Tuesday 23 July 2013

Pengabungan MCA-Gerakan-SUPP


Sebagai rakyat Malaysia kita harus mengalu-galu cadangan gabungan MCA-Gerakan-SUPP. Ini memudahkan ketiga parti tersebut bersatu dengan satu suara untuk menarik lebih ramai orang cina untuk menyokong BN.
Ketika ini kelihatan ketiga buah parti tersebut saling berjuang bersendirian untuk mendapat sokongan dari satu golongan masyarakat iaini bangsa Cina. Jika pengabungan ini dapat dilakukan maka BN akan bertambah kuat dan kukuh seperti zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana pada setiap pilihan raya BN mendapat undi majoriti dua pertiga. Sepertimana yang di katakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahwa yang penting fahaman mereka harus di perbetulkan agar tidak terpengaruh dengan pendapat bersifat negatif terhadap parti itu.
Pada PRU13 kita dapat melihat sokongan orang Melayu telah kembali kepada UMNO. Hanya sokongan orang Cina kepada BN telah lari ke DAP. Jadi dengan pengabungan ketiga parti tersebut, MCA-Gerakan-SUPP diharapkan akan membawa sokongan orang Cina kepada BN.
Saya di fahamkan parti India dalam BN juga sedang berusaha mengabungkan beberapa parti kaum india dalam BN untuk menjadi satu. Dengan ini ujudnya buat pertama kali menjurus kepada kepentingan memujudkan satu entity mengabungkan  kaum Cina dan juga dengan kaum india menjadi satu dalam BN.
Jika ini berlaku, kerjasama PAS dan UMNO tidak diperlukan kerana BN masih dapat membentuk kerajaan. Sebagai contoh kita lihat di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, bagaimana tanpa PAS beliau dapat membawa kemenangan yang cemerlang kepada BN dengan mendapat undi majority dua pertiga.

No comments:

Post a Comment