Monday 22 July 2013

Jawatan Pemuda UMNO harus di cabar


Mengimbas kembali kemunculan Khairy Jamaluddin (KJ) di pentas Pemuda UMNO, dan memenangi kerusi selepas kekosongan yang di tinggalkan oleh Hishammuddin Tun Hussein. Kemudian dalam pemilihan yang diadakan Khairy Jamaluddin mendapat 304 undi mengatasi Mohd Khir Toyo (252) dan Datuk Mukhriz Tun Mahathir (323).
Ramai yang menyatakan  kemenangan Khairy Jamaluddin (ketika itu) adalah  bersandarkan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Di katakan juga bahwa ketika itu Khairy Jamaluddin merupakan penasihat kepada Perdana Menteri ( Bapak Mentua Khairy).
Diharapkan kali ini ada dikalangan pemuda yang akan muncul mencabar Khairy Jamaluddin. Walaupun Khairy Jamaluddin sekarang ini memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan itu tidak bermakna memberikan laluan mudah buat beliau.
Pada pemilihan yang lalu jika kita campurkan undi yang di terima oleh kedua pencabarnya ( Khir dan Mukhriz) maka kemenangan Khairy jelas tidak begitu membanggakan. Jadi jika ada pencabar pada pemilihan pemuda UMNO kali ini dan walaupun memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan ianya bukan satu laluan yang mudah baginya dan juga tidak akan menjamin kemenangan Khairy Jamaluddin.
Tambahan pemilihan kali ini tidak semudah sewaktu Khairy memenangi jawatan tersebut. Jika di lihat ketika dulu tidak sampai 1,000 orang perwakilan membuat keputusan di Dewan Merdeka, Kuala Lumpur. Tapi kali ini dianggarkan 70,000 akar umbi Pemuda layak membuat pilihan mereka.

No comments:

Post a Comment