Friday 30 August 2013

G Palanivel jangan terlalu emosi


New Straits Times melaporkan “Malay parties should merge, too” ( Jumaat, 30 Ogos 2013)
Pada 24 Ogos  2013, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Setiausaha Agong Barisan Nasional mencadangkan semua Indian-based party bergabung menjadi satu. President MIC Datuk Seri G. Pallanivel mencadangkan pula semua parti Melayu seperti UMNO, PAS dan PKR bergabung menjadi satu.
G Palanivel tersilap bahwa PKR bukan sebuah parti Melayu. Saya harap beliau bangun dari tidor. UMNO mengamalkan konsep pengkongsian kuasa melalui Barisan Nasional. UMNO memberikan peluang kepada bangsa lain, untuk sama sama memerintah Malaysia. Jika kesemua parti Melayu bersatu sepertimana yang di cadangkan oleh G Pallanivel maka orang India tidak akan dapat berkongsi kuasa memerintah Malaysia. Orang India akan sama seperti orang Melayu dan India di Singapura, “menumpang kuasa politik”. Keadaan sama seperti sebuah taman,dimana orang India hanya seperti bunga yang mengindahkan taman.
Cadangan yang dibuat oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah untuk kebaikan masyarakat India itu sendiri. G Pallanivel dinasihatkan jangan terlalu emosi.

No comments:

Post a Comment