Friday 23 August 2013

Jangan Menyerang kerajaan


Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong ) mendakwa bahwa perlaksanaan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) akan menghapuskan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Kenyataan seumpama itu jelas Dong Zong memainkan sentimen perkauman yang di warisi dari DAP. Jika para pemimpin Dong Zong berminat dengan permainan politik maka keluar daripada “skirt” Dong Zong dan masuk mana mana parti yang sealiran dengan cita cita pemimpin Dong Zong. Jangan menyerang pemerintah dengan memperalatkan Dong Zong. Come clean.
Cadangan seumpama ini dibuat berdasarkan kepada  Dong Zong terlibat dalam perbincangan awal pelaksanaan dasar berkenaan. Kini secara tiba-tiba Dong Zong menentangnya apabila PPPM mahu dicetak.
Perbuatan ini ( Dong Zong)  serupa dengan tindakan pakatan pembangkang. Mereka (Pakatan Pembangkang) turut berbicang dengan SPR dan mereka (PR)  juga yang mencadangkan penggunaan dakwat kekal. Kemudian mereka (pakatan pembangkang) menentangnya.
Jangan dengar cakap mereka dan teruskan bagi pelaksanaan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment