuda UMNO) telah membuat kritikan keatas Datuk Mukhriz kerana bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO

2.       Datuk Mukhriz Mahathir menjadi sasaran kempen kotor di saat saat terakhir dengan portal berita Malaysian Insider mendakwa Datuk Mukhriz mengamalkan politik wang

3.       Tidak sampai 24 jam sebelum mengundi terdapat laman social palsu TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebarkan maklumat mendakwa Mukhriz hilang kelayakan bertanding bagi jawatan Naib Presiden.
Datuk Rahmah Abdul Hamid, ibu kepada Khairy Jamaluddin (Menteri Belia & Sukan/ Ketua Pergerakan Pemuda) tidak bersikap adil mengritik Datuk Mukhriz Mahathir kerana bertanding bagi jawatan Naib Pesiden UMNO). Seharusnya sebelum pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO, beliau (ibu KJ) harus melimparkan kritikan tersebut kehadap Datuk Mukhriz bukan setelah pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO selesai.

Kemungkinan sebagai seorang ibu, Datuk Rahmah mengetahui kebolehan anak nya sendiri dimana anaknya tidak akan berada dalam keadaan sekarang ini jika tidak bersandangkan kepada staus besan beliau ketika itu menjadi Presiden dan Perdana Menteri Malaysia. Sebelum  ini anaknya hanya terkenali  dengan panggilan “ budak tingkat empat” di pejabat perdana menteri.(pejabat Pak Lah).

Datuk Mukhriz pernah menentang Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda semasa Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dalam pemilihan UMNO yang lalu, sering kelihat KJ mendampingi Datuk Seri Hishammuddin semasa berkempen. Ini jelas KJ dan pergerakan Pemuda memberikan sokongan secara terbuka kepada Datuk Seri Hishammudin. Teori ini di kuatkan lagi dengan kritikan ibu beliau sendiri Datuk Rahman keatas Datuk Mukhriz Mahathir.
Mengenai portal berita Malaysian Insider kita semua mengetahui satu satunya portal berita pembangkang yang pendirian mereka anti bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad. Ramai yang berpendapat kemungkinan ada tangan tangan dalam UMNO yang memungkinan portal tersebut melakukan sedemikian.
Disebabkan Datuk Mukhriz mewarisi sikap ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad iaini sikap budiman maka permohonan maaf yang yang di buat oleh portal tersebut diterimanya walaupun Datuk Mukhriz menanggung padahnya. Jika lah isu tersebut dipanjangkan di Mahkamah maka kita dapat melihat “ tangan tangan” siapa yang membolehkan portal tersebut menyerang Datuk Mukhriz.

Tan Sri Muhyiddin Yassim, Timbalan Perdana dan Timbalan Presiden UMNO telah menafikan kenyataan yang dibuat dalam satu akuan Facebook tentang dakwaan adanya keputusan Jawatankuasa Disiplin UMNO keatas Datuk Mukhriz.
Tan Sri Muhyiddin akan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat akaun media social tersebut. Diharapkan ini tidak akan mengambil masa yang lama untuk menyiasat dan bertindak.

Permainan Kotor punca kekalahan Mukhriz Mahathir


Sabtu, 19 Oktober 2013 di facebook ada penyiaran berita dari Kuala Lumpur seperti berikut :

“Terlalu ramai yang menalipon saya dari dalaman UMNO serta yang bukannya ahli UMNO merasa kecewa dengan kekalahan Mukhriz dalam permilihan Naib Presiden.

 Adalah lebih baik kita focus kepada survival UMNO itu sendiri. Terus kepada kesediaan menempur PRU 14 dan perurabahan demi kebaikan untuk mewarisi wadah perjuangan”.

Demikian tulisan di timeline Facebook yang bersangkutan. Justeru saya telah memberikan respon terhadap tulisan tersebut tetapi malangnya di padam oleh pemilik akaun facebook tersebut. Bahkan saya terus di “block” nya.

Respon saya yang dipadamkan seperti berikut :-

Sebelum kita cakap pasal survival UMNO kita mesti pastikan tidak ada tangan tangan dalam UMNO yang memungkinkan portal berita Malaysian Insider menyiarkan laporan yang mendakwa Mukhriz mengamalkan politik wang. Ini satu permainan yang amat kotor.

Kemudian tidak sampai 24 jam sebelum mengundi terdapat pula laman social palsu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyiarkan laporan yang mendakwa Mukhriz hilang kelayakan bertanding.

