Tuesday 20 August 2013

Tindakan Cemerlang PDRM



Polis Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah yang proaktif dengan menubuhkan satu pasukan khas untuk menggerakkan operasi pencegahan jenayah dan telah bertindak menahan lebih 200 penjenayah dalam Ops Cantas Khas yang telah di lancarkan di seluruh negara.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kesemua mereka yang ditahan hasil dari pemeriksaan mengejut di premis hiburan, sekatan jalan raya, di restoran 24 jam serta lokasi yang di syaki menjadi tempat penjenayah berkumpul. Menurut Tan Sri Khalid kebanyakan dari mereka yang di tahan terlibat dalam kes jenayah yang berat dan pengedaran dadah.
Bukan setakat itu sahaja dalam usaha menjalankan tugas pihak PDRM juga setakat ini telah menembak mati seramai 5 penjenayah. Dilaporkan lima ahli kumpulan kongsi gelap yang amat berbahaya kerana terlibat dalam 10 kes bunuh di tiga buah negeri.

Pada mulanya apabila insiden tembak menembak berlaku di negara ini, ada pihak tertentu melimparkan berbagai tuduhan terhadap PDRM. Bahkan media negara asing mempertikaikan keselamatan negara ini. Media negara asing yang bersangkutan melaporkan “ jika  mahu mati maka lawati negara ini.”
Pada peringkat awal lagi saya telah menyangkakan bahwa insiden tembakan yang berlaku di negara ini dilakukan oleh pihak tertenu seperti kumpulan kongsi gelap dan kumpulan yang ‘seperjuangan” dengan mereka. Perbuatan seumpama ini tidak pernah berlaku di negara ini. Ianya berlaku hanya setelah penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimana telah memberikan ruang yang begitu luas bagi mereka menjalankan aktiviti maut.   

Apabila pihak polis kononnya “lambat” bertindak banyak pihak membidas PDRM. Sebenarnya tidak timbul “lambat”nya pihak polis bertindak. Pihak polis harus menjalankan siasatan dan penyelidikan sebelum sebarang tindakan susulan di ambil. Setelah pihak PDRM bertindak, kedengaran pula rasa tidak kepuasan pihak tertentu diatas tindakan pihak polis.   

Rakyat Malaysia harus mempunyai kepercayaan keatas  kebolehan dan kredibiliti anggota polis kita menjaga keselamatan negara. Jangan kita mempertikaikan tindakan PDRM dalam menangani permasalahan penjenayah dan keselamatan negara. Yang penting soal keselamatan negara jangan di politikkan.
Kepada sesiapa yang mempertikaikan kebolehan/kredibiliti PDRM saya ingin bertanya,

1.   1.   Siapa yang menangkap Ketua Pengganas JI yang meloloskan diri dari
penjara dan lari Negara Singapura? ( Ketahui umum Negara pulau tersebut dikenali
mempunyai sistem keselamatan yang canggih dan pegawai polis yang “kelas pertama”.)

2. 2.   Siapa yang menangkap pegawai polis berpangkat tinggi Singapura setelah beliau melakukan jenayah di Singapura?

No comments:

Post a Comment