Monday 29 July 2013

Ajaran Syiah harus di pantau


Ucapan tahniah kepada Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang telah mengambi tindakan tegas mendahului untuk mewartakan Syiah sebagai fahaman sesat. Tindakan yang berani dan cergas Datuk Mukhriz  harus di hormati dan di sanjung kerana mewartakan salah di sisi mazhab Sunnah Wal Jamaah. Saya merasakan satu langkah yang agresif dan perlukan di laksanakan dengan segera.
Difahamkan Pahang akan mengikuti langkah Datuk Mukhriz untuk mewartakan pengharaman ajaran tersebut. Pembedungan ini dapat dilakukan kerana di negara kita, Malaysia, majoritinya golongan Ahli Sunnah Wai Jamaah.
Utusan Malaysia melaporkan bahwa dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman Syiah di negara ini.
Sehubungan dengan ini, PAS di gesa untuk memecat ahlinya yang berfahaman Syiah tanpa mengira jawatan dalam parti seperti yang di pernah dilakukan oleh Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor semasa menjadi Presiden parti itu. Maka itu kita dapat melihat di masa lalu sebelum dan sesudah PRU13 ada para pemimpin PAS yang mengeluarkan fatwa dimana bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dalam proses mengawal penyebaran ajaran Syiah, disamping kerajaan negeri mewartakan bahwa ajaran Syiah salah di sisi undang undang maka setiap Jabatan Agama Islam Negeri mesti memantau dan melaksanakan penguatkuasaan-nya.

No comments:

Post a Comment