Thursday 24 October 2013

Berkempen secara berhemah di sungai Limau

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November 2013 menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir mahukan kempen yang berhemah dan menasihatkan jentera dan penyokong BN supaya tidak bertindak agresif sebagai menghormati arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas wakil rakyat yang di hormati dikawasan Sungai Limau.

Sama ada penyokong BN atau PAS anggap lah pertandingan di Sungai Limau sebagai pertandingan dari satu keluarga iaini keluarga Melayu/Islam dan berkempen dengan penuh adat resam budaya Melayu berlandaskan keislaman.

Menang atau kalah sudah menjadi adat pertandingan dan setelah itu rapatkan barisan bersandarkan kepada persaudaraan dalam Islam. Fahamilah kehidupan masyarakat  dan ikut budaya di Sungai Limau. Jangan timbulkan kekecohan kerana yang bertanding adalah sesama orang Melayu/Islam. Bangsa dan agama lain memerhatikan kita. Jangan kita bergaduh dan memaki hamum sesama  sendiri ( Melayu/Islam)

Semoga pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau membuka satu lambaran baru bilamana dan ketika umat Melayu dan Islam menghadapi sama ada pilihan raya kecil atau umum.

Bagi para pengundi di Sungai Limau apa yang penting di fikirkan sebelum memberikan undi atau sokongan kepada calon tertentu, buatlah penilaian sendiri parti mana yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik, pembangunan dan tempat tinggal yang selesa.

No comments:

Post a Comment