Monday 19 August 2013

Anwar Terdesak


Kepada mereka yang memahami politik akan berpendapat bahwa dakwaan Anwar Ibrahim kononnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan merupakan satu pembohongan dan beliau (anwar) memang gila kuasa untuk memegang jawatan tertinggi dalam negara. Beliau mengharapkan dengan memegang kuasa tertinggi negara segala permasalahan nya dengan undang undang negara akan terlucut (terlepas).
Kita boleh menggangap perbuatan Anwar semata mata berkiblatkan kepada “gila kuasa”. Sebagai contoh lihat tuntutan beliau :
1.      Melantik beliau ( Anwar Ibrahim ) sebagai Timbalan Perdana Menteri

2.      Melantik empat ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri

3.      Anwar bersedia memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

dan memberikan Najib pilihan untuk melantik sesiapa sahaja untuk mengantikan

Tan Sri Khalid Ibrahim ( Lihat perbuatan Anwar yang sanggup "menikam" teman
politiknya demi untuk mencapai cita cita politiknya.
Jika dilihat apa yang di tuntut oleh Anwar adalah untuk kepentingan beliau dan partinya.  PKR tidak memperolehi kerusi yang dapat mengatasi DAP dan bagaimana beliau boleh membuat tuntutan seperti itu atas nama “kerajaan perpanduan”. Tidak malu ke Anwar dalam membuat tuntutan seumpama itu?  Ada pihak yang menyatakan bahwa Anwar seorang yang tidak tahu malu. Jika beliau mempunyai perasaan malu maka tidak akan berlaku beberapa tuduhan di mahkamah yang melibatkan maruah diri.
Jika tawaran di buat atas Pakatan Rakyat, maka itu pun tidak boleh dilaksanakan kerana Pakatan Rakyat tidak berdaftar. Bagaimana satu pertubuhan politik yang besar seperti BN (yang berdaftar) bergabung dengan Pakatan Rakyat yang di diakui oleh perundangan Malaysia. PR merupakan satu pertubuhan yang tidak sah walaupun PKR,DAP dan PAS merupakan pertubuhan yang berdaftar. Tambahan ketiga parti politik yang berkenaan bertanding diatas nama dan symbol parti masing masing. Kita lihat di kertas undi, symbol BN, PKR, DAP dan PAS.
Anwar kemungkinan beringatan bahwa beliau sahaja yang pandai dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mudah di “perbodohkan” seperti beliau memperbodohkan para pemimpin DAP dan PAS. Dan bagaimana Anwar "mempermainan " bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

 

No comments:

Post a Comment