Wednesday 5 June 2013

Hormati Raja


Rakyat Malaysia menyedari bahwa Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah Sultan Ahmad Shah, iaini Sultan Negeri Pahang.

Khairy Jamaluddin merupakan Menteri Belia dan Sukan yang baru di lantik oleh Perdana Menteri. Hanya beberapa hari selepas beliau di lantik menjadi Menteri, Khairy telah membuat  kritikan yang pedas terhadap FAM sekali gus terhadap Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah. Lantas Sultan Ahmad merasakan "terkilan" dengan kenyataan Khairy.

Rakyat Malaysia di suruh menghormati Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja. Sebagai seorang Menteri, Khairy harus menunjukan tauladan yang terbaik kepada orang ramai. Tidak ada salahnya Khairy sebagai Menteri menyuarakan suara lantang membuat kritikan, tetapi ia harus di lakukan dengan penuh hikmah dan diplomasi melalui saluran tertentu terutama sekali bilamana melibat seorang Raja.
Sudah tentu Khairy tidak akan bersetuju mana mana staf dibawah kementeriang beliau membuat kritikan melalui media berhubung kait dengan kepimpinan beliau. Penulis yakin dan percaya jika berlaku hal sedemikian, kementerian Belia dan Sukan akan mengambil tindakan disiplin keatas yang terlibat.

Jika rakyat biasa melakukannya(secara langsung atau sebaliknya terhadap Sultan/Raja)  maka masyarakat Melayu khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akan melabel perlaku sebagai biadap, tetapi bagaimana pula bila di lakukan oleh seorang Menteri??

No comments:

Post a Comment