Friday 14 June 2013

Pemerintah harus bertindak keatas penjawat awam pro pembangkang


Penulis menyambuat baik Titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bahwa penjawat awam agar memelihara integrity dan menjauhi tiga penyakit iaitu rasuah, kebocoran maklumat dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas. Selanjutnya Baginda bertitah janganlah ada yang menjadi seperti gunting dalam liputan kepada Negara dan Negeri.

Penjawat awam yang bekerja dengan pemerintah mesti melaksanakan tugasan yang di tentukan oleh pemerintah dan bukannya menentang dasar pemerintah dan memusuhi pemerintah.

Dalam ceramah kempen PRU 13 yang lalu, saya ada menerangkan bahwa terdapat guru memasang bendera parti pembangkang dan seterusnya menjalankan aktivi pembangkang menentang pemerintah. Saya mempersoalkan bahwa bagaimana seorang guru secara berterangan menyokong parti pembangkang sedangkan kerajaan yang memberikan pekerjaan kepada beliau. Dalam erti kata, pemerintah menyuap mulut beliau, anak isterinya tetapi jari yang memberikan suapan di gigitnya. Apakah ini yang di tuntut oleh Islam dan apakah ini merupakan budaya Melayu? Seorang pendidik menunjukan sikap kurang baik kepada anak murid agar menentang kepada pihak yang membuat kebajikan kepada beliau dan keluarga

Cuba kita lihat negara jiran. Jika pemerintah di negara tersebut mendapat makluman dengan bukti bahwa penjawat awam bergiat cergas dengan aktiviti pembangkang, maka yang berkenaan akan di pecat daripada bekerja sebagai penjawat awam. Mereka di nasihatkan agar bekerja dengan parti yang mereka sokong dan meminta parti yang bersangkutan menanggong sara hidup keluarga yang berkenaan.

Penulis berpendapat pemerintah Malaysia harus bertindak tegas dalam perkara ini. Ini bagi mengelakkan perbuatan membocorkan rahsia kerajaan dan menyalah gunakan kuasa untuk mencapai matlamat politik pihak yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment