Tuesday 25 June 2013

Pejabat Peguam Negara harus bertindak segera


Minggu lalu,satu pendedahan telah dibuat melalui TV3 oleh  bekas setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim, Rahimi Osman bahwa terdapat usaha daripada pembangkang untuk menyogok keluarga Koperal Sirul Azhar Umar, bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bagi membuat kenyataan palsu untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam kes Altantuya Shaaribu.

Bekas peguam bela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Nordin menyatakan sewaktu mengendalikan kes Anwar dulu memang ada terdapat usaha terancang bagi memfitnah Perdana Menteri. Justeru, pendedahan mengenai sogokan bernilai RM3 juta kepada keluarga Sirul sesuatu yang tidak pelik kepada Datuk Zul.

Dengan pendedahan yang terbaru, diharapkan Jabatan Peguam Negara dapat bertindak dengan segera kerana terbit perbuatan  mensabotaj dengan sogokan wang tunai sejumlah RM3 juta dalam kes pembunuhan Altantuya.

Datuk Zulkifli juga menyatakan bahwa “kini wujud persepsi dikalangan rakyat bahwa Jabatan Peguam Negara memilih bulu dalam melaksanakan tugasnya kerana pantang ada silap dilakukan pemimpin kerajaan pasti ada pendakwaan tetapi apabila membabitkan pembangkang mereka membisu”.

Diharapkan agar Tan Sri Abdul Gani Patail dapat bertindak dengan segera.

No comments:

Post a Comment