Wednesday 12 June 2013

Kedah Maju bersama Datuk Mukhriz


Pucuk kepimpinan tertinggi UMNO harus melantik YAB Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Perlantikkan beliau bukan setakat “perkara biasa" atau "lumrah" seorang Menteri Besar memegang jawatan yang bersangkutan tetapi melihat Datuk Mukhriz merupakan seorang cendekiawan, dan pemimpin yang sangat berkaliber serta berintegriti.

Penulis yakin dan percaya di bawah kepimpinan Datuk Mukhriz, UMNO Kedah akan  berkembang dengan pesatnya, perpaduan dikalangan ahli UMNO dapat dipertingkatkan dan Kedah akan bertambah maju. Penulis juga yakin dan percaya Datuk Mukhriz dapat mengadakan banyak pekerjaan ( dengan menarik ramai pelabur untuk melabur di Kedah) untuk rakyat Kedah tanpa berhijrah ke negeri lain.

Yang tersangat penting adalah ahli UMNO hendaklah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Datuk Mukhriz. Percayalah dibawah kepimpinan Datuk Mukhriz, negeri Kedah akan merupakan negeri termaju antara negeri negeri yang lain di Malaysia serta di Semenanjung pula Negeri Kedah merupakan simpanan tetap (fixed deposit) bagi Barisan Nasional (BN) untuk memenangi di setiap pilihan raya. Amin.

No comments:

Post a Comment