Monday 2 December 2013

Tolak Permohonan Maaf Jeff Ooi - DAP


Ahli Parlimen Jelutong (DAP) Jeff Ooi meminta maaf terhadap kenyataannya yang menggelarkan kakitangan bawahan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ dalam satu lawatan ke Pasar Jelutong 16 November yang lalu.

Wakil Rakyat DAP itu berkata tindakan beliau iaitu “memohon maaf” dilakukan selepas beliau di arah berbuat semikian oleh Pengerusi DAP Karpal Singh pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013.

Saya menyeru kepada MPPP agar menolak kemohonan maaf tersebut kerana Jeff Ooi tidak ikhlas dalam berbuat sedemikian. 

Jeff Ooi melakukan permohonan maaf tersebut bukan kerana beliau menyedari perbuatannya salahnya tetapi kerana di suruh oleh Karpal Singh. Saya menyeru kepada MPPP dan setiap masyarakat Melayu supaya menolak permohonan maaf yang tidak ikhlas Jeff Ooi dan terus mengadakan bantahan sehingga beliau benar benar insaf bahawa perbuatan nya salah dan menyakitkan hati ramai. 

Orang Melayu harus melihat kenyataan Jeff Ooi itu merupakan satu perhinaan terhadap orang Melayu kerana anggota MPPP terdiri daripada orang Melayu. Karpal Singh dan Jeff Ooi bermain wayang kulit.

No comments:

Post a Comment