Thursday 6 June 2013

DAP mengamalkan dasar perkauman


Menteri Besar Penang merangkap Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dalam artikelnya menyebut bahwa keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang bangsa menunjukkan parti itu berterusan mahu memecah belahkan rakyat ini mengikut kaum memelihara kekuasaan mereka.

Lim Guan Eng gagal melihat atau akal nya sudah mati dan manakala matanya pula buta untuk berfikir ddan melihat bahwa kemakmuran, keamanan, kestabilan dan kemajuan Malaysia terjalin atas perpaduan, dan kerjasama antara kaum di Malaysia yang di anjurkan oleh UMNO. Tidak seperti DAP yang sentiasa bermain dengan sentimen perkauman dan menimbulkan situasi benci membenci antara orang cina dan orang Melayu. Kemungkinan DAP ingin melihat peristiwa 13 May berulang. Berlakunya peristiwa tersebut di sebabkan DAP dengan konsep Malaysian Malaysia.

Tun Dr Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri  menyatakan bahwa DAP umpamanya di katakan sebagai sebuah parti berbilang bangsa tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Begitu juga dengan parti Gerakan  sebagai sebuah parti berbilang kaum tapi ia dikuasai oleh orang Cina. Menurut Tun Mahathir bahwa kita tidak boleh ketepikan parti parti yang mewakili kaum mereka.

DAP berselindung dibawah “skirts” parti berbilang kaum tetapi sebenarnya DAP adalah sebuah parti perkauman Cina. Ini terbukti dalam PRU13 yang baru lalu, DAP meletakkan calon hanya di kawasan dimana majoritinya terdiri dari kaum cina. Dalam PRU 13 DAP telah menghasut kaum cina terutama sekali generasi muda agar membenci kepada orang Melayu, institusi beraja dan hak istimewa orang Melayu sehingga ujudnya Tsunami Cina.

People Action Party (PAP) melahirkan Demokratik Action Party (DAP). Cuba DAP melihat Singapura yang di takbirkan oleh bapak mereka PAP. Di Singapura tidak ada sekolah Cina seperti di Malaysia. Kita lihat di Malaysia kewujudan sekolah vernacular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Ini menjelaskan bahwa walaupun UMNO merupakan sebuah parti Melayu tetapi UMNO tidak pernah menutup sekolah Cina dan tamil. Ini jelas UMNO sebuah parti yang komited dan tidak berteraskan kepada dasar perkauman.

 

 

No comments:

Post a Comment