Thursday 18 July 2013

Jangan berdegil dengar nasihat Tun M


Penulis bersetuju dengan pendapat Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa undang undang atau akta yang telah digubal dan dilaksanakan dengan baik tidak perlu diubah sewenang-wenangnya kerana boleh mencetuskan masalah negara.
Ada benarnya bila Tun Mahathir menyatakan bahwa kini semuanya berubah apabila undang-undang tertentu termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan sehingga ada pihak yang berani menghina Islam. Sebenarnya ISA merupakan alat terpenting dalam menangani permasalahan perkauman yang dimainkan dimana boleh mencetus rusuhan kaum. ISA juga dapat digunakan kepada pihak yang mengugat kestabilan dan keamanan negara. Kerajaan Malaysia tidak penah menggunakan ISA untuk menangkap para pemimpin/aktivis pembangkang atas penglibatan pergerakan politik mereka menentang kerajaan.
Perbuatan menghina Yang Di Pertuan Agong dan menghina Islam tercetus  selepas pengmansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).  Menurut Tun Mahathir mereka sekarang berani kata macam macam kepada agama kita, dulu perkara ini tidak pernah terjadi.
Ada yang menyatakan bahwa  prinsip utama Akta Hasutan 1948 di kekalkan dalam akta baru yang dinamakan “Akta Keharmonian Nasional”.  Namum ianya tidak sebaik atau seefektif Akta Hasutan 1948 dan Ordinan Darurat (EO). Di kuatiri nanti penguatkuasaan akta tersebut terlalu lembab untuk dilaksanakan. Ini terbukti dengan Akta Perhimpunan Aman dimana terlalu kaku dan lambat untuk di ambil tindakan mahkamah.
Melihat kelembaban kerajaan setelah Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan maka pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menggugat kerajaan dengan melancarkan tsunami Cina dalam PRU 13. Ini di teruskan dengan pelancaran menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam.
Pada pihak tertentu janganlah menunjukan sikap kedegilan dengan berhajatkan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan Ordinan Darurat (EO). Dengar, dengar lah nasihat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad – “Jangan gubal sesuka hati”. Penulis beranggapan jika di gubal sesuka hati dan setiap tuntut atau desakan pihak tertentu di laksanakan oleh kerajaan, maka kita menuju ke arah kebinasaan dan Melayu akan kehilangan kuasa politik dan negara.

 

No comments:

Post a Comment