Monday 5 August 2013

Kecekapan PDRM


Beberapa tahun yang lalu, sedang Malaysia melancarkan Kempen Tahun melawat Malaysia, media Singapura telah membuat laporan negatif kononnya tidak selamat melawat Malaysia terutama sekali Johor kerana beberapa kes kecurian yang berlaku di negeri tersebut.
Sedang berita tersebut mendapat liputan yang meluas di Singapura, warga Singapura semakin bertambah jumlahnya melawat Johor pada setiap hujung minggu dan cuti umum. Bukan itu sahaja bahkan ramai rakyat Singapura yang membeli rumah di Johor. Jika benar laporan tersebut apakah rakyat Singapura akan terus melawat johor dan membeli rumah di sana?? Jelas niat jahat media Singapura terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia.
Kali ini apabila Malaysia merancang mengadakan Tahun Melawat Malaysia 2014, sekali lagi media berbahasa inggeris di Singapura membuat laporan jahat mengenai Malaysia. Laporan membawa tajuk, “Selamat Datang ke Malaysia dimana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal”.
Di percayai laporan tersebut dibuat berdasarkan merujuk kepada kejadian tembakan oleh pembunuh upahan yang meragut nyawa pengasas Ambank Berhad.
Laporan seumpama itu membawa pemgertian bahwa kononnya keselamatan di Malaysia tidak terjamin dan bagi tujuan mencemarkan imej PDRM. Media tersebut ingin membawa perbandingan antara polis Singapura dengan PDRM. Dengan laporan umpama itu media yang bersangkutan ingin menyatakan bahwa polis Singapura lebih cekap dari PDRM.
Media tersebut lupa siapa yang menangkap musuh nombor satu negara pulau tersebut? Siapa yang menangkap Senior Staff Sergeant polis republic tersebut yang melakukan pembuhunan (double mruder di Kovan) ?
Kes pertama : - Pengganas jemaah Islamiah (JI) Mas Selamat Kastari. Beliau di anggap oleh pemerintah Singapura sebagai musuh nombor satu. Mas Selamat Kastari di tahan oleh pemerintah Singapura dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mas Selamat Kastari bukan sahaja dapat meloloskan diri dari pusat tahanan yang kononnya mempunyai sistem kawalan keselamatan maksimum dan terbaik di dunia. Mas Selamat Kastari bukan sahaja meloloskan diri dari pusat tahanan tetapi dapat melarikan diri keluar dari negara pulau tersebut. Akhir Mas Selamat Kastari dapat di tangkap oleh PDRM dan di serahkan kepada polis Singapura. Satu tugas yang sangat mudah bagi polis Singapura.
Kes kedua: Seorang pegawai polis republic tersebut berpangkat Senior Staff Sergeant terlibat dalam kes pembunuhan (double murder) sehingga mencemarkan imej polis republic tersebut yang kononnya terbaik di dunia. Dengan kecekapan pegawai PDRM subjek dapat di tangkap beberapa jam kemudian selepas bekas pegawai polis Singapura itu melarikan diri memasuki Johor.
Tanpa bantuan dan kecekapan PDRM, saya tidak fikir polis Singapura dapat menangani kes pengganas dan berprofil tinggi tersebut.

No comments:

Post a Comment