Tuesday 31 December 2013

Guling Kerajaan tidakan Subversif


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cubaan pembangkang menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 tindakan subversif.

Saya bersetuju dengan Zahid. Pembangkang mempunyai wakilnya di parlimen. Mereka telah di pilih sebagai wakil rakyat melalui proses demokrasi. Setiap rintihan atau masalah (jika ada) harus di bentang di parlimen. Setiap usaha atau langkah mana mana pihak untuk mengguling kerajaan dengan cara kekerasaan dan perhimpunan jalanan merupakan satu tindakan subversif.

Setakat ini perbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Alor Setar, tiga sayap UMNO, bahagian Kubang Kerian, Pergerakan Puteri UMNO Sungai Petani, Puteri UMNO Ipoh Barat, Pergerakan Pemuda Pagoh dan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan telah melahirkan bantahan terhadap tindakan subversif pihak pihak tertentu.

Adalah amat mendukacitakan bahawa sejauh ini masyarakat Malaysia tidak kedengaran/kelihatan bantahan dari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Ramai yang berpendapat bahawa Pergerakan Pemuda UMNO kini seperti “Harimau tidak bergigi” sudah tidak bertaring lagi. Menurut masyarakat Melayu yang “berantai dan bertaring” bukan lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tetapi adalah Zahid Hamidi. Ramai yang mencadangkan agar satu persidangan Pergerakan Pemuda UMNO harus diadakan bagi mengubal “mutalamat perjuangan” pergerakan tersebut.

No comments:

Post a Comment