Monday 4 November 2013

Rakyat di perbodohkan dan pemerintah menjadi lemah

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pembangkang meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan menarik balik serta mengakui bahawa tuduhan mereka kononnya terdapat 40,000 pengundi warga Bangladesah dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) Mei lalu adalah suatu fitnah yang di rancang.

Saya berpendapat pembangkang tidak akan memohon maaf keatas fitnah yang di limparkan terhadap pemerintah. Lihat sahaja bagaimana jurucakap pembangkang, Datuk S. Ambiga (bekas Presiden Majlis Peguam) meletakkan kesalahan mereka itu kepada kerajaan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga mendesak pihak berkuasa supaya tampil berani mengambil tindakan dan menghukum pihak terbabit dalam fitnah berkenaan.
Tindakan yang di maksudkan oleh NGO terbabit adalah dalam bentuk pendakwaan agar dibuat segera
keatas pihak terlibat yang mencipta dan menjaja fitnah tersebut.

Benar, apa yang diperkatakan oleh NGO yang berkenaan tetapi kelihatan pihak pemerintah begitu lemah  untuk mengambil tindakan tegas terhadap pembangkang yang menyibarkan fitnah tersebut. Akhirnya, pembangkang dapat menggangap bahawa rakyat  mudah dapat di perbodohkan dan pemerintahnya pula takut untuk bertindak keatas mereka (pembangkang).

Jika pembangkang menggangap bahawa rakyat dapat di perbodohkan dengan mudah dan pemerintah pula lemah dan takut kepada mereka (pembangkang) untuk mengambil tindakan maka di masa hadapan pembangkang akan merancang fitnah yang lebih besar dan dahysat lagi terhadap pemerintah. Ini akhirnya akan mengakibatkan pemerintah mudah di tumbangkan dalam PRU yang akan datang.

Kini rakyat masih menunggu apakah tindakan kerajaan kepada rakyat Malaysia yang bersubahat dengan penceroboh di Sabah. Berapa lama lagi harus mereka menunggu tindakan dari kerajaan. Perbuatan mereka tersangat sirius melibatkan keselamatan negara. Apakah kerajaan takut mengambil tindakan? Persoalan itu yang bermain di fikiran rakyat,

No comments:

Post a Comment