Monday 24 June 2013

KDN harus bertindak tegas dengan segera


Perhimpunan Haram di Padang Merbok pada sabtu, 22 June 2013 kelihatan anak muda mengibarkan bendera merah putih. Beberapa penyokong pembangkang kelihatan berarak membawa bendera merah putih mengantikan Jalur Gemilang. Perbuatan seumpama ini bukan sahaja sangat memalukan bahkan mencapai tahap mencabar kedaulatan negara dan martabat rakyat. Justeru Ini merupakan satu perbuatan biadab dan tidak menghormati kedaulatan negara sendiri. Mereka jelas tidak mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia.

Sudah tiba masanya pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan penderhaka ini. Pihak berkuasa telah kian lama mengambil sikap “berlembut” terhadap gologan sejenis ini dan saya meminta kepada pihak berkuasa agar bertindak keatas mereka dengan segera dan sikap “berlembut” tersebut harus di kuburkan. Jika tidak mengambil tindakan sekarang, bila lagi??

No comments:

Post a Comment