Wednesday 14 August 2013

Genap 100 hari Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menjadi MB


Pada 13 Ogos 2013 genap Yang Amat Berhormat Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mentadbir negeri Kedah. Beliau telah membuat jaminan bahwa tidak akan memberi projek peniagaan di negeri Kedah kepada ahli keluarganya. Kenyataan seumpama ini belum kita dengar daripada para Menteri Besar yang dilantik terutama sekali bersemperna 100 hari memegang jawatan tersebut. Dengan membuat jaminan seumpama itu saya melihat bahwa Datuk Mukhriz mewarisi sikap ayahanda beliau, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad yang penuh kejujuran, ketulusan dan keikhlasan dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah di berikan kepada beliau.
Bagi saya tidak salah bagi Datuk Mukhriz meminta nasihat daripada anggota keluarganya kerana kepakaran mereka dalam bidang tertentu amat berguna. Meminta nasihat dari seorang pakar dalam sesuatu bidang tidak salah tetapi kalau ujud scenario seperti dahulu dimana adanya “budak budak tingkat empat memberi arahan kepada tingkat lima, maka itu salah”.
Datuk Mukhriz mempunyai sikap terbukaan apabila beliau mengekalkan dasar 50-50 bagi pemilik rumah untuk bumiputera dan terbuka yang dilakukan oleh kerajaan PAS. Walaupun Datuk Mukhriz dari BN tetapi beliau tidak kembali kepada dasar 30-70 yang di lakukan oleh BN semasa memerintah Kedah. Apa yang di fikirkan baik untuk semua rakyat Kedah dan tidak mengambil kira dari mana datangnya cadangan seumpama itu, Datuk Mukhriz akan melaksanakannya. Yang jelas dari segi dasar akan di teruskan tetapi pendekataan agak berbeza. Ini kerana dilihat pendekataan kerajaan PAS dalam perkara ini menemui kegagalan.
Datuk Mukhriz kelihatan sedang berusaha untuk membangunkan negeri Kedah dan beliau tidak mahu anak Kedah berhijrah keluar negeri (kedah) mencari pekerjaan. Berbagai rancangan dibuat untuk memastikan Kedah maju jaya. Misalnya Datuk Mukhriz telah mengenal pasti kawasan di Bukit Kayu Hitam seluas 3,000 hektar sebagai taman industri. Bukan itu sahaja beliau juga mengenal pasti kawasan pinggiran Muda seluas 8,000 hektar bagi tujuan pembangunan. Dalam tujuan ini beliau bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).
Syabas Datuk teruskan usaha yang murni itu. Kepada mereka yang tidak menyokong BN tetapi berkerja dengan kerajaan negeri Kedah, berilah kerjasama dan sokongan kepada usaha kerajaan negeri untuk memajukan Kedah dan menaik taraf kehidupan warga Kedah. Anda boleh berbeza fahaman politik tetapi harus bersatu untuk memajukan negeri Kedah. Negeri akan hancur bilamana kita setiap hari dan waktu berpolitik dan berdasarkan kepada berdendam dan membenci. Berilah sokongan kepada kerajaan hari ini demi untuk masa depan anak cucu kita.

No comments:

Post a Comment