Monday 3 June 2013

Umat Melayu mesti mempertahankan Yang d Pertuan Agong


Di minta jangan ada masyarakat Melayu/Islam yang menghina Yang d Pertuan Agong. Didapati sekumpulan pengguna Facebook dari kalangan bukan Melayu bertindak biadab terhadap Yang d Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi lama social. Dibawah saya menjelaskan apa makna Akta Hasutan 1948 dan hubungan dengan Yang d Pertuan Agong untuk pengetahuan kita semua.   
Berikut apa yang terkandong dalam Perlembagaan Persekutuan : -                                     
                                             AKTA HASUTAN 1948
                                                     (Akta 15)

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan berkenann hukuman bagi hasutan

1.     Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan, 1948

2.     Taksiran.

Dalam  Akta ini -------

“kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan mana mana Negeri dalam Malaysia.

“penerbitan”adalah termasuk semua perkara tertulis atau tercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara tertulis atau tercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau buah fikiran, dan juga adalah termasuk tiap-tiap naskah dan keluaran ulangan atau keluaran ulangan atau keluaran ulangan isi apa apa penerbitan

“Raja” ertinya Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Gabenor mana-mana Negeri dalam Malaysia.

“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa apa benda lain menjadikan sifat bagi perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai mempunyai kecenderungan menghasut;

“perkataan” adalah termasuk apa apa ungkapan, ayat atau beberapa perkataan atau rangkaian perkataan yang berturut-turut, sama ada secara lisan atau bertulis.

3.     Kecendurangan menghasut.

(1)  Sesuatu “kencendurangan menghasut” ialah kecenderungan-----

 

(a)  Bagi mendatangkan benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap mana mana Raja atau kerajaan;

(b) Bagi membangkitkan rakyat mana mana Raja atau penduduk mana mana wilayah yang di perintah oleh mana mana Kerajaan supaya  cuba mendapatkan diubah, dengan apa apa cara lain daripada cara yang sah, apa apa jua yang tertubuh nenurut undang undang dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang di perintah oleh Kerajaan itu

(c)  Bagi mendatanglam benci atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak suka terhadap pentadbiran keadilan dalam Malaysia atau dalam mana mana Negeri;

(d) Bagi menimbulkan perasaan tidak puashati atau tidak suka di kalangan  rakyat Yang Di Pertuan Agong atau rakyat Raja mana mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana mana Negeri;

(e)  Bagi mengembangkan perasaan jahat dab permusuhan antara beberapa kaum atau golongan penduduk Malaysia; atau

(f)   Bagi menyoal apa apa perkara, hak taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau perlinndung oelh peruntukan-peruntukan Bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment