Sunday 2 June 2013

Kerajaan harus mengambil tindakan tegas



Mengikut laporan pihak PDRM telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab untuk merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakkan pasukan tentera siber Red Bean Army.

Jika kerajaan tidak melakukan kesilapan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) demi untuk keselamatan Negara maka keadaan tidak samapai ke tahap sekarang ini.  Dengan ISA pihak polis dapat mengatasi permasalahan yang sirius ini. Jika dahulu Parti Komunis Malaya menyerang kita dengan senjata tetapi Red Bean Army menyerang kita dengan kaedah baru dengan membuat hasutan dan fitnah serta mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan melalui siber. Sekali ini disinilah perlunya Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Setalah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, dapat di lihat pengganti beliau begitu lemah dalam mentadbirkan negara terutama bila berdepan dengan desakan/ tuntutan dan serangan dari parti pembangkang. Dengan kelemahan tersebut maka pembangkang terus mengasak kerajaan dan akhirnya pengganti Dr Mahathir tidak dapat bertindak tegas seperti Tun Dr Mahathir.

Diharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan mengambil iktibar dan mula bertindak tegas keatas mereka yang melakukan perhimpunan haram/demontrasi jalanan dan menyebarkan fitnah dan hasutan. Perundangan Malaysia nyata dengan jelas untuk menangani perkara sedemikian dan ianya hanya memerlukan penguatkuasaan (enforcement). Berhenti sikap “memberikan amaran” kepada mereka dan bertindak tegas. Telah begitu banyak amaran diberikan dan waktunya telah tiba untuk bertindak.

No comments:

Post a Comment