Wednesday 17 July 2013

Malaysia harus tegas mengambil tindakan


Alvin Tay Jye Yee, 25 dan Vivia Lee 24 telah mempersendakan (kalau tidak kurang ajar) kepada umat Islam di bulan Ramadhan dengan memuat naik gambar mereka sedang menikmati sup tulang babi dengan kapsyen ‘selamat berbuka puasa dengan Bak Kut The (sup tulang babi)…wangi, enak dan menyelerakan’ lengkap dengan logo halal.
Disusuli dengan Duta Vatican City, Biskop Joseph Marino mencetuskan keresahan di kalangan umat Islam di negara ini dengan mengeluarkan kenyataan menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.
Sejak kebelakangan ini ujud gejala dimana kenyataan di keluarkan dengan sewenangnya oleh pihak pihak tertentu di Malaysia yang menghina agama Islam. Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh di mata dunia dan persoalannya mengapa perkara seumpama ini berlaku?
Cuba kita pandang ke belakang sedikit. Kita lihat semasa pemerintah Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam tempoh 21 tahun tidak berlakunya perkara perkara seperti hari ini. Parti yang sama memerintah iaini Barisan Nasional dimana tulang belakangnya UMNO. Lantas beliau dapat menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh. Tetapi setelah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, imej tersebut telah tercemar dan tercalah. Akhirnya seorang Perwakilan Asing, Biskop Jospeh Marino secara terbuka "menyerang" Malaysia dengan mencampuri urusan dalaman negera. Memadai kah dengan memohon maaf dan “menyatakan beliau (Marino) tidak berniat mencampuri hal dalaman Malaysia”. Apakah kita berpuas hati hanya dengan kenyataan seumpama itu? Sebagai wakil negara asing Marino memahami etika sebagai seorang perwakilan asing dan sebagai pemimpin agama.
Kita tidak dapat menafikan Marino mempunyai networknya di Malaysia. Apakah ada dalang yang memberanikan Marino melanggar etika sebagai seorang perwakilan asing dan pemimpin agama untuk kepentingan agama tertentu? Sambil menerima pemohonan maaf dari Marino pemerintah juga terutama sekali pihak polis harus menjalankan penyiasatan sama ada Marino di peralatkan oleh pihak tertentu dalam membuat kenyataan kontroversi yang boleh bertukar kepada hasutan. Ini yang harus di gali ke akar umbinya. ( disiasat )
Berbalik kepada pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee mereka berdua terdiri daripada warganegara Malaysia dan mereka berdua bekas penuntut University of Singapore (NUS). Perbuatan mereka sangat biadap dan satu penghinaan kepada Islam. Mereka berdua tertakluk kepada undang udang dan perlembagaan Malaysia.
Di Islamabad mereka yang menghina Islam di jatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Malaysia pula sebagai negara Islam contoh, bagaimana caranya dalam menangani perkara seumpama itu.. Saya percaya dan yakin negara Islam di dunia sedang memerhatikan kita.
Mengikut Seksyen 233 Akta Kominikasi dan Multimedia 1998, Alvin dan Vivian berdepan dengan hukuman penjara selama satu tahun atau denda RM50,000.
Penulis berpendapat bahwa hukuman satu tahun penjara tidak memadai kerana jika di tolak hari sabtu, ahad dan cuti umum, tidak cukup satu tahun sedangkan kesalahan menghina Islam di mana dalam Perlembagaan Malaysia bahwa Islam adalah agama rasmi, perbuatan seumpama itu tersangat sirius. Justru penulis mencadangkan agar hukuman penjara di tambah ke maksium mungkin 10 tahun. Jumlah denda tidak menjadi masalah kepada perlaku kesalahan dimana kemungkinan ada kumpulan  “pemberi/penderma” (sponsors) untuk membayarnya. Perbuatan pasangan tersebut kemungkinannya ada dalangnya.
Penulis tertarik dengan cadangan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathr Mohamad untuk melucutkan taraf kewarganegara (Alvin dan Vivian) jika undang undang membenarkannya. Para penggubal undang undang harus memberikan perhatian dan pertimbangan kepada cadangan Dr Mahathir.
Disamping itu pasangan yang berkenaan adalah bekas penuntut Universiti Singapura (NUS )juga harus di siasat oleh PDRM dan di dakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
Seperti di katakan pada peringkat awal tadi bahwa Malaysia merupakan sebuah negara Islam contoh dan penyelesaian yang konkkrit harus di lakukan dalam menangani perkara seperti  ini (kes Jospeh Marino dan pasangan Alvin dan Vivian). Jika tindakan yang “lembut” di ambil atas konsep “kesederhanaan” maka masanya akan tiba bilamana dunia Islam akan mengencam Malaysia.

No comments:

Post a Comment