Datuk Mukhriz mempunyai sikap budiman seperti ayahandanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dimana beliau telah memaafkan Malaysian Insider setelah portal tersebut memohon maaf sehari kemudian walaupun Datuk Mukhriz menyedari apa yang dilakukan oleh portal tersebut telah memudaratkan beliau dengan permaian kotor seumpama ini. ( Harus di ingat Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaafkan orang yang pernah hendak membunuh Tun semasa Tun menjadi Perdana Menteri Malaysia)

Kalau ada permainan kotor macam ini (yang di hadapi oleh Mukhriz)  jangan cakap pasal survival UMNO tetapi individu survival in UMNO.

 

 

 

 

 

 

Thursday 17 October 2013

Nasib Kampong Kepayang sama dengan Kampong Melayu di Singapura

Rakyat Malaysia tidak dapat menafikan bahawa DAP adalah anak didik PAP di Singapura. Akhbar Harakah telah melaporkan bahawa DAP bukan parti yang memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina semata mata dan tidak bersifat perkauman. Ini kerana nasib yang akan bakal menimpa masyarakat Melayu di Kampung Kepayang Fair Park mendapat perhatian daripada pihak DAP. Ini kerana kampung tersebut satu satunya perkampungan Melayu tertua di Penang akan di pertahankan.

Harakah melaporkan bahawa Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat menyatakan bahawa "DAP mahu Kampong Kepayang dipertahankan kerana kampung Melayu yang dibuka akhir pada abad ke 18 mempuyai nilai sejarah.

Kita lihat PAP di Singapura. Apa PAP telah dilakukan terhadap kampung Melayu di sana yang mempunyai nilai sejarah? Setelah kesemua kampung Melayu di robohkan, kononnya untuk mengekalkan sejarah orang Melayu di Kampong Ubi/Geylang Serai, maka "Perkampung Melayu" di dirikan. Malangnya, akhirnya Perkampung Melayu yang terletak dikawasan Geylang Serai jugak di robohkan.

Jangan "termakan" kata kata manis pemimpin DAP. Akhirnya Kampung Kepayang akan menemui nasib dan ajalnya sama seperti kampung Melayu di Singapura.

Wednesday 16 October 2013

Hormati Keputusan Mahkamah

Pada petang Hari Raya Aidiladha iaini hari Isnin, 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan di Putrajaya telah membuat keputusan berhubung dengan rayuan kerajaan, Majlis Agama Negeri -Negeri dan pertubuhan Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah dalam The Herald - The Catholic Weekly.

Mahkamah dengan sebulat suara telah tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah 'The Herald'.

Dalam kenyataan Christian Federation of Malaysia, Pengerusinya, Reverend Dr Eu Hong Seng menyatakan bahawa "The Federation welcomed the fact that the decision did not cover of the word "Allah" in Bahasa Malaysia Bible, The Alkitab. We expect the government to honour the 10 point solution with respect to the AlKitab. We shall, therefore continue to use the word "Allah" in our workship,liturgy, prayers and education materials".

Menurut Hakim Mohamed Apandi Ali " penyelidikan yang dilakukan terhadap penggunaan bahasa dalam kitab penganut Kristian menunjukakan kalimah Allah (yang merujuk kepada Tuhan) tidak pernah muncul walau sekalipun dalam naskah berbahasa Ibrani."

Hakim Mohamed Apandi menambah bahwa "penyelidikannya mendapati kalimah itu tidak pernah digunakan walapun sekali dalam kitab Taurat dan Zabur atau Injil, malah tiada terkandung dalam Bible berbahasa Greek. Dalam Bible, Tuhan dikenali sebagai Yahweh atau Yah".

Berdasarkan kepada penjelasan Hakim Mohamed Apandi maka timbul persoalan, "Apakah motif sebenarnya tindakan Christian Federation of Malaysia, dimana Pengerusinya, Reverend Dr Eu Hong Seng mengeluarkan kenyataan di New Straits Times, " We shall, therefore continue to use the word "Allah" in our worship, liturgy, prayers and educational materials".

Christian Federation of Malaysia seharusnya mendengar pandangan/nasihat Menteri Komunikasi dan Multi-Media Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa semua pihak diminta menghormati dan akur dengan keputusan sebulat suara tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan majalah mingguan katolik, The Herald menggunakan kalimah Allah.

Setakat ini umat Islam di Malaysia tidak bertindak agresif sehingga mencetuskan keadaan tegang dan menerima dengan hati terbuka. Ini kerana mereka tahu ada saluran lain untuk menyelesaikan isu yang berkenaan.